Jan 15

SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Gerhana-matahari-cincin-(apod.nasa.gov)-dalamSolat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu’nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu’ atau pun keseluruhannya. Ramai ulama’ yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.

Cara Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam) ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-
TARIKH

: 26 JANUARI 2009 BER. 29 MUHARRAM 1430 HIJRAH
MASA

: SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT

: DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA

ANDA BOLEH MEMBACA INFO LANJUT MENGENAI PERISTIWA GERHANA MATAHARI YANG AKAN BERLAKU INI DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :-
INFO GERHANA MATAHARI

SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.

Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Selain dari panduan maklumat dari pakar-pakar astronomi mengenai kejadian ini, sewajibnya kita membetulkan akidah dan iktikad di dalam hati kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya.

Mungkin ada sesuatu mesej di sebalik kejadian ini tanpa kita sedari. Maka sedarilah dan marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dalam masa 24 jam yang kita ada setiap hari. Setiap saat yang berlalu menandakan usia kita semakin tua dan usia dunia juga lebih tua dari kita. Jika usia dunia amat sedikit maka usia kita teramat-amat sedikit dari usia dunia.

Marilah sama-sama kita menunaikan solat Asar secara berjemaah dan seterusnya mengerjakan solat sunat gerhana matahari (kusuf) di Masjid Negara. Datanglah beramai-ramai ke Masjid Negara pada 26 Januari 2009 (Isnin) !!!

sumber:

http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=579&Itemid=69

4 comments

Skip to comment form

  1. ustaz solat-solat ni wajib kena kita amalkan ka

  2. Eliana Syakira, nama pun solat sunat. Maka hukumnya sunat.

    • syikin ghani on June 20, 2011 at 3:56 pm

    salam ustaz..ape amalan2 sunat ketika waktu gerhana dan sebelum solat gerhana..?

    • Yusdi on March 21, 2012 at 2:33 pm

    As-Salam Ustaz,

    Maaf, saya sedang mencari ilmu berkaitan wakaf, tapi secara kebetulan, terjumpa berkaitan solat Gerhana..saja baca cara solat gerhana untuk refresh semula…Saya khuatir berkaitan Rakaat kedua yang dinyatakan oleh ustaz, adakah bila mula / bangkit semula pada rakaat kedua perlu niat semula solat gerhana? atau Ustaz silap cut/paste…

    Maaf, sekiranya persoalan saya ini betul, mungkin ini atas kejahilan saya sendiri.

    Mudah-mudahan Ustaz dapat jelaskan.

    Terima kasih. Wassalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published.