May 05

Dalam kenangan

Hari ini, 5 May 2012 maka bermulalah episod baru dalam perjalanan blog ustaz Saifudin. Kepada mereka yang mungkin biasa mengunjungi blog ini pasti akan nampak perbezaan ketara pada rupa bentuk atau design blog ini. Sebenarnya saya sendiri menjadi gundah gelana selama seminggu kerana tidak dapat mencari template blog yang betul-betul memuaskan hati saya seperti tempate wpmax yang saya gunakan sebelum ini.

Templat wp-max telah digunakan sejak 2 tahun lalu dan banyak modifikasi telah saya lakukan. Walaubagaimana pun apabila versi wordpress telah sampai ke versi 3.0 saya mula sedari beberapa fungsi yang ada sudah tergendala. Akhirnya malam semalam saya menemui template ini dan bermula hari ini saya template baru akan digunakan. I would like to say thank you pada wp-max creator, walaupun tidak mengenalinya. Saya yakin penciptanya telah menjual template ini kepada pihak lain dan kini ianya menjadi template komersil.

Farewell and good bye pada design lama

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua yang sudi melayari blog ini sehingga menyumbang kepada jumlah pelawat yang hampir menjejakkan angka 7000 visitors sebulan. Terima kasih!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.