Sep 18

Selamat Hari Raya semua!

Hari ini hari jumaat yang sepi. Ramai staf telah pun bercuti untuk pulang ke kampung. Nasib baiklah si Nor ni pun tak cuti. Kalau tak lagi sunyi. Sunyi macam mana pun tetap ada keriuhan yang tidak dijangka. Nak buat kerja pun takde mood. Hanya beberapa orang yang datang mundar-mandir mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf.

Rupa-rupanya ramai juga yang kurang gembira menyambut syawal. Mana tidaknya ramai juga yang tidak dapat bonus. Dengarnya ramai yang sedih. Saya yang hanya mendengar hanya mampu bersyukur kerana beroleh bonus. Disebabkan itu tidak kurang saya mendengar ramai yang akan berhijrah ke tempat lain. Jika benar semoga mereka semua terus sukses dalam kehidupan dunia yang sedang ditempuhi.

bercerita tentang pulang berhari raya, saya rasa raya kali ini adalah antara hari raya yang paling menggembirakan. Sebabnya terpaksalah dirahsiakan. InsyaAllah dengan gaji yang dibayar awal, walaupun tidak banyak dapatlah beri duit raya pada mak, bapak, nenek, dan adik-adik yang 8 orang tu.

Kepada semua yang mengenali saya sama ada sebagai ustaz saifudin atau apa-apa gelaran lain di internet saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin.

Tak lupa juga selamat pengantin baru kepada sepupu saya (nenek lain) yang bernama Mohd al-adzha atau pun nama glamournya aji (sebab dia lahir raya haji) bersama pasangannya yang juga bukan orang lain dengan saya iaitu Dr Fazilah bt situ (Pangkat anak sedara saya. Moyangnya adalah kakak kepada nenek saya). Semoga selamat mendirikan rumah tangga dan didoakan majlis perkahwinan berjalan lancar. InsyaAllah saya akan cuba memenuhi permintaan Aji untuk menjadi saksi nanti.

Menariknya tentang pasangan ini, saya lah yang menjadi batu apinya… Saya memperkenalkan fazilah kepada aji dan terlibat secara langsung dan tidak langsung meniup dan menyembur gas cinta kepada mereka. Malah terlibat juga rombongan merisik dan rombongan meminang. Alhamdulillah dah nak sampai bab nikah pula…

bercerita tentang orang, ramai juga yang bertanya… ustaz bila lagi??? …. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.