Oct 26

Tahniah Siti Fatimah!

Selepas berhempas pulas belajar selama 3 tahun di UiTM Cawangan Segamat, akhirnya adinda saya Siti Fatimah telah pun bergraduasi pada 24 Oktober 2009. Majlis graduasi diadakan di Dewan Budiman UiTM Shah Alam.

PICT0135Ini kali pertama kami datang ke UiTM Shah Alam dan InsyaAllah tahun-tahun akan datang akan berkunjung lagi kerana ada 2 orang lagi adik saya sedang menuntut di UiTM. Seorang di UiTM sri Iskandar Perak dan Seorang lagi di UiTM Jengka Pahang.

Saya doakan kedua-dua mereka juga berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi seperti abang dan kakak mereka. Alhamdulillah daripada saya sebagai anak sulong sehingga anak keempat Puan Misnah & En Gahnehman kesemuanya belajar sehingga ke peringkat Universiti. Alhamdulillah.

Kami sedang menanti dan melihat potensi adik kelima dan seterusnya yang nampaknya agak liat untuk belajar dan seringkali kandas dalam peperiksaan. Walaupun begitu agak memeranjatkan apabila adik kelima iaitu Mohd Khalid yang biasanya tidak menonjol dalam pelajaran mendapat 6A 2B dan 1C dalam peperiksaan percubaan SPM. Apa pun saya doakan semoga beliau dapat mengekalkannya atau mendapat keputusan yang lebih baik pada peperiksaan SPM sebenar nanti.

Berbalik kepada cerita graduasi, kami sekeluarga sangat gembira menyambut kejayaan Fatimah. Walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh dan memenatkan. Pastinya ibu-bapa lain pun gembira.Mudah-mudahan adik saya Fatimah beroleh pekerjaan yang baik selepas ini. Abang doakan….

2 comments

    • IbnuAbas on October 27, 2009 at 4:36 pm

    Salam… saya pun belajar di UiTM Segamat. Tapi mungkin tak kenal adik ustaz tu.. Hehe saya ambil BBA Islamic Banking kat sini… sekarang tahun ke 2

  1. salam. terima kasih kerana melayari blog saya, baguslah belajar islamic banking. semoga islamic finance akan dipenuhi dengan talented people mcm anta 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published.