Soalan, Saya mempunyai dua orang anak daripada perkahwinan dahulu yang tinggal bersama bekas isteri saya dan mereka bukan penganut agama Islam. Namun hubungan kami masih baik. Saya masih mengambil berat tentang kebajikan anak-anak dan memberi nafkah kepada mereka kerana tanggungjawab. Saya kini telah berkahwin dengan seorang wanita muslim. Masalah timbul apabila saya berbincang dengan isteri …
Category: Umum
Jan 19
Dapatkan semula caruman takaful anda bila anda buat “overlapping” atau “full settlement”
Perkara ni ramai orang tak tahu atau tak sedar kerana mata sudah gelap tunggu duit pembiayaan yang masuk dalam akaun. Jika anda perasan apabila anda membuat pembiayaan peribadi anda akan diminta juga untuk mengambil perlindungan takaful. Sama ada anda perlu membayarnya sendiri atau jumlah sumbangan takaful dimasukkan sekali ke dalam jumlah pembiayaan. Kenapa pula kena …
Aug 03
Al-Quran dan kehidupan manusia
Alhamdulillah, hari ini telah masuknya hari ke 14 kita berpuasa dan beberapa hari lagi kita akan menyambut nuzul al-quran. Mungkin kita akan cemburu kerana mereka yang bekerja di negeri Selangor akan bercuti pada sambutan berkenaan. Sebaiknya janganlah kita cemburu kerana cuti tetapi cemburulah pada mereka yang memanfaatkan hari berkenaan untuk membaca dan menghayati al-Quran. Memperingati …
May 30
Muzakarah Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam di Malaysia kali ke-8
Alhamdulillah, saya sempat menghadiri Muzakarah ini walaupun tidak dapat mengikutinya secara penuh di atas beberapa sebab. Saya tertarik dengan update daripada Bank Negara Malaysia berkenaan Takaful. Majlis Penasihat Syariah BNM telah memutuskan bahawa peserta yang membuat serahan awal (surrender) berhak menerima kembali sebahagian daripada sumbangannya. Tiga kertas kerja telah dibentangkan pada muzakarah kali ini dan …
May 19
Al-Quran pembina akhlak mulia pekerja
AKHLAK ialah tingkahlaku yang dipengaruhi oleh nilai-nilai yang diyakini oleh seseorang dan sikap yang menjadi sebahagian daripada keperibadiannya. Nilai-nilai dan sikap itu pula terpancar daripada konsepsi dan gambarannya terhadap hidup. Dengan perkataan lain, nilai-nilai dan sikap itu terpancar daripada aqidahnya iaitu gambaran tentang kehidupan yang dipegang dan diyakininya Akhlak yang baik dan akhlak yang buruk, …
May 15
Convocation Day
Saya telah menghadiri majlis convocation adik saya di salah sebuah universiti tempatan semalam dan telah menghadiri majlis seperti ini lebih dari 5 kali. Hari convocation sememangnya hari yang menggembirakan kerana penat lelah belajar selama 4 atau 5 tahun di balas dengan segulung ijazah pada hari berkenaan. Termasuklah juga mereka yang dapat pointer rendah dan belajar …
May 10
Selamat hari ibu – Di antara hukum dan tanggung jawab
Mungkin kita berbeza bangsa, warna kulit dan agama tetapi pastinya setiap individu yang dipanggil manusia mempunyai seseorang yang melahirkannya. Ibu, mama, mother, amma, ummi, mak dan perkataan lain yang sama maksud atau seumpanya merujuk kepada orang yang melahirkan seseorang yang lain.
May 05
Dalam kenangan
Hari ini, 5 May 2012 maka bermulalah episod baru dalam perjalanan blog ustaz Saifudin. Kepada mereka yang mungkin biasa mengunjungi blog ini pasti akan nampak perbezaan ketara pada rupa bentuk atau design blog ini. Sebenarnya saya sendiri menjadi gundah gelana selama seminggu kerana tidak dapat mencari template blog yang betul-betul memuaskan hati saya seperti tempate …
Nov 17
Techno Daie vs Protaz: Antara Kerjaya dan Dakwah
Alhamdulillah, hari ini saya ada modal untuk mengupdate blog ini. Saya telah dijemput olej Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya untuk menjadi salah seorang daripada ahli panel dalam forum yang bertajuk Techno Daie vs Protaz : Antara Kerjaya dan Dakwah. Program ini dianjurkan sempena minggu terbuka Akademik yang berlangsung selama seminggu.
Jul 27
SIFAT WAJIB BAGI RASUL
Rasul adalah manusia dan lelaki yang diwahyukan oleh Allah kepadanya dengan syarak dan disuruh menyampaikan kepada umatnya. Rasul mempunyai sifat yang paling sempurna di kalangan manusia. Mereka juga adalah lelaki yang merdeka, sempurna akal, ilmu, kejadian dan perangainya. Ini kerana mereka bukan sekadar menyampaikan wahyu sahaja tetapi juga menjadi contoh kepada manusia.
Apr 27
Arak dan judi: Masalahnya penguatkuasaan
Tulisan saya pada kali ini bukanlah hendak menyentuh tentang isu kartika. Yang sudah berlaku biarkan berlalu. Pada masa depan apa langkah yang perlu kita ambil. Saya tertarik untuk menulis tentang isu ini kerana baru-baru ini saya melihat sendiri bagaimana seorang lelaki islam (membawa anak perempuannya yang bertudung) membeli arak secara terbuka di pasaraya. Saya fokuskan …
Apr 02
Pengurusan Risiko Berdasarkan Al-Quran
Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan manusia itu penuh dengan dugaan dan pancaroba. Adakalanya gembira, adakalanya duka. Ada waktu senang dan ada waktu susah. Semuanya dijadikan berpasangan. Fitrah manusia itu mahukan kepada kesenangan, kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, tidak semua keinginan tersebut dapat dipenuhi.
Komen pengunjung