Jan 19

Dapatkan semula caruman takaful anda bila anda buat “overlapping” atau “full settlement”

Perkara ni ramai orang tak tahu atau tak sedar kerana mata sudah gelap tunggu duit pembiayaan yang masuk dalam akaun. Jika anda perasan apabila anda membuat pembiayaan peribadi anda akan diminta juga untuk mengambil perlindungan takaful. Sama ada anda perlu membayarnya sendiri atau jumlah sumbangan takaful dimasukkan sekali ke dalam jumlah pembiayaan.

Kenapa pula kena ambil takaful?

Ia menjadi pra-syarat kepada bank bagi memastikan baki hutang anda dapat dilunaskan apabila berlakunya kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh kepada pelanggan. Syarikat takaful akan membayar baki hutang anda dan ahli keluarga anda tidak akan terbeban untuk membayarnya. Perlindungan takaful ini lazim disebut dengan nama Reducing Term Takaful (RTT). Tapi biasanya di bank mereka akan letak macam-macam nama sebagai marketing name.

Apa yang saya nak tekankan pada artikel kali ini ialah ramai orang yang membuat “overlapping” iaitu pembiayaan baru yang menggantikan atau menutup pembiayaan sebelumnya dari bank yang sama tidak sedar bahawa apabila mereka menamatkan pembiayaan awal maka perlindungan takaful akan turut tamat. Perlindungan takaful yang tamat awal pula akan menyebabkan terdapat baki daripada sumbangan takaful anda. Sumbangan ini akan dipulangkan oleh syarikat takaful kepada pihak bank.

Sebagai analogi mudah jika anda anda buat pembiayaan sebanyak RM200,000 untuk tempoh 10 tahun. Sumbangan takaful anda sebanyak RM2000 Untuk tempoh 10 tahun (andaian sahaja). Nilai perlindungan akan semakin berkurangan kerana di offset dengan bayaran installment setiap bulan. Saya andaikan anda buat full settlement atau overlap dengan pembiayaan yang baru dalam tahun kedua. Jika sumbangan takaful adalah RM200 setahun maka pihak Syarikat takaful akan memulangkan baki sumbangan kepada pihak bank dan bank perlu memulangkan RM1800 kepada anda. (andaian sahaja tapi ini lah flownya lebih kurang)

Jadi sebagai pelanggan anda harus tahu hak anda sekiranya tiada apa-apa amaun yang masuk ke dalam akaun anda dalam beberapa minggu sila bertanya kepada pihak bank. Jumlahnya lebih signifikan jika anda menamatkan pembiayaan anda dalam tempoh yang singkat.

Nota tambahan:

  1. Sila bertanya pihak bank dahulu tentang perkara ini. Mereka mungkin mempunyai SOP mereka sendiri tentang pemulangan semula baki sumbangan takaful anda.
  2. Contoh di atas adalah semata-mata contoh. Sumbangan takaful adalah bergantung kepada perkara seperti jumlah pembiayaan, jantina, umur dan lain-lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.