Feb 23

Marahkan doktor sijil takaful ditamatkan

Ringkas sahaja tulisan saya hari ni. Saya ada membaca di Facebook ada rakan yang menamatkan sijil takaful perubatan beliau kerana tidak berpuas hati. Banyaklah yang dia tak puas hati. Saya tidaklah pula tahu apa yang beliau tidak berpuas hati. Cuma dari apa yang saya baca beliau tuntutan beliau tidak dibayar oleh syarikat Takaful.

Sekiranya syarikat tidak mahu membayar tuntutan pastinya ada sebab yang kukuh dan valid. Tiada sebab syarikat tidak mahu membayar sepertimana yang telah diperuntukkan dalam kontrak atau sijil takaful. Dalam banyak kes, isu-isu yang diviralkan adalah tidak tepat dan ianya berlaku akibat salah faham pelanggan itu sendiri. Punca salah faham adalah tidak membaca dan memahami kontrak takaful mereka dan tidak pula bertanya kepada ejen. (Saya pun sama). Jadi salah siapa? sudah pasti salah sendiri.

Dari perspektif saya sendiri, sekiranya syarikat takaful tidak mahu membayar tuntutan, mereka amanah dalam menjalankan tanggung jawab mereka. Mereka telah diamanahkan oleh SEMUA peserta takaful untuk membayar tuntutan daripada wang mereka dan memastikan dana tersebut CUKUP untuk membayar tuntutan sepertimana termaktub dalam sijil atau kontrak takaful.

Sekiranya mereka membayar lebih daripada apa yang selayaknya akan menyebabkan ketidakcukupan dari dana dan memungkinkan pihak pemegang saham (shareholder) terpaksa membuat suntikan dana dan menyebabkan sumbangan di masa hadapan oleh peserta takaful meningkat naik.

Syarikat takaful mempunyai underwriting guideline, claims guideline dan sesetengahnya mempunyai doktor perubatan sendiri. Ada dikalangan kita mengalami masalah kesihatan yang tidak serius seperti demam yang diklasifikasikan sebagai “outpatient” tetapi meminta untuk mendapatkan perkhidmatan yang di kira sebagai “impatient”. Hal-hal seperti ini lazimnya apabila kita membuat tuntutan akan ditolak.

Sekiranya anda berasa anda benar-benar tertipu dengan syarikat takaful dan mereka menolak tuntutan anda dengan alasan yang tidak munasabah anda boleh membuat aduan terus ke Ombudsman Perkhidmatan Kewangan. Layari laman web http://www.ofs.org.my/en/ untuk maklumat lanjut.

Wallahua’lam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.