Feb 06

Anak negro dan gejala sosial

Baraka African hip hop rapper MinneapolisIngin berkongsi aktiviti hari ini. Maklum saja cuti hari wilayah saya pun pulang ke kampung. Sedang enak menikmati soto di warung mak tiba-tiba emak membawa ke dalam tempat saya makan seorang bayi lelaki berusia lebih kurang 6 bulan. Alangkah baiknya jika anak itu cucu emak saya (ehem2.. dalam erti kata lain anak saya). Rupanya emak mendukung anak angkat pasangan pelanggan tetapnya yang sedang menikmati soto di meja hadapan.

Mak beritahu anak ini anak orang negro. Mula-mula saya agak terkejut juga. ingatkan negro atau orang afrika ini hanya boleh saya temui disekitar taman tun perak atau tun hussien onn saja. Di segamat pun ada rupanya. Anak tersebut tidak pasti hasil perkahwinan sivil atau pun bukan. Apa yang diceritakan anak tesebut lahir dari seorang perempuan melayu islam sabah dan benih dari seorang lelaki negro yang beragama kristian. Diberitakan keluarga wanita tersebut tidak sanggup menerima anak tersebut lalu wanita itu ingin membuang anak tersebut. Mujur seorang rakan kepada wanita berkenaan seorang yang prihatin lalu mengambil anak tersebut dan diserahkan kepada ibunya di kampung untuk dipelihara.

Setelah beberapa ketika diberitakan lelaki negro kristian berkenaan mula mencari anaknya semula. Pihak keluarga angkat ini terus mendiamkan diri kerana dikhuatiri lelaki berkenaan akan membawa lari bayi bekenaan. Pihak keluarga angkat telah menjalankan kewajipan mereka dengan mendaftarkan bayi berkenaan sebagai seorang islam.

Ingin saya memberi sedikit ulasan tentang perkara ini. Saya ucapkan terima kasih kepada keluarga angkat atas usaha menyelamatkan nyawa seorang makhluk allah dan membawanya kepada Islam. Mudah-mudahan mereka ini beroleh rahmat daripada Allah.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Ya.. iman manusia itu senipis kulit bawang, juga tidak boleh diwarisi. Rasullah saw telah mengajar kita tentang bagaimana hendak mencri calon suami atau isteri. Baginda telah memberi tunjuk ajar dengan meletakkan keutamaan atau kepada soal agamanya. Ini bermaksud dalam usaha kita mendirikan sebuah keluarga mestilah kita membuat pilihan dan soal agama mestilah diletakkan sebagai perkara pokok dalam membuat penilaian dan pertimbangan.

Maksud sebuah hadis nabi: “Kamu Nikahi perempuan itu dengan empat perkara. kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, kerana agamanya, pilihlah kerana agamanya nescaya kau beruntung.”

Kalau pilih kerana agama kita akan untung maknanya kalau kita pilih selainnya kita akan rugi!..Dalam kes ini dan dalam kes-kes seumpamanya kita dapati soal agama diletakkan di ranking terakhir…atau tak termasuk dalam kriteria pemilihan. Akhirnya timbul masalah-masalah seperti yang kita lihat menular dalam masyarakat islam di negara kita hari ini. Inilah dia bentuk-bentuk kerugian yang akan diperoleh. Saya sangat geli melihat orang-orang afrika memimpin dan menuntun wanita di sekitar cheras. Juga telah dipaparkan dalam rancangan 360 di tv3 tetapi masyarakat kita pada hari ini seolah-olah tidak ambil peduli.

Saya juga berasa bimbang dan kesal dengan kebanyakan ibu bapa yang tidak mahu ambil tahu tentang aktiviti anak-anak mereka. Juga tidak megambil tahu dengan siapa mereka berkawan dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang redha anak mereka keluar dengan pasangan bukan mahram. Ada yang terang-terang di depan ibu bapa berpegang-pegang tangan tapi ibu bapa tidak kesah. Anak perempuan berpakaian separuh bogel depan mata pun tak kisah “alah… biasalah orang muda..zaman dah moden”…itu alasan mereka!

Wahai ibu bapa.. sedarlah anak itu amanah Allah yang wajib kamu memelihara mereka dengan sebaik-baiknya!

Sudah banyak penulisan-penulisan tentang hal ini ditulis lengkap dengan dalil al-quran tetapi masyarakat kita hari ini langsung tidak ambil peduli.

saya biarkan coretan saya ini tergantung di sini supaya kita sama-sama dapat berfikir dan bertindak terutama ibu bapa di luar sana. Kepada yang bersetuju silalah sokong dengan memberi komen di bawah.[ad#co-1]

Leave a Reply

Your email address will not be published.