Aug 15

Upgrade version!

wpAlhamdulillah, setelah takut-takut dan was-was nak update version wordpress blog ini saya akhirnya update juga. sebenarnya malas nak backup dan malas nak buat manual menghabiskan masa yang panjang untuk blog ni. Akhirnya malam ni saya berani juga update dari wordpress version 2.6.1 kepada 2.8.3. Semuanya dilakukan dalam fantastico!. walaupun saya tahu version 2.8.3 masih ada masalah keselamatan tapi saya tunggu jelah fantastico hosting saya sediakan versi terkini. Saya tidak ada masa untuk update secara manual.

Hari ini hari sabtu yang membosankan. hanya duduk di rumah dan menonton TV. Selain kemas-kemas rumah bujang mana yang patut. Bila dah duduk rumah sorang-sorang sekarang agak tenang juga fikiran. Bila lapar masak nasi dan masak sardin. Hari ni lauk sardin saya sedap juga. mungkin sentuhan dan skill masakan yang dah karat kembali bersinar 🙂 . Lauk malam semalam pun sedap juga. Telur masak kicap berlada dan sambal kentang. Sedap mungkin sebab semangat nak memasak tu ada… dulu masa zaman belajar serumah dengan kawan-kawan selalu je masak lauk ayam masak merah, kari ayam dan daging, sup dan sebagainya. Sampai tunang dan mak tunang housemate memuji lauk ayam masak merah yang saya masak. Diorang kata sedap!!.. pandai letak serai pulak tu!!..Tapi bila dah kerja dan hidup sorang-sorang ni masak apa pun rasa tak sedap. Nak makan sedap kena balik kampung hujung minggu makan masakan mak. sampai mak kata ko ni asyik balik je!!.. membazir duit minyak kereta.. bapak pulak kata ko ni buat KL-segamat macam segamat-bukit siput je!!

Patutnya pagi ni kena pergi ke pejabat. walaupun hari ni hari cuti, masih ada kerja perlu dilakukan. Saya perlu menyiapkan satu write up tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa majlis sambutan ulang tahun syarikat saya. Agak buntu dan tidak ada idea hendak melakukannya. Tak tahu nak buat macam mana. Akhirnya dapat idea untuk buat dalam bentuk guideline. Harap-harap bentuk ini diterima. saya mungkin akan ke pejabat pagi esok bagi menyiapkannya…

Tiba-tiba teringat pula tentang hal semalam. Kena present tentang model takaful kepada pelajar-pelajar di Universiti Malaya. Walaupun peserta tidaklah seramai seperti yang sepatutnya saya bersyukur kerana dapat berkongsi maklumat dengan pelajar di sana. Penganjur adalah Jabatan Syariah dan Ekonomi, tempat di mana saya belajar dulu. Terasa diri begitu kecil kerana yang turut hadir pada ketika itu dan banyak bertanya adalah bekas pensyarah-pensyarah saya. Semua mahaguru saya. Bak kata Prof Joni Tamkin (dia banyak tanya jugak) dosen-dosen..Selesai Q & A saya dihidangkan dengan laksa johor. Alangkah malunya kerana saya orang johor yang tak kenal laksa johor!.. sambil-sambil tu borak-borak dengan clasmate lama. Yang ada Dayah, fazreen, kak izah… gembira melihat mereka gembira dan ceria di sana…ok. cukuplah coretan ini.. rasa nak godek-godek coding web ni pulak sekarang 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.