Nov 08

Alhamdulilah, kereta dah keluar bengkel

Selepas lebih kurang 2 minggu kereta di bengkel akhirnya siap. Dalam tempoh sejak berlakunya kemalangan pelbagai pengalaman dilalui antaranya kesusahan membuat laporan polis, kelewatan bengkel dan sebagainya. Tapi perkara yang saya rasa terkilan sangat dalam hal ini ialah sifat professionalisme polis trafik. Baru kini saya tahu, tiadanya sifat amanah dan professional pada penjawat awam seperti polis trafik. Mereka yang mengalami kemalangan pastinya menghadapi kesukaran terutama dari segi pergerakan dan kewangan. Bagi mereka yang kali pertama mengalami kemalangan seperti saya pastinya kecewa dengan perkhidmatan dan layanan polis trafik. Apa yang saya maksudkan ialah mereka ini kerja makan komisen!. Saya tidak berhasrat menceritakannya lebih lanjut tentang apa yang berlaku. Cukuplah saya menasihatkan anda semua supaya memandu dengan berhati-hati dan berhemah. Baca doa sebelum bertolak. Jika kemalangan jangan panik. jika ada saudara-mara di bahagian trafik bukit aman, hubungi mereka untuk minta nasihat. hati-hati juga dengan polis trafik bertugas di tempat anda membuat laporan.

pandangan hadapan Selepas perlanggaran di MRR2-Taman kencana

pandangan hadapan Selepas perlanggaran di MRR2-Taman kencana

Inilah kereta SAGA BLM saya. Baru saja menggunakannya selama 8 bulan. Setelah dibuka bahagian yang kemik, didapati kerosakannya adalah minimum. No plate pecah dan besi yang menjadi tulang belakangnya bengkok. Apabila dibuka, bumper depan kembali melembung seperti biasa.

pandangan belakang

pandangan belakang

Bahagian belakang juga tidak teruk. Hanya calar balar. Bahagian bonet turut termasuk sedikit ke dalam.

kereta yang melanggar saya

kereta yang melanggar saya

Kereta waja ini menghentam saya dari belakang. Hanya kemik sedikit dibahagian depan dan rasanya radiator pecah.

kereta keempat-pandangan hadapan

kereta keempat-pandangan hadapan

Kereta keempat paling teruk. Dilanggar dengan kuat dari belakang oleh sebuah produa kenari dan seterusnya menghentam proton waja di depan.

kereta keempat-pandangan belakang

kereta keempat-pandangan belakang

Pandangan belakang kereta keempat. Memang teruk. Nasib baik orang di dalam tidak cedera.

Kereta yang menjadi punca perlanggaran beramai-ramai

Kereta yang menjadi punca perlanggaran beramai-ramai

Kereta produa kenari yang menjadi punca kemalangan. Dipandu seorang tomboi. Tak tahu sama ada beliau mempunyai lesen memandu atau tidak. Beliau turut mengakibatkan kemalangan berasingan bagi kereta-kereta lain dibelakang.

2 comments

  1. salam ustz, pertamanya. alhmdllh kete da ciap..mudah utk bergerak..
    disini, boleh sy daptkan email ustaz.. ad pertanyaan berhubung isu wakaf..

    sekian , wasalam

  2. Terima kasih muhammad Syafiq. InsyaAllah saya akan cuba membantu. email saya mohamadsaifudin[a]gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.