Sep 30

Pelajar kolej Islam mana ni???

coretan petang 30 september 2009, saya dikejutkan panggilan dari HR. 2 orang pelajar dari Kolej Islam ??? datang nak temu ramah untuk kajian takaful mereka. Saya pun terima saja walaupun tidak dimaklumkan dan tiada appointment dibuat. Kes sama seperti pelajar dari sebuah universiti bulan lepas.Tak tahu nak buat appointment.

lebih mendukacitakan pelajar yang datang tadi hanya membawa test pad yang tertulis beberapa perkataan tentang takaful. Soalan pun tiada. Jadi macam mana saya nak jawab? Saya tanya dia balik awak nak tanya apa sebenarnya? dia pun tak pasti. lebih kurang sama saja situasi seperti bulan lepas tapi saya rasa yang ni lagi teruk.

Ikutkan senarai nama mereka yang terlibat dalam kajian itu,ada empat orang tetapi hanya seorang saja yang datang.Datang dengan keadaan tidak terurus bau hapak rokok dan pakai sweater “HUJAN”. Lebih dari itu siap bawa makwe. Apalah malang makwe tu sanggup ikut lelaki macam tu.

Budak-budak zaman sekarang memang kurang hormat. Salah siapa? salah ke lecturer yang hantar mereka buat research?.. Dalam soal adab dan tatasusila ibu bapa yang mainkan peranan penting. Ibarat pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya”. Walau tak handsome tetapi kemas dan bersih pasti ada yang tertawan. Ditambah pula dengan budi bahasa yang tinggi.

Zaman sekarang ramai ibu bapa yang tidak kesah anak-anak berkawan dengan siapa? makan apa? minim apa? pakai apa? dan lain-lain. Jadi bila berlarutan masalah sosial siapa yang harus dipersalahkan? Tak kurang ramai orang yang menyalahkan kerajaan akibat daripada sistem pendidikan dan sistem sosial yang diamalkan. Mungkin juga. Tapi tak kurang juga saya tengok anak-anak orang parti pembangkang yang ke arah itu. Jadi salah siapa?…

Semuanya bermula dari rumah. Ibu bapa sekarang jenis tak kisah dan tak peduli… mudah-mudahan saya sendiri mampu menjaga dan memelihara anak saya nanti.Kita tidak harus salahkan mana-mana pihak. Yang penting dalam soal rumah tangga,berkaitan anak-anak, jagalah tepi kain sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.