Jan 18

Jenis-jenis produk takaful di Malaysia

Hari ini saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang jenis-jenis produk takaful yang ada di Malaysia. Lain-lain negara mungkin lain jenis dan bentuknya. Pada penulisan kali ini saya kongsikan supaya anda mampu bezakan jenis produk dan bukan hanya dapat bezakan nama syarikat takaful semata-mata. Selepas anda faham jenis-jenis produk ini barulah anda dapat membuat perbezaan di antara produk yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat takaful.

Pada dasarnya takaful terbahagi kepada 2 jenis iaitu Takaful Keluarga (kalau dalam insuran biasa dirujuk sebagai Insuran nyawa/ life insurance) dan takaful Am (dalam insuran disebut insuran am/General insurance).

Secara mudah untuk memahami perbezaan antara dua kategori ini adalah seperti berikut:

Takaful keluarga

Takaful Am

Menyediakan perlindungan dan pampasan terhadap kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh Menyediakan perlindungan untuk asset, hartanah, kenderaan, liability kepada pihak ketiga dan lain-lain
Menyediakan perlindungan dan hilang upaya kekal dan menyeluruh termasuk kematian biasa (natural death). Manfaat-manfaat yang sama ditawarkan di bawah produk takaful am harus menjadi rider. Menyediakan perlindungan untuk kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh serta lain-lain manfaat akibat kemalangan persendirian (Personal Accident) atau insiden tertentu dan lazimnya mempunyai jumlah pampasan yang tinggi.
Takaful keluarga bersifat jangka panjang Lazimnya Takaful Am bersifat jangka pendek atau diperbaharui setiap tahun (yearly renewable)
Lazimnya mempunyai elemen pelaburan Tidak mempunyai elemen pelaburan

Sebenarnya terdapat banyak lagi perbezaannya. Jika saya huraikan secara detail mungkin agak sukar difahami oleh orang awam sebab terlalu teknikal. Selain perbezaan ringkas di atas sebenarnya ada bentuk-bentuk perbezaan lain iaitu Takaful perubatan & kesihatan dan Takaful berkait pelaburan yang insya Allah jika saya ada masa saya akan kongsikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.