Sep 20

Garis Panduan Perniagaan MLM yang HALAL

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada al-Fadhil Dr Zaharuddin Abdul Rahman dan ahli Jawatankuasa yang lain kerana hasil usaha mereka maka satu garis panduan perniagaan MLM yang mematuhi syariah telah di keluarkan. Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan dokumen seperti ini kerana memerlukan ilmu, ketekunan dan kesabaran yang tinggi. Saya sendiri masih lagi tersangkut-sangkut menyiapkan Shariah compliance manual di tempat kerja saya.

saya telah mengikuti penulisan Dr Zaharuddin sejak awal dan saya perhatikan ianya membawa pelbagai polemik dan komen-komen yang panas. Sama ada positif atau pun negatif. Yang pastinya sebahagian komen yang diberikan di blog beliau saya tak sanggup nak baca. Kita akan dapat melihat sebahagian dari mereka bermati-matian mempertahankan perniagaan MLM mereka kerana ianya sumber pendapatan mereka. Mereka tidak menghiraukan soal halal haram, sah atau batal apa yang mereka lakukan.

 

Jadi dengan terbitnya panduan ini dan telah diperakui oleh Jawatankuasa Fatwa, maka ia menjadi sumber rujukan utama kepada peniaga mahu pun pihak-pihak yang terlibat dalam menjalankan perniagaan. Bagi pemilik perniagaan, selagi mana modus operandi perniagaan mereka bertepatan dengan garis panduan ini maka perniagaan anda adalah halal. Begitu juga ejen atau wakil jualan. Anda perlu semak dan pastikan syarikat yang anda ingin wakili menepati apa yang dinayatakan dalam garis panduan ini. Bagi para pengguna juga (pembeli) anda juga perlu ambil tahu hal ini untuk mengelakkan daripada terlibat dengan perkara syubhah.

kesimpulannya tidak kira siapa pun anda, anda mesti membaca garis panduan ini. Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman web Ustaz Dr Zaharuddin.

Download garis panduan di sini : GARIS PANDUAN MULTI LEVEL MARKETING (MLM) PATUH SYARIAH

Leave a Reply

Your email address will not be published.