Salam pembuka bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana diberikan kesempatan kepada saya untuk menghasilkan blog menggunakan ini. sebenarnya saya bukanlah seorang yang rajin menulis blog kerana komitmen kerja dan saya bukanlah orang yang punya minat yang mendalam tentang penulisan. Walaupun begitu, saya meminati beberapa bentuk penulisan ilmiah yang relevan dengan tugas hakiki saya.

Justeru, apa yang saya kongsikan di sini selain sebagai bahan bacaan kepada para pelajar dan pengkaji ianya juga merupakan nota kepada diri saya sendiri. Saya tidak mampu mengingati semua yang telah saya lalui di masa lalu dan saya harap dapat mengingatinya semula melalui blog ini.

Kepada yang tidak kenal dengan saya, sememangnya saya bukan sesiapa dan bukan individu terkenal. Saya hanya seorang pegawai Shariah yang pernah mengetua Jabatan Shariah di tiga buah syarikat Takaful. Insya Allah saya akan kongsikan journey kerjaya saya dalam bidang takaful dan kewangan islam dengan harapan ianya memberikan manfaat.

Saya mengambil sikap berlapang dada yakni setiap perkara yang saya dengar atau baca tidak semestinya saya akan terima mentah-mentah atau tolak bulat-bulat. begitu juga anda di luar sana, setiap apa yang saya katakan terpulang kepada penerimaan anda. sekiranya tidak bersetuju anda boleh mengutarakan pandangan anda kepada saya. Mana tahu kalau-kalau saya tersilap. Kita manusia insan yang lemah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.

Wallahu a’lam.

PENAFIAN

“Laman ini adalah laman peribadi yang bertujuan sebagai nota peribadi dan perkongsian maklumat. Saya tidak mewakili mana-mana pihak dan tidak menjamin semua yang saya kongsikan adalah tepat pada setiap masa. Ada ketikanya maklumat yang dikongsikan tidak lagi relevan pada masa dan tempat yang berbeza”

Ustazsaifudin

Leave a Reply

Your email address will not be published.