Apr 25

Pandangan berkaitan melindungi bangunan yang mengandungi aktiviti tidak halal

Bermula hari ini insyaAllah saya akan kongsikan beberapa keputusan shariah yang dibuat dalam industri takaful. Sememangnya dalam industri takaful saban hari saya menerima pelbagai soalan yang agak rumit untuk dijawab. Adakalanya ianya tidaklah rumit tetapi keadaan yang menjadikan rumit terutama apabila jawapan yang diberikan tidak menepati kehendak dan selera orang yang bertanya. Jawapan-jawapan yang saya berikan adalah berbentuk jawapan dan pandangan peribadi dan ianya tidak mewakili pandangan ahli penasihat syariah mana-mana institusi. Ianya adalah jawapan bersifat subjektif yang mungkin berubah mengikut situasi, tempat dan masa. Dan saya amat menggalakkan sekiranya jawapan yang diberi dibuat kajian lanjut dengan disertakan nas-nas dari sumber yang sahih. Mudah-mudahan ianya akan menjadi lebih jelas.

 

Soalan

Ustaz, kita dapat renewal business daripada operator lain. Produk ini adalah produk banka takaful dan classnya adalah fire. Kita akan melindungi bangunan milik peserta daripada kebakaran. Isunya adalah pemilik bangunan menyewakan ruang di dalam bangunan berkenaan kepada pihak yang menjalankan perniagaan tidak patuh syariah seperti kelab malam, spa dan karaoke. Pemilik menerima bayaran sewa daripada sumber berkenaan. Financing bagi bangunan berkenaan adalah melalui islamic financing daripada ABC islamic bank. Adakah kita boleh memberikan perlindungan kepada bangunan tersebut?

Jawapan

Pada prinsip asasnya kita tidak boleh memberikan perlindungan bagi maksud melindungi perkara yang dilarang dalam agama. Dalam bentuk perlindungan biasa kita wajar memberikan perlindungan dengan syarat perkara-perkara tidak halal dikeluarkan daripada perlindungan yang diberikan. Jika tidak dapat dikeluarkan daripada perjanjian takaful risiko berkenaan hendaklah ditolak. Walaupun begitu, dalam kes di atas, perlindungan ”fire” yang diberikan sebenarnya adalah untuk melindungi financing yang diberikan oleh pihak bank. Bermaksud sekiranya berlaku kemusnahan akibat kebakaran, operator akan membayar pihak bank atas kerugian yang berlaku. Disebabkan financing yang diberikan adalah islamic financing maka adalah wajar operator memberikan perlindungan. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published.