Muzakarah Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam di Malaysia kali ke-8

Alhamdulillah, saya sempat menghadiri Muzakarah ini walaupun tidak dapat mengikutinya secara penuh di atas beberapa sebab. Saya tertarik dengan update daripada Bank Negara Malaysia berkenaan Takaful. Majlis Penasihat Syariah BNM telah memutuskan bahawa peserta yang membuat serahan awal (surrender) berhak menerima kembali sebahagian daripada sumbangannya.

Tiga kertas kerja telah dibentangkan pada muzakarah kali ini dan fokus perbincangan adalah tentang pelaburan emas. Saya yang sudah lama meninggalkan perbincangan mengenai emas memang agak teruja untuk mendengar perbentangan dari para pembentang. Di antara perkara yang menarik perhatian saya adalah tentang status barang kemas yang sudah terkeluar dari sifatnya sebagai mata wang lantas pertukaran dengan emas yang lain atau mata wang lain tidak mengambil syarat tamathul (sama kuantiti). Pembentang berpendapat illah ribawi sudah tidak terdapat pada barang kemas.

Walaupun begitu pengulas kertas kerja berpendapat selagi mana harga jualannya mengambil kira berat barang kemas tersebut maka ia masih tertakluk kepada syarat tamathul.

Muzakarah ini adalah program tahunan anjuran JAKIM dengan kerjasama ISRA dan dihadiri oleh pensihat-penasihat syariah dan pegawai syariah institusi kewangan islam. Apa yang menarik, Muzakarah kali ini disertai ramai muka-muka baru dan orang muda.

Banyak lagi isu-isu menarik telah dibincangkan dan insyaAllah sedikit demi sedikit akan cuba saya kongsikan dengan para pembaca blog ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *