Jan 20

Dalil-dalil yang mengharuskan amalan berwakaf atau sedekah bagi orang lain

Amalan melakukan wakaf atau sedekah bagi pihak orang lain terutamanya bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia seperti ayah, ibu, nenek, adik beradik, anak dan lain-lain sememangnya sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat islam di Malaysia.

Isu-isu kesahan amalan ini telah saya hadapi ketika membangunkan sebuah produk takaful berkaitan wakaf. Hal ini telah diperbahaskan oleh Jawatankuasa Syariah dengan panjang lebar dan sesetengah daripada ahli syariah berpandangan wakaf hendaklah dilaksanakan oleh individu itu sendiri dengan mengambil kira soal pemilikan harta.

Saya tidak mahu mengulas lanjut pandangan tersebut tetapi pada penulisan kali ini saya ingin menyenaraikan beberapa dalil yang menjadi rujukan tentang keharusan melakukan wakaf bagi pihak yang lain.  Selain sebagai perkongsian dalil-dalil yang disenaraikan juga sebagai nota peribadi untuk kegunaan saya di masa hadapan. Jika anda mempunyai dalil-dalil tambahan tidak kira sama ada ianya ayat al-quran, hadis, ijmak ulamak dan lain-lain sumber saya pohon supaya kongsikan di ruangan komen di bawah.

1.Hadis daripada Aishah R.A

Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; ‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’ Jawab baginda SAW: Ya” (Riwayat Bukhari)

Shahîh, HR al-Bukhari (no. 1388), Muslim (no. 1004), Ahmad (VI/51), Abu Dawud (no. 2881), an-Nasa-i (VI/250), Ibnu Majah (no. 2717), dan al-Baihaqi (IV/62; VI/277-278).

2. Hadis daripada Abu Hurairah R.A

“Bahawa ada seorang laki-laki berkata kepada Nabi SAW: ‘Sesungguhnya ayahku sudah wafat, dia meninggalkan harta dan belum diwasiatkannya, apakah jika disedekahkan untuknya maka hal itu akan menghapuskan kesalahannya?’ Rasulullah SAW menjawab: Na’am (Ya).” 

(HR. Muslim No. 1630, Ibnu Majah No. 2716, An Nasa’I No. 3652, Ahmad No. 8486)

3. Hadis daripada Ibnu ‘Abbas
Bahwasanya Sa’ad bin ‘Ubadah –saudara Bani Sa’idah– ditinggal mati oleh ibunya, sedangkan ia tidak berada bersamanya, maka ia bertanya, “Wahai Rasûlullâh! Sesungguhnya ibuku meninggal dunia, dan aku sedang tidak bersamanya. Apakah bermanfaat baginya apabila aku menyedekahkan sesuatu atas namanya?” Beliau menjawab, “Ya.” Dia berkata, “Sesungguhnya aku menjadikan engkau saksi bahwa kebun(ku) yang berbuah itu menjadi sedekah atas nama ibuku

Shahîh. HR al-Bukhari (no. 2756), Ahmad (I/333, 370), Abu Dawud (no. 2882), at-Tirmidzi (no. 669), an-Nasa-i (VI/252-253), dan al-Baihaqi (VI/ 278). Lafazh ini milik Ahmad

4. al-Iqna’, 1/236

Semua ibadah yang dilakukan seorang muslim, kemudian diniatkan pahalanya atau sebahagian pahalanya, misalnya setengah pahalanya untuk muslim yang lain, baik masih hidup mahupun sudah meninggal, hukumnya dibolehkan, dan boleh bermanfaat baginya. Kerana dia telah mendapatkan pahala. || al-Iqna’, 1/236)

5. Al-Bahar Al-Raeq

As regards giving charity on behalf of the living, scholars have disagreed on its permissibility, but the Hanafite and some of the Hanbali scholars have permitted it. In the book entitled, ”Al-Bahar Al-Raeq”: “It is permissible for a person to dedicate the reward of his fast, prayer, and charity to the living as well as the dead, and that reward is theirs according to Ahl as-Sunnah wa’l Jama’ah (Those holding to the sunnah of the Messenger),and the same view is mentioned in the book entitled, “Bada`I Al-Sana`i” by Al-Kassani .Therefore, it does not matter whether the person intended in the reward is dead or alive. It also indicates that if a person makes the intention on behalf of another, or on behalf of himself, then dedicates it to another is the same thing.” According to one of the Hanbali books called (Zaad Al-Mostakna`i): “Any act of devotion whose reward is intended for dead or living people is to their benefit before Allah.” Accordingly, a person who wants to give charity on behalf of his living parents should give it to them as a charity so that they could give it to others as charity in return in order for all of them to receive the reward. Muslim scholars have agreed on this in terms of validity and reward.

6. Hadis daripada Abu Hurairah

Narrated Abu Huraira: The Prophet (s.a.w) said, “If a woman gives something (i.e. in charity) from her husband’s earnings without his permission, she will get half his reward”.

Sahih Bukhari, Vol.3, Book 34, Hadith 280

Rujukan:

  1. http://aliftaa.jo/QuestionEn.aspx?QuestionId=2888#.WmNp8ExuLIV
  2.  https://almanhaj.or.id/4097-sedekah-untuk-orang-tua-yang-telah-meninggal.html

Terima kasih:

  1. Ustaz Mohd Al-Imran Mohd Tawil
  2. Ustaz Mohd Fazdli Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published.