Apr 30

Hibah yang tersilap

Ramai yang mengambil kesempatan dalam kepesatan pembangunan sistem kewangan islam. Ramai yang cuba membuat pelbagai program, produk, skim dan sebagainya bagi tujuan mengaut keuntungan yang banyak sedangkan mereka tidak faham tentang rukun dan syarat yang perlu ada bagi sesebuah transaksi. Saya hari ini menerima satu proposal yang maksudnya lebih kurang begini:

  1. Gross contribution daripada peserta adalah RM1,000,000
  2. Wakalah fee meliputi 15% brokerage fee, 10% wakalah fee yang diambil operator dan 2.5% engineering fee.
  3. RM200,000 diperuntukkan untuk dilakukan hibah jika tiada claim
  4. Jumlah bersih yang masuk ke dalam dana risiko bagi tujuan tabarru’ adalah sekitar RM525,000 sahaja
  5. Jika tiada claim RM200,000 akan dipulangkan semula kepada peserta sebagai hibah
  6. Jika jumlah claim hanya RM100,000 RM100,000 akan dipulangkan
  7. Jika jumlah claim RM200,000 tiada apa-apa pulangan
  8. Jika claim lebih misalnya RM400,00 maka RM200,000 tadi akan digunakan beserta sebahagian daripada jumlah di dalam dana risiko akan digunakan.

Mungkin apa yang saya nyatakan tidak menggambarkan keseluruhan scenario isu ini walaubagaimana pun saya harap mereka yang berada dalam industri mampu memahaminya.

Komen saya:

  1. Saya mendapati dalam industri tidak ada pembahagian yang nyata dalam operasi bagi broker dan ejen. Broker sepatutnya merujuk kepada mereka yang menjadi wakil kepada client dan ejen seharusnya merujuk kepada mereka yang menjadi wakil operator. Hasil daripada pemerhatian saya, kedua-duanya tidak dibezakan. Ini dapat dilihat melalui billing yang dikeluarkan di mana komisen broker dimasukkan sekali dalam wakalah fee operator. Saya berpendapat ianya mesti dibezakan.
  2. Wakalah fee harus dinyatakan dengan jelas dan sesuai dengan maksudnya.
  3. Hibah seperti bentuk yang diajukan kepada saya adalah hibah yang silap. Antara syarat bagi seseorang melakukan hibah ialah harta tersebut mestilah miliknya. Dalam kes ini RM200,000 yang diambil oleh operator dilihat sebagai mengambil harta orang lain secara zalim. Ini kerana wang tersebut tidak dimasukkan ke dalam dana risiko. Lebih dari itu saya melihatnya sebagai satu bentuk perjudian dan jelas sekali ia menjadi riba. Bayaran ganti rugi yang dibuat bukanlah bersumberkan tabarru’ tetapi sebenarnya adalah duit peserta sendiri. Dalam keadaan ini ia bukanlah ”Hibah”. Perkara seperti ini juga jelas sekali bertentangan dengan konsep takaful.

Wallahua’lam

1 comment

    • Muhammad Faizal on September 5, 2014 at 3:40 pm

    Assalamualaikum Ustaz

    Saya nak bertanya tentang Forex yang diperkenalkan oleh FXUnited. Ramai orang yang berpengalaman, tidak kurang juga ‘ustaz-ustaz Forex’ yang mengesorkan kepada saya platform online trading dari FXUnited ini.

    Mereka mendakwa forex dari FXUnited ini halal kerana tiada SWAP?

    Pada pendangan ustaz yang arif tentang ekonomi, wujudkan forex HALAL yang menggunakan platform online trading?

    Saya dalam dilema kerana ayah saya mengajak saya untuk sertai program ini.
    Tapi, terdetik hati saya untuk menyiasat dahulu tentang forex yang dikatakan halal. Berdasarkan hujah dari Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman, dia menyatakan forex (tidak kira spot, forward atau future) adalah haram dan riba’. Berlainan pula dengan Ustaz Ahmad Dasuki yang mengatakan forex iaitu spot-forex ini harus.
    Manakah yang betul Ustaz?

    Mohon penjelasan dari Ustaz..
    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.