Warning: ini_set() has been disabled for security reasons in /home/wakaf/public_html/ustazsaifudin/v1/wp-includes/load.php on line 324

Warning: ini_set() has been disabled for security reasons in /home/wakaf/public_html/ustazsaifudin/v1/wp-content/plugins/download-manager/download-manager.php on line 51
Operasi takaful: Kenapa ia berbeza dengan insuran konvensional | Ustaz Saifudin & Kewangan Islam

Jan 15

Operasi takaful: Kenapa ia berbeza dengan insuran konvensional

Takaful ni susahlah. Nak kena bayar surplus nak kena bayar profit dan lain-lain. Tak macam konvensional!

Inilah ayat yang saya dengar dari staff saya yang menghadiri mesyuarat bersama pihak-pihak tertentu dan ungkapan itu disebutkan oleh staf operasi. Sebab apa dia kata macam tu? Sebab bahagian operasi lah yang kena urus dan bayar. Bagi mereka perkara tersebut membuang masa mereka dan dan melibatkan kos.

Well, memang itulah sebahagian daripada perbezaan takaful dan insuran konvensional. Dari luaran Nampak sama tetapi hakikatnya tidak. Dalam insuran anda telah memindahkan hak milik duit anda kepada syarikat insuran sebaliknya syarikat takaful adalah pemegang amanah. Pemegang amanah tidak boleh memiliki duit peserta takaful tanpa pengetahuan dan kerelaan peserta.

Berbeza dengan insuran konvensional perkara yang tidak dijanjikan dalam polisi adalah milik syarikat sedangkan dalam takaful walaupun ia tidak dijanjikan atau silent dalam kontrak hal-hal dan isu berkaitan dengan pemilikan harta tetap diambil berat.

Saya kongsikan satu senario di sini. Setiap tahun syarikat perlu membayar lebihan (surplus distribution) dan pembayaran akan dibuat pada tahun berikutnya (Tidak tahu bulan berapa. Anggap saja bulan 8). Dalam tempoh tersebut pasti akan terdapat kes lapsation, surrender, maturity, death/TPD claims. Dalam tempoh ini syarikat sebenarnya tetap wajib bayar lebihan kerana itu adalah hak peserta yang telah menyempurnakan tempoh selama setahun pada tahun sebelumnya sehingga terdapatnya lebihan atau underwriting surplus.

Perkara ini gagal difahami oleh mereka yang biasa bekerja dalam insuran kerana mereka menganggap hanya peserta yang kekal bersama syarikat sehingga hari pembayaran atau distribution date layak menerima lebihan sedangkan di awalnya syarikat telah mengambil 50% daripada jumlah lebihan.

Anda rasa rumit nak faham? Saya lebih-lebih lagi rumit nak menghadapi situasi seperti ini. Cuma apa yang saya nak sampaikan dalam tulisan ini ialah takaful berbeza dan sepatutnya berbeza dari insuran konvensional. Meletakkan proses dan requirement yang sama kepada dua jenis perniagaan ini sememangnya tidak adil dan pasti akan berlakunya konflik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.