Mar 25

Masalah sosial semakin rumit

Sudah lama tidak menulis di blog ini dan hari ini saya ingin menulis sesuatu. Nampaknya kini saya semakin cenderung untuk menulis tentang gajala sosial. Kenapa ya?  sebab saya nampak makin parah. Bukan nak menyibuk hal orang tapi saya harap dengan tulisan ini kita dapat jaga tepi kain kita sendiri termasuklah diri saya. Manakan tidak saban hari saya diajukan dengan soalan-soalan berkaitan yang kadangkala saya gagal memberikan jawapan yang konkrit kepada mereka yang bertanya. Walaupun begitu saya ucapkan tahniah kepada pihak yang bertanya samaada bertanya untuk membetulkan kesilapan diri atau pun bertanya untuk menyelesaikan masalah orang lain. Anda yang bertanya sememangnya seorang yang peka dan bertanggung jawab.

Minggu lepas saya dihubungi seseorang yang ingin mendapatkan nasihat. Seorang perempuan yang sudah pun berusia 50 tahun. Masalahnya beliau menghadapi dilema dalam hatinya. Beliau ditugaskan bekerja di negeri berasingan daripada keluarganya. mempunyai seorang anak lelaki, suami pula tiada pendapatan tetap (tidak bekerja) dan selama ini beliaulah yang menyara suaminya. Masalah timbul apabila suami bermasalah dan beliau kesunyian akibat berada jauh dan akhirnya menumpang kasih kepada salah seorang clientnya. Kebergantungan kepada lelaki berkenaan menyebabkan hatinya resah apabila lelaki berkenaan mencurahkan kasih kepada wanita lain pula. Maka wujudlah konflik di antara mereka berdua. Wanita berumur 50 tahun ini sedar akan kesilapannya. Walaupun tidak pernah melakukan aktiviti terlarang tetapi kasih sayangnya telah berubah dengan menyayangi lelaki lain yang bukan suaminya.

Tidak ingin berbicara panjang saya ingin rumuskan seperti berikut:
1. Sebagai suami perlulah bertanggung jawab dalam memberikan nafkah. Juga kasih sayang kepada ahli keluarga

2. Sebagai isteri & ibu, anda tidak harus mengejar kerjaya dengan mengabaikan tanggung jawab kepada keluarga

3. Sebagai orang ketiga, anda seharusnya tidak memberi perhatian lebih kepada perempuan yang selain isteri & ibu anda.

Kes kedua yang saya dengar semalam. Seorang bekas staff menghubungi dan bertanyakan pendapat saya. Seorang lelaki (tidak pasti sama ada kawannya atau ahli keluarganya) telah berzina dengan janda beranak 3 dan akhirnya perempuan tersbut mengandung. Hal ini berlaku lanjutan daripada perasaan tidak puas hati terhadap isterinya. Dalam situasi ini si isteri telah mengaku kesilapannya dan banyak berusaha mengubah dirinya. Namun dalam tempoh itu suami telah terlanjur dan kini amat menyesal dengan perbuatannya. Memandangkan dia sendiri mempunyai 4 orang anak dan mempunyai masalah kewangan maka keadaan menjadi semakin sukar. Perlu menyara isteri dan 4 orang anak dan kemudian tidak boleh lari dari tanggung jawab terhadap anak yang sedang dikandung janda tersebut.Buat masa ini si isteri tidak tahu lagi apa yang dilakukan sang suami. Bagaimana agaknya kalau tahu? isteri minta cerai? tidak izinkan kahwin dua?..pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Agak sukar memberikan jawapan dalam keadaan orang bertanya melalui telefon dan ditanyakan pihak ketiga.Bagi masalah ini saya cadangkan penyelesaian berikut walaupun kes ini ibarat keluar mulut buaya masuk mulut singa, diluah mati mak ditelan mati bapak. Eloklah lelaki tersebut bertanggung jawab terhadap apa yang dilakukannya. Saya rekomen supaya dia berkahwin dengan janda tersebut demi menjaga kebajikan anak yang bakal lahir. Ada pun bagi isteri pertama, hendaklah dengan cara yang terbaik bercakap dan berbincang. Perlulah membuat pilihan terbaik. Tentang masalah kewangan, perlulah lelaki berkenaan berusaha lebih keras menampung keperluan yang semakin besar.

Kesimpulan daripada orang yang bertanya, lelaki tersebut sememangnya jauh dari agama. Kesimpulan dari saya pula kerajaan tidak sepatutnya memansuhkan jqaf. guru-guru pendidikan islam hanya mengajar pendidikan islam. bagaimana pelajar-pelajar hendak memahami dan mendalami pendidikan islam sedang mereka tidak mengenal tulisan jawi dan membaca al-quran. memperkenalkan pendidikan seks bukanlah penyelesaian terbaik. Anak-anak perlu didikan awal agama dan ianya perlu berterusan. Walaupun nampak kesimpulan saya ini lari dari cerita tapi saya tahu ianya relevan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.