Aug 18

Minta maaf sebelum ramadhan

Ustaz, boleh ustaz comfimkan info di bawah. Adakah wajib kita bermaafan sebelum Ramadhan.
Sebab sebelum ni saya ada dengar bahawa tiada nas yg mengatakan perlu bermaafan sebelum Ramadhan.

marahByk email yg saya terima berkaitan dengan perkara ini. Harap dapat penjelasan dari Ustaz.

Terima kasih, Wassalam.

Assalamualaikum,

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan ” “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaAllah.

Jawapan ringkas saya

Melalui pembacaan saya hadis tersebut tidak ditemui. Terdapat hadis yang seakan-akan hal ini tetapi berbeza maksudnya dan sesetengahnya mendakwa hadis ini hadis palsu yang baru diciptakan kerana tidak dapat di kesan dalam himpunan hadis sahih mahupun hadis maudu’. Hadis yang ditemui adalah hadis yang mafhumnya menyatakan bahawa hadir malaikat jibril sewaktu rasulullah di atas mimbar dan menyatakan celakalah ke atas orang yang apabila disebut nama rasulullah tidak berselawat ke atasnya, celaka kepada orang yang tidak dapat masuk syurga akibat tidak berbuat baik kepada orang tuanya dan celaka kepada orang yang apabila berlalunya bulan ramadhan dosanya tidak diampunkan.Rasulullah mengaminkannya.

Tentang bermaaf-maafan, ia bukan menjadi wajib apabila menjelang ramadhan tetapi sepanjang masa. Sekiranya berlaku salah faham antara satu sama lain, hendaklah kita bertolak ansur dan saling bermaaf-maafan untuk memelihara ukhwah islamiyah. Menjadi kewajipan untuk memelihara silaturrahim antara satu sama lain.

Mungkin sebagai satu bentuk pelajaran yang boleh diambil daripada 3 point tersebut, Ramadhan menjadi satu wadah atau medan waktu yang di dalamnya kita berusaha untuk menambahkan pahala amal ibadah kita. Kita mengharapkan rahmat dan keampunan daripada Allah swt. Amalan puasa ini fadhu ain. Wajib atas individu. Maknanya apa yang kita usahakan adalah untuk kebaikan dan manfaat diri kita. Secara jelasnya ia merupakan hablum minallah yang mana dosa kita kepada Allah, Dialah yang mengampunkan.

Bermaaf-maafan sebelum ramadhan ada juga kebaikkannya seperti hati kita lebih bersih dan tenang sewaktu bulan ramadhan kerana kita lega dosa sesama manusia telah diampunkan kerana dosa yang paling sukar mendapat keampunan adalah dosa sesama makhluk. Paling tidak orang yang terdekat dengan kita. Maka tidak salah untuk bermaaf-maafan sebelum ramadhan. Tetapi menjadi satu kesalahan sekiranya menjadikan amalan ini satu kewajipan lebih-lebih lagi jika disandarkan kepada nabi Muhammad saw. Dalam hal ini Nabi bersabda:

“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)

Wallahua’lam.

1 comment

    • zettarina on June 30, 2011 at 1:22 pm

    syukron ustd ,atas ilmuny ! ane jd paham bahwa hadist itu doif.

Leave a Reply

Your email address will not be published.