Pengurusan Risiko Berdasarkan Al-Quran

Tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan manusia itu penuh dengan dugaan dan pancaroba. Adakalanya gembira, adakalanya duka. Ada waktu senang dan ada waktu susah.

Semuanya dijadikan berpasangan. Fitrah manusia itu mahukan kepada kesenangan, kegembiraan dan kebahagiaan. Namun, tidak semua keinginan tersebut dapat dipenuhi.

Perkataan risiko seringkali dirujuk sebagai satu knotasi yang negatif. Menunjukkan kebarangkalian berlakunya perkara-perkara tidak diingini. Islam juga mengiktiraf risiko dan Allah swt dalam al-quran telah menyatakan tentangnya dan bagaimana menguruskannya. Mukmin yang beriman seharusnya mengambil pelajaran daripada ayat-ayat al-quran ini mudah-mudahan dapat menjamin kesejahteraan hidup.

 

1. Islam melarang kita daripada mendedahkan diri kepada kebinasaan. Berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

195. Dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya.

Dapat kita fahami melalui maksud ayat diatas bahawasanya sifat bakhil itu membawa kepada bahaya kebinasaan. Contohnya harta yang banyak tanpa dipulangkan atau disalurkan bagi tujuan kebajikan boleh menimbulkan sifat dengki orang lain. Selain itu sifat bakhil ini juga mampu membawa kepada kekufuran.

2. Pemakanan seimbang dan bekualiti dari sumber yang halal. Berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-baqrah ayat 172 yang bermaksud:

172. Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Ayat ini menekankan betapa pentingnya memakan makanan dari sumber yang halal. Nikmat Allah itu tersangat luas dan yang haram itu hanyalah sedikit. Maka makanlah makanan yang halal dan tinggalkan makanan yang syubhat dan haram. Ayat ini merupakan satu arahan daripada Allah swt bagi manusia. Setiap anggota tubuh badan kita memerlukan zat dan protein supaya dapat berfungsi. Pastinya ada hikmah mengapa sesetengah benda haram di makan. Umpamanya diharamkan memakan haiwan beracun. Haram memakannya kerana dikhuatiri mendatangkan mudharat kepada tubuh badan.

3. Larangan berlebih-lebihan ketika makan & minum. Berdasarkan surah al-A;raf ayat 31 yang bermaksud:

31. …dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

Allah tidak suka kepada orang yang bersifat melampau. Dalam semua keadaan termasuklah dalam soal pengambilan makanan. Pengambilan makanan atau minuman secara berlebih-lebihan boleh mengundang bahaya kepada kesihatan. Sebenanrnya kita sedang menzalimi diri dan anggota tubuh badan kita. Bayangkan kita meminum minuman bergas seperti pepsi setiap hari. Pastinya minuman seperti ini mencemarkan sistem penghadaman dan buah pinggang kita terpaksa bekerja dengan lebih teruk. Ini akan mengurangkan jangka hayatnya. Disebabkan itu ramai yang menghidapi sakit buah pinggang dan kencing manis. Bayangkanlah air pepsi yang hitam pekat sebanyak 1 liter dikeluarkan semula melalui sistem pencernaan kita dengan berwarna putih.

4. Perancangan Ekonomi Nabi Yusuf a.s. Berdasarkan firman Allah dalam surah Yusuf ayat 46-49 yang bermaksud:

46. (setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.

47. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan.

48. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).

49. “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”.

Maksud ayat di atas adalah jelas bahawa risiko berlakunya kekurangan di masa hadapan memerlukan perancangan yang rapi untuk menghadapinya. Kisah nabi Yusuf a.s ini wajar diambil iktibar supaya kita bersiap sedia menghadapi musibah. Pepatah orang Melayu, sediakan payung sebelum hujan. Mengambil contoh berkaitan makanan, negara kita seharusnya mempunyai bekalan makanan terutamanaya beras tempatan yang mencukupi bagi kegunaan domestik. Kebergantungan terhadap beras impot menyebabkan kita terdedah kepada risiko berlakunya kekurangan makanan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *