Oct 23

Belasungkawa Anakanda Nur Fatimah

Pagi 22 Oktober 2009, pembantu saya memaklumkan bahawa Anakanda Ustaz Ramadhan Fitri dan Ukhti Khadijah telah kembali ke rahmatullah. saya mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan semoga ustaz Ramadhan Fitri dan isteri tabah menghadapi ujian Allah.

P9210153

Menanti kelahiran anak pertama pastinya saat yang amat dinanti. Tatkala menjengahnya kedunia merupakan saat paling gembira bagi kedua ibu dan ayah. Apatah lagi anak pertama sebagai hadiah atau buah cinta kepada mereka yang baru sahaja berumah tangga. Pastinya pemergian buah kehilangan buah cinta itu merentap bahagia yang sedang dikecapi.

Tetapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik bagi hambanya. Justeru, sebagai manusia yang lemah, hendaklah kita menerima setiap dugaan yang Allah berikan dengan sabar dan doa.

Walaupun saya tidak pernah bersua dengan anakanda Nur Fatimah, tetapi ayahandanya seorang yang amat dikenali terutama ketika zaman sebagai seorang pelajar di Universiti Malaya. Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Ramadhan fitri, mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya yang sangat terkenal dengan ketokohannya. Beliau sempat menjadi fellow di Jabatan Syariah dan Ekonomi dan sempat mengajar saya subjek qawaid fiqhiah walaupun hanya seketika. Kiranya Ustaz Ramadhan merupakan guru saya.Kini beliau berkhidmat sebagai pegawai Syariah di RHB Islamic Bank.

Ukhti Khadijah pula, saya hanya mengenali beliau sebagai seorang senior. Tidak lebih dari itu. Cuma beliau merupakan sahabat karib kepada ex-bos saya iaitu Ustazah Najibah yang kini merupakan seorang pensyarah di Kolej Shah Putra Kuantan.

Jodoh, ajal, rezeki, semuanya ditentukan Allah. Sama-samalah kita insaf akan hakikat ini. Alfatihah buat anakanada Nur Fatimah……

Leave a Reply

Your email address will not be published.