May 15

Convocation Day

Saya telah menghadiri majlis convocation adik saya di salah sebuah universiti tempatan semalam dan telah menghadiri majlis seperti ini lebih dari 5 kali. Hari convocation sememangnya hari yang menggembirakan kerana penat lelah belajar selama 4 atau 5 tahun di balas dengan segulung ijazah pada hari berkenaan. Termasuklah juga mereka yang dapat pointer rendah dan belajar main-main turut berasa gembira pada hari berkenaan. Yang betul-betul berusaha pastinya kegembiraan lebih manis apabila dikurniakan pelbagai anugerah, hadiah dan sebagainya.

JAMBANGAN BUNGA

Seolah-olah telah menjadi satu kewajipan untuk membeli bunga untuk dihadiahkan kepada anak atau adik beradik ketika majlis convocation. Jika tiada jambangan bunga tersebut, seakan-akan ia bukan majlis convocation. Islam menggalakkan kita saling menghargai di antara satu sama lain dan memberikan hadiah tetapi hendaklah sesuatu pemberian itu bertepatan dengan kehendak agama. Saya berpendapat amalan ini sebaiknya dijauhkan kerana ianya lebih kepada amalan pembaziran terutama jika harganya terlalu mahal.

MENUTUP AURAT

Seolah-olah tiada rasa sensitif, ramai dikalangan graduan mahupun ahli keluarga yang hadir menyalahgunakan masjid sebagai tempat untuk melepak, bersolek dan sebagainya. Malah dengan tanpa rasa segan memasuki masjid tanpa menutup aurat. Bila tiba waktu solat mereka tidak solat dan hanya mundar-mandir di kaki lima masjid. Sebahagian dari graduan pula mengambil peluang untuk bergaya sakan dengan makeup tebal, mencukur kening dan sebagainya.

SESI BERGAMBAR

Seolah-olah tak salah, ramai dikalangan graduan bergambar dengan bukan muhrim mereka dalam keadaan dan posing yang bercanggah dengan ajaran islam.

MASANYA UNTUK APLIKASIKAN SOLAT JAMAK DAN QASAR

Ramai dikalangan orang tua kita mahu pun adik beradik yang kurang arif tentang solat jamak dan qasar. Jadi dengan adanya majlis convocation ini terutamanya yang datang dari jauh eloklah kita guide mereka untuk melakukan solat jamak dan qasar

Sekian catatan ringkas hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.