Sep 07

Malang si pencuri kasut

art_ep35Sudah beberapa hari tak update blog. Banyak cerita hendak dikongsikan sebenarnya. Sepertimana ramadhan pada tahun lepas, ramadhan kali ini saya sekali lagi dapat melihat pencuri kasut di masjid asy-syakirin KLCC. Ramai yang kehilangan kasut dan barang-barang lain walaupun berada di masjid. Maknanya, masjid bukanlah satu tempat yang selamat. Lebih kurang pukul 3.00 petang semalam, saya dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat dari seorang cleaner di masjid. Dia ingatkan imam masjid ada di dalam tetapi hanya saya seorang yang ada.

Apabila saya keluar security guard telah pun menangkap seorang lelaki melayu berasal daripada pahang. Dia didapati mencuri sepasang kasut. Saya malas nak campur sangat dan hanya menyelongkar beg si pencuri itu tadi. Ada jarum suntikan dan dokumen-dokumen dari pusat serenti dan penjara. sahla dia mat pit atau penagih dadah. Saya pun masuk semula dalam pejabat masjid. Hanya membiarkan apa yang berlaku kerana letih berpuasa.

Kemudian saya sekali lagi dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat. Muncul si Hassan, security guard yang menangkap pencuri kasut tadi, dia kata ” Mail dah naik hantu”.. saya pun bergegas ke sana. Si pencuri telah pun diikat dan ditambat di tiang masjid sambil dan digantung padanya papan tanda pencuri kasut. Sambil tu mail, seorang lagi security guard naik berang dan membelasah si pencuri. Begitulah lazimnya di masjid klcc jika pencuri tertangkap itulah hukumannya sebelum di bawa ke balai polis. Akhirnya lebih kurang jam 6.00 petang, polis tiba dan membawa pencuri itu ke balai.

Bukan saja teruk kena lempang dengan security guard, polis pun belasah dia juga. Kasut yang dicuri dihentakkan ke kepala pencuri. kesian juga pencuri tu. nasib dialah. Bulan-bulan puasa sepatutnya dipenuhkan dengan amal ibadah tetapi dia mencuri.

Sebagai pengajaran, jauhilah perbuatan dosa kerana balasannya mungkin datang on the spot.