Nov 17

Techno Daie vs Protaz: Antara Kerjaya dan Dakwah

Alhamdulillah, hari ini saya ada modal untuk mengupdate blog ini. Saya telah dijemput olej Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
untuk menjadi salah seorang daripada ahli panel dalam forum yang bertajuk Techno Daie vs Protaz : Antara Kerjaya dan Dakwah. Program ini dianjurkan sempena minggu terbuka Akademik yang berlangsung selama seminggu.

Ini merupakan kali pertama saya dijemput bagi program sedemikian. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan saya ucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan mereka yang terlibat dalam program berkenaan. Turut menjadi panelis bagi forum berkenaan ialah saudari Ummu Hani Abu Hasan iaitu seorang novelis dan penulis skrip juga saudara Mohd Fakhrul yang merupakan seorang motivator dan penuntut di UPSI.

Perbincangan menjurus kepada maksud techno daie daripada perspektif setiap ahli panel yang mempunyai latar belakang yang berbeza. Saya menganggap forum ini mencapai matlamatnya dan semoga mendapat lagi peluang-peluang seperti ini di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.