Oct 07

Hukum mewarnakan rambut

Salam Ustaz, Saya ada kemusykilan dan nak tanya pendapat ustaz. Boleh terangkan mengenai hukum mewarna rambut dengan menggunakan produk halal bagi para isteri (dengan kebenaran suami). Terima kasih, ustaz..

Salam Puan xxx

Hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari aspek tujuan, jenis pewarna dan pihak-pihak yang terlibat. Tujuan mewarnakan rambut bagi wanita bagi tujuan kecantikan dan kesihatan sepertimana dituntut oleh islam hukumnya adalah harus. Walaupun begitu kecantikan yang ingin dipamerkan hanyalah kepada suami dan mahramnya dan bukan untuk dipamerkan kepada pihak lain. Di sini kebenaran daripada suami adalah diperlukan. Jika tujuan untuk mewarnakan rambut supaya dapat dipamerkan kepada bukan mahramnya maka hukumnya haram walaupun dengan kebenaran suami.

Selain itu, keharusan mewarnakan rambut diikat dengan syarat-syarat berikut:

  1. Pewarna yang digunakan bukanlah bersifat kekal. Jika kekal dan tidak boleh dihilangkan maka ia termasuk dalam masalah mengubah ciptaan Allah yang diharamkan
  2. Pewarna yang digunakan mestilah dari yang suci dan halal
  3. Perbuatan mewarnakan rambut tidak mendatangkan mudharat seperti kanser, sakit kulit dan lain-lain implikasi
  4. Memutihkan rambut dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik. Ianya makruh
  5. Mestilah serap air agar wudhuk dan mandi wajib sah.
  6. Bagi perbuatan mewarnakan rambut putih/uban dengan warna hitam bagi menyembunyikan usia adalah dilarang sama ada bagi lelaki ataupun wanita.

Wallahua’lam

2 comments

    • ogydaud on April 26, 2012 at 4:30 pm

    ustad mcm mana nk tau…perwarna rambut yg di beli…meresap air…

    • evie seprida.siregar on May 26, 2012 at 11:08 am

    assalamu alaikum ustad
    bagamana cara nya meng alamikan rambut yg sudah di warnai???????????????

Leave a Reply

Your email address will not be published.