May 07

Apa yang perlu dilakukan oleh ahli waris apabila berlakunya kematian

Dalam perbincangan lalu saya telah membincangkan secara ringkas tentang pusaka. Lanjutan daripada itu, saya ingin membincangkan pula tentang apa yang perlu dilakukan oleh ahli waris apabila berlakunya kematian bagi orang islam yang meninggalkan harta. Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian iaitu yang pertama adalah membersihkan harta peninggalan si mati dan kemudian mengenalpasti siapakah mereka yang layak menerima harta warisan si mati.

Sebelum harta warisan diagih-agihkan, ianya perlu dibersihkan terlebih dahulu dari perkara-perkara yang masih diperlukan atau mempunyai obligasi ke atas si mati. Perkara tersebut ialah:

1. Menolak perbelanjaan penyelenggaraan dan pengkebumian jenazah. Contohnya membeli kain kafan, menggali kubur, sewa kereta jenazah, upah kepada yang memandikan dan sebagainya.
2. Menyelesaikan hutang si mati sama ada hutang kepada Allah dan hutang sesama manusia. Contoh hutang kepada Allah adalah seperti kifarat, nazar, haji dan lain-lain yang belum sempat ditunaikan oleh si mati.
3. Melaksanakan wasiat si mati. Wasiat mestilah dipastikan tidak melebihi 1/3 daripada harta
4. Tuntutan harta sepencarian. Harta sepencarian perlulah di nilai dan dikembalikan kepada pasangan si mati atau mereka yang mempunyai kepentingan terhadap sesuatu harta atau asset yang ditinggalkan.
5. Selesai keempat-empat urusan di atas, barulah baki harta boleh di agih-agihkan kepada ahli waris yang berhak.

1 comment

    • nurainazzahra on August 14, 2013 at 10:24 am

    assalamualaikum..

    ustaz,bolehkah sekiranya anak tidak sah taraf memohon harta pusaka ibunya?

Leave a Reply

Your email address will not be published.