Sep 04

Hukum membeli juadah berbuka daripada orang yang tidak berpuasa

Hari ini saya dan isteri terpaksa berbuka di dalam kereta sahaja kerana kesesakan jalan melampau yang saya tempuhi sepanjang perjalanan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke Cheras. Tujuan ke UIA adalah untuk bertemu salah seorang ahli majlis penasihat Syariah di institusi kewangan tempat saya bertugas.

Sewaktu dalam perjalanan pulang iaitu di Jalan Kuching saya telah dihubungi oleh seorang kenalan yang berasa ragu-ragu untuk makanan yang dibeli di bazar Ramadhan kerana beliau memberitahu bahawa penjual makanan tersebut menyatakan seperti berikut:

“…saya memang tak puasa. Buat apa saya nak berpuasa kalau saya tak sembahyang..”

lebih kurang begitulah ayat yang keluar dari mulut penjual berkenaan. Dalam hal ini, saya memberikan komen berikut:

1. Tentang makanan yang dibeli, ianya boleh dimakan selagi mana kita yakin bahawa ianya halal. Tidak menjadi haram makanan yang dijual oleh orang yang tidak berpuasa.

2. Jika tidak solat, ia tidak sekali-kali menghilangkan kewajipan ibadah berpuasa di bulan Ramadhan kerana tiada sebab syarie yang membenarkan penjual berkenaan berbuka puasa. Solat dan puasa kedua-duanya ibadah yang diwajibkan. Meninggalkan salah satu adalah berdosa. Lebih-lebih lagi meninggalkan kedua-duanya. Orang jenis juga bermasalah dari segi imannya.

Wallahua’lam

3 comments

  1. kalau puasa bukan boleh memudaratkan, malah boleh menyihatkan badan… kenapa la masih ramai orang islam yang malas sangat nak ‘belajar’ berpuasa walaupun dah besar dan tua-tua.

    walhal, orang dari agama lain sibuk nak belaja berpuasa.

    • waveX on September 4, 2010 at 3:18 am

    sokong2..nak beli pun kna tgk jgk penjual tu..bertudung ke x??solat ke x??

  2. saya setuju dengan pandangan yang diberikan saudara berdua. cumanya tentang soal hukum begitulah ulasannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.