Jul 29

soal kiamat

Sudah berapa orang staf yang email kepada saya tentang artikel di bawah. Saya pula tiada masa membuat kajian lebih lanjut. Walaupun begitu alhamdulillah pakcik google telah menemukan saya dengan satu artikel di forum mesra.net tentang perkara ini. sebenarnya isu ini bukanlah isu baru.. bak kata Dr M dulu masa dia nak bersara… dah lama dah…. tapi orang islam dan terutamanya orang melayu masih lagi percaya dengan perkara sebegini sedangkan amalan kita masih lagi ditakuk lama.  Kenapa isu ini timbul semula ye? masa zaman saya masih di Universiti dulu (tak silap tahun 2003) pun sibuk dengan cerita imam mahadi akan muncul (kalau tak silap waktu tu 1 syawal jatuh pada hari jumaat). Maka cerita-cerita seperti anak-anak orang rufaqa sanggup tamatkan pengajian di IPT semata-mata yakin mereka akan jadi pembantu imam mahadi pun muncul. Macam-macam lagi cerita kita dengar. Wallahua’lam.

Tapi sekarang ni timbul pula email beracun tentang kiamat 2012 pula.. isu yang sama, kiamat, muncul imam mahadi, nabi isa dan sebagainya. Hakikatnya kita lupa bahawa semua perkara ghaib hanya Allah sahaja yang tahu dan nabi Muhammad selaku kekasihnya sendiri tidak mengetahui bilakah berlakunya kiamat. Kebetulan pada sabtu lepas saya pergi ke Jusco Cheras selatan (Balakong). Lihat pada promo wayang, ditayangkan dengan besar cerita bertajuk 2012 yang menggambarkan bahawa kiamat akan berlaku pada 2012. Dan selari dengan itu email beracun ini disebarkan. Pada pandangan saya selain isu akidah, dua hal ini mempunyai signifakannya (wallahua’lam). Sekadar telahan saya sahaja mungkin juga emel ini disebarkan dengan usaha nak melariskan tayangan filem berkenaan. Macam juga hal artis yang suka buat havoc dengan pelbagai gosip dan fitnah yang diciptakan sendiri untuk meraih simpati dan populariti.

Asalnya saya ingin menulis satu artikel ringkas tentang perkara ini. tetapi setelah terjumpanya artikel dalam forum mesra.net tersebut, memadailah saya kongsikannya di sini. Sekadar panduan dan peringatan. Apa yang penting kita tingkatkan amalan kita. Mana la tau malam ni kiamat…

*******************************************

Cuba kira… 1Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam   pertengahan bulan ramadan iaitu  hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan k ita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bag ita u pada 21-12-2012 planet X akan lin tas mai kat bumi ni)Adakah k ita semua ni tergolong dalam 1/3 tu…….ALLAH sahaja maha mengetahui.. ……… .. cuba k ita    tengok  hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut…

Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah?” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum’at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari ping ita nnya, pada malam Jum’at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum’at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah te lin ga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: “Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!”, karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”.

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 – September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 – November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 – August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 – November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 – August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 – October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

***********************************************

Assalamu’alaikum warahmatullah..

Bismillaahir rahmaanir rahim..

Sewaktu saya masih kecil, berumur 11 tahun , saya dengar seorang
ustaz berceramah di surau. Beliau mentafsirkan ayat 18 dari surah
Muhammad dan dalam ayat itu diantara lain disebutkan bahawa kiamat
akan datang secara ” Baghtah “(mengejut).Menurutnya perkataan
” Baghtah “, mengikut pendapat sebahagian ulama rahimahumullah
terdapat nombor abjadnya (numeriknya)iaitu kalau tak silap saya
1450. Ini bermakna kiamat akan berlaku tidak lama sebelum atau
sesudah 1450 tahun Hijrah. Kemudian beliau mengatakan Imam Mahdi
akan turun pada tahun 1400 Hijrah dan sebelum itu Dajjal turun.
Apabila zahir Imam Mahdi ,akan terjadi peperangan sabil iaitu
peperangan antara Islam dan orang kafir. Di tempat saya ketika itu
semuanya takut, maklumlah semuanya jahil. Lebih-lebih lagi ustaz itu
suruh bersedia . Dengan itu ramailah orang yang mempelajari ayat 4,
ayat 7 dan sebagai pendinding untuk perang sabil nanti. Saya yang
masih kecil ketika itu pergi ke kedai untuk membeli buku tentang
kiamat. Akhirnya saya memperolihi sebuah buku yang berjudul
” bilakah kiamat ? .Buku itu entah ke mana perginya sekarang.
Setelah membaca buku tersebut saya tak pula bertemu tarikh tepat
tentang kemunculan Imam Mahdi dan tarikh kiamat. Namun begitu hati
ini masih terasa takut, ya lah ! saya masih kanak-kanak ketika itu.
Kini tahun 1400 Hijrah telah pun 26 tahun berlalu tetapi Imam Mahdi
tak juga muncul.

Apabila saya baca message yang di terima oleh mawaralias yang di
forward kan nya kepada saya maka pada kali ini saya terpaksa
menjelaskan semua kemusykilan dan kekeliruan pembaca yang menerima e
mail beracun ini. Sepertimana mawaralias, saya juga turut menerima e
mail beracun ini. Setelah membacanya saya terpaksa membuka kembali
kitab-kitab yang di karang oleh ulama` muktabar zaman silam . Terus
terang saya nyatakan bahawa saya mengambil masa 1 bulan untuk
mengulasnya kerana saya nak pasti betul-betul apa yang akan saya
ulas nanti tidak bertentangan dengan aqidah Islam yang murni. Saya
buka kitab sejarah yang paling besar iaitu ” Al Bidaayah Wan
Nihayah ” yang dikarang oleh Ibnu Kathir Rahimahullah ( wafat 774
Hijrah ) . Saya banyak merujuk buku ini kerana pengarangnya
merupakan salah seorang yang amat teliti menyalin hadith-hadith
dengan menerangkan kedudukan hadith itu dari sudut sahih , dhaif dan
lain-lain.Dalam bab “AlFitan (Fitnah)” dan “AlMalaahim (Huru hara
hari kiamat )”,pengarang kitab ini menjelaskan dalam 600 muka
surat berkaitan dengan tanda-tanda kiamat lengkap dengan dalil-
dalilnya.

Selain buku ini saya banyak merujuk kepada Kitab-kitab Hadith, buku-
buku berbahasa arab dan melayu samada buku yang di karang dizaman
silam atau pun di zaman modern ini.

Saya juga merujuk kepada Kitab-kitab tafsir yang muktabar dan
modern . Yang menarik perhatian saya ialah tafsiran seorang ahli
sains Turki, Harun Yahya yang mengupas tentang Raja Dzul-Qarnain
didalam mentafsirkan surah Al Kahfi. Beliau berpendapat cerita Dzul-
Qarnain menunjukkan bahawa di Hari Akhir tepat seperti masa kita
sendiri, nilai-nilai Islam akan menguasai dunia ini. Kemungkinan
lain adalah bahawa cerita ini mengungkapkan berbagai peristiwa yang
akan terjadi di masa hadapan. Di sisi ALLAH, semua waktu adalah
satu. Masa depan, masa lalu dan masa sekarang terjadi seluruhnya
sekaligus. Di dalam sejumlah ayat, berbagai peristiwa Hari
Pembalasan di neraka dan syurga diceritakan seolah-olah telah pun
terjadi . Untuk penjelasan lebeh lanjut lagi sila rujuk article
saya ” Kiamat Hampir Tiba ” , yang saya attach kan bersama
message saya ini.

Walau bagaimana pun ini hanyalah pendapat Harun Yahya sahaja. Kita
boleh menerima pendapatnya atau menolaknya. Sayang sekali kita tidak
mempunyai `ulama yang berstatus saintis. Kalau ada pun mungkin hanya
1 % sahaja didunia ini. Namun begitu kita mempunyai saintis yang
beriman, mereka cuba mengupas AL Quran dan hadith mengikut sains .
Pada hakikatnya mereka boleh mentafsirkan ayat-ayat Al Quran yang
berkaitan dengan kejadian alam dan yang seumpama itu tetapi untuk
mentafsirkan keseluruhan Al Quran seseorang itu mesti memiliki
banyak pengetahuan berkaitan dengan Bahasa Arab dan cabang-
cabangnya, kerana dikhuatiri salah penafsiran . Dalam erti kata lain
hanya `ulama yang saintis sahaja dapat melakukannya. Dalam pada itu
oleh kerana agak sukar untuk merialisasikannya maka golongan `ulama
dan saintis patut bekerjasama untuk mentafsirkan Al Quran mengikut
peredaran zaman. Bilakah agaknya ini dapat di capai ???

Selepas merujuk buku-buku ini semuanya saya berhasrat untuk menulis
satu artikel berkaitan dengan ” Kiamat Hampir Tiba ” bersaiz
853 kb, dan nak hantarkannya ke dalam kelab ini . Saya hanya menulis
ketika masa lapang sahaja tetapi lama-kelaman artikel ini mencapai
lebih 100 muka , oleh itu nampaknya saya tak boleh lah pos kan
article ini . Namun demikian saya attach kan article saya ini dalam
kelab ini supaya ahli-ahli semua dapat membaca dan memahaminya serta
tidak mudah terpengaruh dengan e mail beracun seumpama ini.
Walau bagaimana pun nampaknya dalam message kali ini saya terpaksa
ulas secara ringkas berkaitan dengan bahaya e mail beracun ini yang
boleh melemahkan umat Islam kerana tidak di sandarkan kepada dalil-
dalil yang kukuh. Saya percaya ramai diantara kita yang kukuh
pegangan agamanya termasuk mawaralias , kerana apabila mereka
menerima e mail seumpama ini mereka merasa bimbang dan ingin
menyelamatkan saudara-saudara sesama islam yang lain. Dengan itu
mereka forward kan e mail ini supaya umat islam yang lalai dan leka
kembali kepada ALLAH .

Berikut adalah ulasan saya terhadap e mail beracun itu : –
Pastinya ramai di antara kita yang pernah menerima email yang
menceritakan tentang kegemparan tahun 2005, iaitu peristiwa gerhana
2 kali dalam bulan Ramadhan yang dikaitkan dengan kedatangan Imam
Mahdi. Terdapat dua email yang agak popular, pertamanya menceritakan
kaitan di antara peristiwa gerhana dengan kemunculan al-Mahdi.
Kandungan email ini merupakan ringkasan daripada buku karangan
Muhammad Amin Jamaluddin yang berjudul “Huru Hara Di Akhir Zaman.”
Manakala email yang kedua pula adalah kesinambungan daripada email
yang pertama, yang kononnya mengesahkan lagi dakwaan kemunculan al-
Mahdi dari email sebelumnya. Ia giat disebarkan setelah kematian
Raja Fahd rahimahullah baru-baru ini.

1. Di antara kandungan email pertama adalah petikan hadith yang
diriwayatkan dari Imam Ja’afar Sadiq rahimahullah:

” Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan
berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang
tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad
sallallaahu`alaihiwasallam..” (Ikmalud-Diin ms 361)

Ianya dikatakan sebagai petanda awal kemunculan Imam Mahdi. Tidak
kurang juga yang menokok tambah dengan mengatakan bahawa dua gerhana
ini merupakan petanda awal berlakunya Qiamat! Peristiwa dua gerhana
ini dijangka dapat disaksikan pada Ramadhan yang bakal menjelang,
menjadikan tahun 2005 sebagai tahun yang gempar.

* Pertama sekali hendaklah kita ingat peristiwa dua gerhana pada
bulan Ramadhan ini sebenarnya telahpun berlaku pada tahun 2003 yang
lalu, pertama gerhana bulan total pada 14 Ramadan 1424 H (9 November
2003), dan gerhana matahari pada 28 Ramadan 1424 H (23 November
2003). Dan isu yang sama turut dimainkan pada tahun tersebut. Heboh
di sana sini orang memperkatakan tentang kemunculan Imam Mahdi.
Di Negara kita , Malaysia tidaklah gempar seperti di Indonesia ,
yang mana ramai penceramah dinegara tersebut telah mengubah tajuk
ceramah yang biasanya menyampaikan huraian tentang hikmah puasa dan
ibadah-ibadah Ramadan, kepada ceramah memberikan peringatan
(warning) kepada jemaah akan kemungkinan munculnya Imam Mahdi dan
kedatangan hari kiamat yang mengerikan itu. Mereka menyebut hadith-
hadith yang berkaitan dengan masalah ini. sehingga, pada hari-hari
menjelang akhir Ramadan, ketika umat Islam sepatutnya bergembira
menyambut hariraya , ditimpa kecemasan dan ketakutan luar biasa
kerana mesti bersiap-siap menghadapi peristiwa yang dahsyat itu.
Hakikatnya, sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan bumi masih berputar
seperti biasa, tanpa apa-apa berita tentang al-Mahdi.

Kedua, hadith tersebut dikatakan bersumber dari kaum Syiah yang
diragui keshahihannya (bahkan sesetengahnya menganggap ia adalah
hadith rekaan kaum Syiah). Memang ada kaum Syiah yang mengaitkan
gerhana dua kali itu sebagai tanda kiamat dan kedatangan Imam Mahdi
dan mereka mengemukakan hadith yang di sandarkan kepada Imam Jaafar
bin As Sodiq rahimahullah. Mengikut fahaman kaum Syiah beliau adalah
Imam shiah tetapi pada hakikatnya Imam Jaafar As Sodiq rahimahullah
adalah seorang Imam yang bertaqwa, luas ilmunya dan tidak sama
dengan kaum shiah sekarang dari sudut `aqidah, kerana aqidah kaum
Shiah amat jauh sekali menyimpang dari ajaran Imam Jaafar As sodiq
rahimahullah kerana mereka mengkafirkan para Sahabat khalifah
Rasulullah radhiallahu ‘anhum yang diiktiraf dalam al-Quran. Mereka
hanya mengiktiraf `Ali Radhiallaahu `anhu sahaja. Oleh kerana Imam
Jaafar As Sodiq rahimahullah dari keturunan `Ali Radhiallaahu `anhu
maka beliau dianggap oleh kaum shiah sebagai imam mereka.
Golongan yang menentang atau tidak mempercayai kemunculan Imam Mahdi
ini seringkali mengaitkan hadith tentang Imam Mahdi dengan
kepercayaan Kaum Shiah dan pada anggapan mereka kaum Shiah lah yang
bertanggungjawab merekakan atau mencipta hadith palsu ini. Namun
begitu pada hakikatnya terdapat banyak sekali hadith tentang Imam
Mahdi ini , yang bukan hanya kaum Shiah sahaja yang meriwayatkannya
bahkan golongan Ahli Sunnah pun juga meriwayatkannya. Diantaranya
ada yang sahih, dhaif dan mungkar. Insha ALLAH saya akan jelaskan
sexara terperinci nanti.

Sebahagian orang berpendapat, dua peristiwa itu merupakan awal
kemunculan Imam Mahdi. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan
Imam al-Daaruqutni rahimahullah dalam kitabnya, Sunan al-Daaruqutni
dan Imam Nu’aim bin Hammad al-Marwadzi rahimahullah dalam kitabnya,
Al-Fitan. Maka, masalah ini sesungguhnya berkaitan dengan keimanan
umat tentang datangnya Imam Mahdi menjelang hari kiamat.

Imam al-Kattani rahimahullah dalam kitabnya, Nadzmual-Mutanassir
minal-Hadithil-Mutawaatir, yang khusus memuatkan hadith-hadith
mutawaatir, mencantumkan hadith turunnya Imam Mahdi itu. Pencantuman
hadith Imam Mahdi itu menunjukkan bahawa hadith itu adalah
mutawatir. Hadith mutawaatir adalah hadith yang di dalam setiap
periwayatannya (tabaqaatur-ruwaah) terdapat perawi-perawi paling
kurang 10 orang. Dan mustahil mereka, menurut situasi ketika itu,
melakukan persengkokolan untuk mendustakan Nabi Sallallaahu `alaihi
wasallam.

Lebih jauh lagi , Al-Kattani rahimahullah menyebutkan bahawa hadith
datangnya Imam Mahdi, yang ditunggu-tunggu itu diriwayatkan oleh
sekurang-kurangnya 20 sahabat Nabi radhiallaahu `anhum, antara lain
Abdullah bin Mas’ud, Ummu Salamah, `Ali bin Abu Talib, Abu Sa’id al-
Khudri, Abdullah bin `Abbas, Jabir bin Abdullah al-Ansari, `Ammar
bin Yasir, Abdullah bin `Umar, Anas bin Malik, Abdur-Rahman
bin ‘Auf, ‘Imran bin Husain dan sahabat lain radhiyallah ‘anhum.
Hadith Imam Mahdi itu kemudian ditulis para penulis (pembuku)
hadith, antara lain Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Abu Dawud al-
Sijistani, Imam at-Tirmidzi, Imam al-Hakim al-Naisaburi, Imam al-
Bazzar, Imam at-Tabraani, Imam Abu Nu’aim al- Isfahani, dan lain-
lain rahimahumullah.

Namun demikian, dalam disiplin ilmu hadith, kuantiti perawi yang
sekian banyak itu tidak menjadi outoriti sehingga suatu hadith
menjadi sumber ajaran Islam. Sebuah hadith, meskipun hanya
diriwayatkan seorang sahabat radhiallaahu `anhu, apabila ia sahih
(valid), memiliki autoriti (hujjiyah) sebagai sumber syariat Islam,
samada dalam masalah akidah, hukum atau pun akhlak. Hadith-hadith
Imam Mahdi ini jumlahnya cukup banyak.

Sementara itu, kualitinya ada yang sahih, hasan, dan dhaif. Maka,
secara keseluruhan, hadith-hadith Imam Mahdi itu memiliki kualiti
ilmiah yang sangat kuat. Sehingga, menurut para `ulama
rahimahumullah, datangnya Imam Mahdi menjadi suatu keyakinan yang
mesti dipegang umat Islam. Sementara itu, Al-`Allamah Ibnu Khaldun
rahimahullah dalam kitabnya, Muqaddimah Ibnu Khaldun, mengkritik
hadith-hadith Imam Mahdi itu. Menurutnya, sanad-sanad (silsilah)
hadith-hadith Imam Mahdi itu mengandung `illah (cacat ilmiah),
sehingga tidak memiliki otoriti sebagai sumber ajaran Islam.

Kritik Ibnu Khaldun rahimahullah itu dijawab para ahli hadith bahawa
secara keseluruhan hadith-hadith itu mencapai peringkat mutawaatir,
sehingga tak perlu dipersoalkan lagi . Apalagi, Ibnu Khaldun
rahimahullah dikenali sebagai bukan ahli hadith, sehingga kapasiti
kritiknya dinilai tidak tepat.

Konsep tentang turunnya Imam Mahdi, dalam akidah umat Islam, tidak
terlepas dari peristiwa yang mendahuluinya. Pembicaraan tentang
turunnya Imam Mahdi selalu di iringkan dengan munculnya Dajjal dan
turunnya Nabi `Isa `alaihis salam. Hadith-hadith tentang munculnya
Dajjal dan turunnya Nabi `Isa `alaihis salam juga mencapai peringkat
yang mutawaatir. Peristiwa-peristiwa itu merupakan rangkaian dari
tanda-tanda datangnya kiamat.

Imam al-Qurtubi rahimahullah menuturkan bahawa tanda-tanda hari
kiamat itu terbahagi kepada dua. Pertama, tanda-tanda kiamat yang
sudah biasa terjadi, dan menjadi sebahagian dari kehidupan
masyarakat, seperti diangkatnya ilmu, merebaknya kejahilan,
semaraknya perzinaan dan banyak orang yang meminum khamr serta lain-
lain tanda lagi.

Kedua, tanda-tanda yang tidak biasa terjadi, dan tidak merupakan
sebahagian dari kehidupan masyarakat, seperti munculnya Dajjal serta
turunnya Imam Mahdi dan Nabi `Isa `alaihis salam.

Imam As-Syaukani rahimahullah menuturkan dalam kitabnya, Al-Taudhih,
bahawa hadith-hadith Imam Mahdi mencapai 29 hadith, yang kualitinya
bervariasi antara sahih, hasan, dan dhaif. Dan sebahagian hadith
tentang Al-Mahdi tergabung dalam hadith-hadith tentang Dajjal.

Ada orang yang memahami bahawa munculnya Dajjal, Imam Mahdi, dan
turunnya Nabi `Isa `alaihis salam itu sebagai majazi (simbolik).
Dajjal adalah simbol kezaliman yang menguasai dunia, sementara Al-
Mahdi adalah simbol keadilan. Ada yang berpendapat bahawa Imam Mahdi
itu adalah Nabi `Isa `alaihis salam itu sendiri. Tetapi, pendapat
itu dibantah bahawa Al-Mahdi bukanlah Nabi `Isa `alaihis salam.

Al-Mahdi muncul dari kalangan umat Islam, dari keturunan Fatimah
radhiallaahu `anha, dan namanya adalah Muhammad, sama seperti nama
Nabi Muhammad Sallallaahu `alaihi wasallam. Dan makna kalimah ”
Al Mahdi ” ialah ” Yang mendapat hidayah “. Oleh itu Al-Mahdi adalah
seorang yang mendapat hidayah. Sedangkan Nabi `Isa `alaihis salam
bukan dari umat Nabi Muhammad Sallallaahu `alaihi wasallam. Al-Mahdi
turun bersama Nabi `Isa `alaihis salam, dan Nabi `Isa `alaihis salam
solat di belakang Al-Mahdi.

Dalam kitab Sunan Abi Dawud, Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam
menegaskan bahawa Al-Mahdi berasal dari keluarga baginda Sallallaahu
`alaihi wasallam. Dia akan berkuasa selama tujuh tahun, kemudian
wafat, dan disalati umat Islam. Dari keterangan ini, nampaknya
konsep tentang datangnya Imam Mahdi bukanlah sesuatu yang simbolik,
melainkan benar-benar secara fisik dan hakiki.

Tidak diketahui secara tepat, bilakah munculnya pemahaman simbolik
tentang Dajjal dan Al-Mahdi ini . Dalam kitab-kitab silam tentang
syarah ( komentar ) berkaitan hadith-hadith Dajjal dan Al-Mahdi,
pemahaman simbolik itu tidak ditemui. Begitu juga syarah kitab
hadith yang relatif di zaman kebelakangan ini iaitu kitab Tuhfahul-
Ahwadzi Syarh Sunan at-Tirmidzi yang ditulis ahli hadith dari India,
Al-Mubarakfuri (w. 1353 H), di dalamnya tidak terdapat pendapat
`ulama yang memahami bahawa munculnya Dajjal dan Al-Mahdi itu
sebagai sesuatu yang simbolik . Hikmah dari turunnya Al-Mahdi itu
sendiri merupakan bukti ALLAH berpihak kepada kaum tertindas.

Kesimpulannya, hadith-hadith tentang Imam Mahdi itu mencapai
peringkat mutawaatir, sebagaimana dituturkan Imam Ash-Syaukani
rahimahullah, apabila diteliti satu per satu, hadith-hadith tersebut
ada yang sahih, hasan, dan dhaif. Kerana itu, hadith-hadith Imam
Mahdi tidak semuanya memiliki otoriti sebagai sumber ajaran Islam,
melainkan mesti dianalisis yang sahih, hasan, dan dhaif. Hadith-
hadith Imam Mahdi yang mencapai peringkat sahih dan hasan dapat
dijadikan hujjah, sehingga menjadi sumber ajaran Islam, termasuk
dalam bidang akidah. Sedangkan hadith dhaif tidak dapat dijadikan
hujjah dalam ajaran Islam, apalagi sebagai sumber akidah.

Di antara hadith Imam Mahdi yang kualitinya dhaif (lemah) adalah
hadith yang diriwayatkan Imam al-Daaruqutni dan Imam Nu’aim bin
Hammad al-Marwadi rahimahumallah sebagaimana disebutkan tadi. Hadith
riwayat Imam al-Daruqutni ini menyebutkan bahawa ada dua tanda untuk
kemunculan Imam Mahdi, di mana hal itu tidak pernah terjadi
sebelumnya sejak diciptakan langit dan bumi.

Dua tanda itu adalah gerhana bulan pada awal bulan Ramadhan dan
gerhana matahari pada pertengahan bulan Ramadan. Hadith ini memiliki
kelemahan ilmiah, antara lain ia bukan sabda Nabi Sallallaahu
`alaihi wasallam, melainkan ucapan seorang tabi’in, cucu sahabat
Abdullah bin `Abbas radhiallaahu `anhu, yang bernama Muhammad bin
Ali.

Ucapan seorang tabi’in ( hadith maqtu’ ), menurut disiplin ilmu
hadith, tidak memiliki outoriti sebagai sumber ajaran Islam. Olih
itu, ucapan tersebut dinyatakan gugur demi ilmiah. Kelemahan kedua,
dalam sanad hadith tersebut terdapat perawi yang bernama Amr bin
Syamr al-Ju’fi. Dalam kitab Al-Jarh wat-Ta’dil karya Imam Abu Hatim
al-Razi rahimahullah, para `ulama hadith rahimahumullah menilai
bahawa Amr bin Syamr al-Ju’fi adalah munkar al-hadith ( tidak boleh
dipercayai ).

Olih itu, hadith tersebut disebut “hadis munkar”, suatu hadith
terburuk sesudah hadis maudhu’ (palsu) dan hadith matruk (semi
palsu). Kerana itu, hadith (tepatnya bukan hadith tetapi ucapan
seorang tabi’in) yang diriwayatkan Imam al-Daruqutni rahimahullah
itu tidak memiliki otoriti sedikit pun sebagai sumber ajaran Islam,
apalagi dalam masalah akidah.

Sedangkan hadith kedua yang diriwayatkan Imam Nu’aim bin Hammad al-
Marwadzi rahimahullah dalam kitabnya, Al-Fitan, di mana disebutkan
bahawa Nabi Muhammad Sallallaahu `alaihi wasallam menuturkan :

” Apabila pada bulan Ramadan terdengar suara yang menggelegar,
maka akan terjadi kekacauan pada bulan-bulan berikutnya ”
Hadith ini juga dinyatakan dhaif, kerana di dalam sanadnya terdapat
dua perawi yang sangat lemah kualiti periwayatannya, iaitu Abdullah
bin Lahi’ah dan Muhammad bin Thabit al-Bunani.

Kerana itu, pada gilirannya, hadith yang kedua ini pun jatuh dan
tidak memiliki outoriti sama sekali sebagai sumber ajaran Islam. Dan
nampaknya masih ada hadith lain yang mengisyaratkan fenomena alam
sebagai tanda-tanda munculnya Imam Mahdi tetapi kualitinya juga
tidak dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah.

2. Mengaitkan fenomena alam dengan peristiwa yang akan datang yang
belum diketahui (perkara ghaib) sebenarnya merupakan satu tindakan
yang bersendikan jahiliah, kerana di dalamnya terdapat ramalan
terhadap hal-hal yang ghaib, sesuatu yang tidak diketahui kecuali
oleh ALLAH. Dalam hadith-hadith sahih, Nabi Muhammad Sallallaahu
`alaihi wasallam menyanggah kaitan gerhana itu dengan peristiwa
tertentu. Pernah satu ketika para Sahabat radhiallahu ‘anhum
mengaitkan peristiwa gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan
kewafatan putera Rasulullah yang bernama Ibrahim. Nabi sallallaahu`
alaihiwasallam antas menyangkalnya dengan sabda Baginda sallallaahu`
alaihiwasallam yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar
radhiallahu ‘anhu:
” Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana
disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang,
tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari
ALLAH. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya, dirikanlah solat..”
(Sahih Muslim)

Rasulullah sallallaahu`alaihiwasallam menegaskan kepada para Sahabat
radhiallahu ‘anhum bahawa kejadian gerhana tiada kaitan dengan
kewafatan puteranya, bahkan sama sekali tidak boleh dikaitkan dengan
kematian atau kelahiran seseorang. Olih itu wajar sekali apabila
dalam hadith sahih tadi, Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam membantah
peristiwa gerhana itu dikaitkan dengan kematian putera baginda
sallallaahu `alaihi wasallam .

Justeru kejadian gerhana yg dijangka berlaku Ramadhan tahun ini
tidak boleh dikaitkan sama sekali dengan kemunculan al-Mahdi. Desas
desus yang mengaitkan kematian Raja Fahd rahimahullah dengan
kemunculan Imam Mahdi juga adalah tertolak. Ia perlu dilihat sebagai
satu daripada Sunnatullah yang pasti juga akan berlaku kepada setiap
makhluk yang bernyawa.

Seperti yang dijelaskan sebelum ini bahawa hakikatnya sudah banyak
kali gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan di dalam
sejarah Islam. Dengan itu, ramai orang yang tak bertanggungjawab
mengaitkan gerhana tersebut dengan kedatangan hariQiamat,terutamanya
kumpulan ajaran sesat Arqam dan ketuanya mengaku menjadi Imam Mahdi.
Ini kerana setiap kali gerhana serentak, ada kumpulan yang akan
mendakwa ia mesej dari ALLAH khas untuk menaikkan pemimpin Arqam
sebagai Imam Mahdi atau pemuda Bani Tamim.

Berikut adalah tarikh dan haribulan gerhana dua kali dalam bulan
ramadhan yang berlaku sepanjang selepas Rasulullah wafat dan setiap
kali itulah orang meramalkan Imam Mahdi akan muncul ?

Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka Imam Mahdi sejak 125
Hijrah lagi hinggalah 1311 Hijrah kerana ingin menipu umat Islam
dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan.
Berikut adalah tarikh gerhana 2 kali berlaku dan ajaran sesat yang
timbul bersamanya:
1. Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin Tarif Burghwati
mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Beliau dapat memerintah
pengikutnya selama 47 tahun sebelum menyerahkan takhta kepada
anaknya.

2. Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali Muhammad Bab
mendakwa dirinya Imam Mahdi. Pergerakan beliau masih wujud, tetapi
sudah berpecah dua iaitu Bab dan Bahai. Kini, mereka tidak lagi
mendakwa diri mereka Muslim.

3. Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti pada 1829, 1830, 1851
dan 1873 Hijrah), Hussain Ali Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi
untuk semua agama dan seorang nabi. Pengikutnya tidak lagi mendakwa
diri mereka Muslim.

4. Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi Sudani mendakwa dirinya
Imam Mahdi. Beliau memulakan satu pergerakan yang berjaya untuk
melawan penjajahan British di Sudan.

5. Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya
Imam Mahdi dan nabi. Pengikutnya dikenali Qadiani.

6. Pada tahun 1981 (tahun Hijriyah 1401) pada hari ke-15 bulan
Ramadhan ada sebuah gerhana bulan dan pada hari ke-29 dalam bulan
tersebut ada lagi satu gerhana bulan. Setahun sebelum itu terjadi
penawanan Al Masjidil Haram oleh sekumpulan warga Arab Saudi yang
diketuai oleh Juhaiman. Mengikut cerita beliau mengaku sebagai
sebagai Imam Mahdi.

7. Ada pula sebuah gerhana bulan pada 6 Julai 1982 (14
Ramadhan 1402) dan gerhana matahari pada 20 Julai 1982 bersamaan
dengan 28 Ramadhan 1402.
Malah dalam tahun 1402 berlaku 4 kali gerhana matahari iaitu ;
25 Januari 1982 – 29 Rabi`ul Awwal 1402
21 Jun 1982 – 28 Sya’ban 1402
20 Julai 1982 – 28 Ramadhan 1402
15 Desember 1982 – 29 Safar 1403

Dan 3 kali gerhana bulan iaitu ;
9 Januari 1982 – 13 Rabi`ul Awwal 1402
6 Julai 1982 – 14 Ramadhan 1402
30 Desember 1982 – 14 Rabi`ul Awwal 1403

8. Pada Julai 2000 pula, terjadi tiga kali gerhana. Gerhana
bulan terjadi dua kali, pada 1 dan 31 Julai sedangkan gerhana
matahari pada 16 Julai.

9. Pada 14 Ramadan 1424 H (9 November 2003) terjadi gerhana bulan
total pada dan gerhana matahari pada 28 Ramadan 1424 H (23
November 2003)

10. Dalam abad ke-20, sepanjang 1901-2000 M, terjadi 228 gerhana
matahari dan 147 gerhana bulan. Rata-rata gerhana terjadi empat kali
dalam setahun. Pada tahun 2003, gerhana bulan penuh terjadi pada 16
Mei dan 9 November, sedangkan gerhana matahari cincin terjadi pada
31 Mei dan gerhana matahari total pada 23 November.

Mengikut pendapat astronomi ( ahli falak ) pula , dua gerhana dalam
bulan yang sama bukanlah hal istimewa. dah banyak kali sebenarnya
gerhana 2 kali bulan ramadhan… semuanya ada ajaran sesat yang
timbul kemudiannya. DI Malaysia sudah ada kelompok yang
memperjuangkannya. BERHATI-HATI. Jangan terpengaruh. Pertahankan
Aqidah ahli Sunnah wal Jamaah.

3. Turut dinyatakan dalam email yang kedua (sambungan daripada email
yang pertama), tarikh-tarikh yang perlu diperhatikan adalah:

a. Ogos 2005/Rejab 1426 – Kematian Raja Fahd
b. September 2005/Syaaban 1426
c. Oktober 2005/Ramadhan 1426
– Gerhana di awal bulan
– Bunyi yang menggerunkan di tengah bulan (malam)
– Gerhana di tengah bulan (siang)
– Ada tanda di langit seperti tiang bersinar
d. November 2005/Syawal 1426 – Peperangan dan huru hara
e. Disember 2005/Zulqaedah 1426 – Konflik antara negara Islam/suku
kaum.
f. Januari 2006/Zulhijjah 1426 – Pertumpahan darah di Mina pada
musim Haji .
g. Februari 2006/Muharam 1427 (Hari Asyura) – Imam Mahdi dibai’ah

* Pengarang e mail beracun ini banyak merujuk kepada buku yang
dikarang oleh Amin Muhammad Jamaluddin , siswa tahun 3 di Universiti
Azhar , pengarang buku ” HURU HARA AKHIR ZAMAN “. Penjelasan
Terakhir untuk Umat Islam” . Pengarangnya mengaitkan Kematian Raja
Fahd rahimahullah dengan kemunculan Imam Mahdi kerana mengikut
pendapatnya , tersebut dalam hadith akan berlaku huruhara dan
pertumpahan darah Ketika manusia dalam kelam kabut berbagai konflik
akan berlaku akibat kematian Khalifah Raja Saudi, di mana malapetaka
mulai menyala . Pengarang buku ini merujuk kepada buku yang di
karang oleh seorang wartawan Mesir , Muhammad Hasanain Haikal yang
berjudul ” Al-Maqalat Al-Yabaniah” . Wartawan Mesir ini bukan
menerangkan tentang hari kiamat atau kemunculan Imam Mahdi tetapi
menceritakan tentang pergolakan dalaman kerajaan Arab Saudi kerana
raja Arab Saudi mempunyai berpuluh adik beradik. Mengikut buku itu
lagi bahawa ” adanya mereka yang menunggu untuk menggantikan Raja
Fadh. Dari kalangan saudara kandung Raja Fahd (As-Sudairiyyin),
iaitu Amir Sultan ( Panglima perang dan Menteri Pertahanan) dan Amir
Salman. Manakala pengganti Raja Fahd, Abdullah Ibnu Badawiyyah
adalah hanya saudara tiri Raja Fadh.Raja Abdullah juga merupakan
panglima Pasukan Pengawal Nasional. “

Sebenarnya fakta ini juga salah .Saya yang bermastautin di Madinah,
Arab Saudi selama 6 tahun tahu benar tentang adik beradik ALLAH
yarham Raja Fahd yang berpuluh orang itu. Raja Arab Saudi sekarang
iaitu Raja Abdullah adalah adik berlainan ibu dengan Raja Fahd
rahimahullah , bukan adik tiri sebagaimana yang di muatkan dalam
buku wartawan terkenal Mesir itu. Saya tidak menolak tentang
pergolakan dalaman yabg berlaku dalam kerajaan Arab Saudi tetapi
pergolakan itu sebenarnya telah lama berlaku semenjak kematian Raja
Abdul Aziz rahimahullah lagi.

Tetapi kenapa dikaitkan Raja Fahd dengan pertumpaahn di Makakh atau
lebeh tepat lagi di Al Masjidil Haram dan Mina sedangkan hal ini
telah pun berlaku beberapa kali , yang terakhir ialah pada awal
kurun ke 15 hijrah ( 1 Muharram 1400 hijrah ) bersamaan dengan 21
November 1979. Pada 1 December 1979 saya mula menjejakkan kaki di
Jeddah dan seterusnya di Madinah pada hari yang sama , untuk
menyambungkan pelajaran . Jadual asal nak singgah di Makkah dahulu
untuk mengerjakan umrah tetapi tergendala akibat penawanan ini.
Hanya selepas sebulan barulah saya dapat menjejakkan kaki di Makkah,
iaitu selepas tumpasnya gerombolan yang menawan Al Masjidil Haram.
Sewaktu masuk ke Al Masjidil Haram saya dapat melihat kesan kereta
kebal dan dinding-dinding yang berlopak disana sini.

Memang ada hadith yang menerangkan tentang pertumpahan darah di Al
Masjidil Haram ini seperti hadith-hadith dibawah :

” Orang ramai akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul
tanpa seorang Imam. Orang-orang yang naik haji akan dilontari dan
akan tercetus peperangan di Mina yang menyebabkan ramai orang
terbunuh dan darah akan mengalir sehingga ke Jamratul `Aqabah.
(Jamrah: sebuah pilar batu yang menjadi tempat melontar yang
terletak di Mina ). ” (Diriwayatkan oleh ‘Amr ibn Shu’ayb , al-Hakim
dan Nu’aym ibn Hammad rahimahumullaah )

” Orang ramai akan menunaikan ibadah haji tanpa seorang imam yang
memimpin mereka. Peperangan besar akan meletus ketika sampai ke Mina
dan mereka dilontar seperti anjing dan suku kaum saling menyerang
diantara satu dengan yang lainnya. Perselisihan ini meluas sehingga
kedua kaki terkubur di genangan darah “. (Al-Muttaqil-Hindi
rahimahullah, Al-Burhan fii `Alaamatil-Mahdi Akhiriz-Zaman, h. 35)

Kata “pada tahun ketika dia akan muncul” menarik perhatian
kita kepada peristiwa pembantaian yang akan terjadi pada ketika
hampirnya kemunculan Imam Mahdi. Pada tahun 1979, satu peristiwa
pembantaian yang sangat mirip dengan ini terjadi ketika penyerbuan
Kaa’bah yang terjadi pada bulan haji. Yang sangat menarik kerana
penyerbuan ini terjadi pada permulaan periode selama itu tanda-tanda
munculnya Al Mahdi, iaitu 1 Muharram 1400 Hijriyah(21November1979).

Hadith-hadith ini juga menyebutkan pertumpahan darah dan
pembantaian. Pembunuhan keatas 30 orang antara tentera Arab Saudi
dan para militan yang melakukan penyerangan selama penyerbuan itu
memperkuatkan kebenaran bahagian lain dari hadith ini.

Tujuh tahun kemudian satu lagi peristiwa yang lebih berdarah terjadi
dalam bulan haji. Dalam kejadian itu 402 jamaah haji yang melakukan
demonstrasi terbunuh. Tentera Arab Saudi dan jemaah haji Iran telah
melakukan dosa besar kerana mereka saling membunuh. Insiden berdarah
ini mempunyai kesesuaian yang tinggi dengan peristiwa yang
dijelaskan dalam hadith berikut :

” Akan datang tangis peperangan di bulan Syawwal dengan pecahnya
perang, pembantaian dan pembunuhan di bulan Dzulhijjah. Jemaah haji
disekat di bulan ini, jalan-jalan tidak dapat dilalui kerana
mengalirnya darah, larangan agama dilanggar. Dosa besar telah
dilakukan di sisi Rumah Penuh Berkat (Al Kaa’bah). ” (Al-Muttaqil-
Hindi rahimahullah, Al-Burhan fi Alamatil-Mahdi Akhiriz-Zaman, h. 37)

Hadith ini menarik perhatian kita kepada insiden yang terjadi di
dekat Kaa’bah. Insiden pada tahun 1407 Hijriyah sebenarnya
terjadi dekat Kaa’bah dan bukan di dalamnya, berbeza dengan
peristiwa tahun 1400 Hijriyah. Kedua insiden ini terjadi tepat
seperti yang dimaksudkan oleh hadith-hadith tersebut.

4. Bahkan dalam email yang pertama, tarikh-tarikh kejadian tersebut
dinyatakan dengan terperinci (exact dates)! Ramalan-ramalan ini
disangkal melalui firman ALLAH yang bermaksud:

” Sesungguhnya ALLAH, hanya pada sisi-NYA sajalah pengetahuan
tentang Hari Qiamat..” (Luqman: 34)

Patutlah diingat bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam serta
Jibril ‘alaihissalam, sebagai makhluk yang paling hampir dengan
ALLAH, juga tidak memiliki pengetahuan tentang bilakah terjadinya
Qiamat. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam juga tidak memiliki
pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib, melainkan apa yang telah
dikhabarkan oleh ALLAH kepada baginda sallallahu ‘alaihi wasallam
nya. Dalam satu hadith shahih yang panjang yang diriwayatkan dari
Saidina Umar al-Khattab radhiallaahu`anhu:

Lelaki itu (Jibril ‘alaihissalam) bertanya lagi : ” Terangkan
kepadaku tentang Qiamat.” Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam
bersabda : ” Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih
mengetahui daripada orang yang bertanya..” (HR Imam Muslim,
Tirmidzi, Nasa’ie, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad rahimahumullah)

Sedangkan makhluk ciptaan ALLAH yang amat mulia dan amat hampir
kepada-NYA pun tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa
akan datang, siapakah pula kita dan apa pula kedudukan kita di sisi
ALLAH, untuk meramalkan apa yang tidak pernah disampaikan melalui
lisan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ?

Di samping itu, Ibnul Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa salah
satu tanda hadith itu adalah hadith maudhu’ – tanpa perlu melihat
kepada sanadnya – adalah matan yang menceritakan secara terperinci
perihal berlakunya sesuatu peristiwa: bila, di mana, bagaimana dsb.
Justeru jika ada pihak yang membuat telahan berdasarkan hadith
tentang tanda-tanda kedatangan al-Mahdi secara khusus dan
terperinci, maka ia adalah tertolak!

3. Diceritakan lagi dalam email kedua, bahawa Imam Mahdi merupakan
keturunan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dari Bani Jawi:

Mengenai Imam Mahdi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara
terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan
datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan
Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.

Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-
tanya mengenai Bani Jawi. Pernah dengar ungkapan “masuk jawi” dan
tulisan jawi? Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari
keturunan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Semasa keluar berdakwah
meninggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil, Ibrahim sampai
ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan Baginda berkembang
biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.

* Sungguh lucu sekali statement yang di nyatakan ini . Saya tak tahu
dari sumber mana penyebar e mail beracun ini cedok . Tak ada satu
kitab pun yang menyebut bahawa Nabi Ibrahim ‘alaihissalam pernah
sampai ke Kampuchea dan bernikah di sana, manakala keturunannya
digelar Bani Jawi! Kenyataan ini amat mirip kepada ajaran al-Arqam,
yang pada awal penubuhannya mendakwa bahawa al-Mahdi ialah Sheikh
Muhammad Abdullah as-Suhaimi,rahimahullah seorang kiyai yang
dilahirkan di Tanah Jawa, Indonesia tetapi akhirnya pemimpin Arqam,
Ashaari Muhammad , mendakwa belaiu lah Imam Mahdi yang di tunggu
oleh umat Islam.

* Kenapa dalam e mail itu diterangkan bahawa Imam Mahdi dari Bani
Jawi ???.
Perkataan Bani adalah bahasa arab dan dalam bahasa melayu maknanya
” anak-anak “.Israel bermakna “Anak-anak Israel(sons of Israel )”
manakala Israel pula adalah nama Nabi Yaa`kub`alaihis salam. Jadi
makna Bani Israel ialah anak-anak Nabi Yaa`kub `alaihis salam atau
keturunan Nabi Yaa`kub `alaihis salam ) “.

Perkataan Jawi pula merujuk kepada bangsa melayu. Di Negara-negara
Arab terutama di Makkah , sejak dahulu hingga sekarang samada bangsa
arab atau pun orang Melayu memanggil Negara Malaysia , Indonesia,
Singapura dan Selatan Thailand sebagai Tanah Jawa atau Jawi. Dahulu
orang-orang Arab tak tahu nama Malaysia , mereka hanya panggil ”
Jawa ” untuk merujuk kepada 4 negara tersebut. Sehingga sekarang
kalau kita orang melayu yang bermastautin di Makkah nak tanya kita :
bila nak balik keMalaysia ? “,mereka akan tanya kita: bila nak
balik ke Jawi ?” atau kalau kita tinggal ama diMakkah mereka akan
tanya :” bila nak turun ke Jawi ? “

Oleh kerana bekas pemimpin Arqam,Ashari Muhammad adalah orang
melayu/orang “Jawi” yang dipercayai sebagai Imam Mahdi atau
pemuda Bani Tamim sebagaimana dakwaannya dan penyokong-penyokongnya
maka sebab itulah dalam e mail beracun itu dikatakan bahawa Imam
Mahdi dari keturunan ” Bani Jawi . Oleh itu bukanlah mustahil
penulis email beracun ini telah terpengaruh dengan ajaran Ashaari
Muhammad atau mungkin Ashaari Muhammad atau pun pendokong Al Arqam
yang menulis e mail itu. Mungkin juga kenyataan ini berasal dari
khayalan atau mimpi tok sheikh mereka Ashaari Muhammad yang mereka
anggap sebagai wali ALLAH dan seterusnya sebagai Imam Mahdi.
WALLAAHU `AA`LAM

Dakwaan ini juga tertolak berdasarkan beberapa hadith Nabi
sallallahu ‘alaihi wasallam yang secara terang menyatakan bahawa al-
Mahdi merupakan keturunan Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam dari
bangsa Quraisy. Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan dari
Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu ‘anhu:

” Terimalah berita gembira dengan kedatangan al-Mahdi. Dia adalah
dari kaum Quraisy, dari keturunanku. Dia keluar ketika mana
perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi
berlaku..”(Musnad Ahmad; dgn catatan tepi Muntakhab Kanzul Ummal)

4. Pada bahagian akhir kedua-dua email tersebut, umat Islam disuruh
agar menyediakan bekalan makanan selama setahun. Di dalam email
pertama dinyatakan:

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan rahimahullah : ” Barangsiapa
yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu
tahun untuk keluarganya – beras, gula, susu, garam, lada, gandum,
bawang, gas memasak, minyak tanah, minyak masak, minyak petrol,
benih-benih sayur, baja, mancis, sabun basuh, sabun mandi,
basikal/motor + sparepart, ubat-ubatan dan lain-lain yang difikirkan
perlu..”

This is the funniest part of the poisons e mail. I can`t imagine
trhat how can any people who send/forward this article really
believe what they’ve read! Difikirkan dengan logik akal, bilakah
agaknya ia diriwayatkan? Sejak kurun ke berapakah wujudnya gas
memasak, minyak petrol, basikal, motor dan sparepart? Pastinya bukan
pada zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam ataupun zaman
Sahabat radhiallaahu `anhum!

Maka seruan siapakah yang kita ikuti sebenarnya, dan mengapa pula
dihadkan menyimpan bekalan hanya selama setahun? Tidak perlulah
mendahului ALLAH dan Rasul sallallahu ‘alaihi wasallam dengan
membuat ramalan tanpa sandaran nas yang sahih. Takutlah kepada ALLAH
dan renungkanlah firman-firman ALLAH yang tercatat di dalam al-
Quran, di antaranya yang bermaksud:

” Dan pada sisi ALLAH jualah anak kunci perbendaharaan segala yang
ghaib,tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan DIA..”(al-An’aam:
59).
” Katakanlah lagi : Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang
mengetahui perkara yang ghaib melainkan ALLAH ! Dan tiadalah mereka
menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula
(sesudah mati)..” (an-Naml: 65)

Memadailah dengan hadith-hadith sahih yang begitu banyak jumlahnya,
untuk menjelaskan tentang petanda-petanda akhir zaman sebagai
panduan kita, di samping peringatan ALLAH yang berulang kali di
dalam al-Quran perihal berlakunya Qiamat. Jauhilah sumber-sumber
yang meragukan. Seandainya ada di antara ramalan-ramalan tersebut
yang menjadi kenyataan, ia hanyalah sekadar kebetulan dan tidak ada
kaitan dengan apa yang telah diramalkan. Bahkan ia merupakan
ketetapan ALLAH yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya
DIA berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-NYA. La hawla wala
quwwata illa billaahil ‘aliyyil ‘azheem.

Sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita untuk
mempercayai hal-hal yang nampak agak luar biasa dan kontroversi,
tanpa menyelidiki terlebih dahulu dari manakah sumber tersebut
diperolehi. Mulai hari ini ubahlah sikap dan mentaliti kita dengan
menjadi lebih teliti dan cermat dalam menapis apa jua perkhabaran
yang kita terima, sebelum menyebarkannya kepada orang lain.
Sesungguhnya ALLAH telah mengingatkan kita dalam firman-NYA yang
bermaksud:

” Hai orang-orang yang beriman ! jika datang kepadamu orang fasiq
membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak
menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal diatas perbuatanmu
itu..” (al-Hujuurat: 6)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam juga telah memberikan amaran
keras kepada golongan yang menyebarkan perkhabaran dusta di atas
nama Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam, dengan sabdanya yang
bermaksud:

” Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah
tempat duduknya di dalam neraka..” (HR Imam Bukhari dan Muslim
rahimahumallah)

Akhirul kalam, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah
memberikan panduan kepada kita untuk menghadapi hidup dalam zaman
yang penuh cabaran dan dugaan ini, melalui sabda Baginda
sallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan dari seorang Sahabat
yang bernama Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah radhiallaahu `anhu, yang
membawa maksud :

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam telah menasihati kami dengan
satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata
kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata : ” Ya Rasulallah!
Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah
pesanan kepada kami.” Lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam
pun bersabda :

” Aku berwasiat kepada kamu agar sentiasa bertaqwa kepada ALLAH dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu
itu hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang
umurnya daripada kamu, pasti dia akan melihat perselisihan yang
banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan
Sunnah para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyyin, dan gigitlah Sunnah-
Sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang
baharu (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap
bid’ah itu adalah sesat..” HR Imam Abu Daud dan Tirmidzi
rahimahumallah)

Kesimpulan

Walaubagaimana pun setelah saya membaca buku yang ditulis oleh
seorang tokoh dari Mesir, Al Marhum Sheikh `Ali `Abdul Wahid Wafi
dalam bukunya ” Abdur Rahman Bin Khaldun ” , saya bersetuju
dengan pandangan ulama` yang bersandarkan kepada pendapat Ibnu
Khaldun rahimahullah bahawa hadith-hadith tentang Imam Mahdi adalah
semuanya dhaif ( lemah ) dan tidak boleh dijadikan sebagai rukun
seperti rukun iman.

Didalam buku ini pengarang menyanggah pendapat yang mengatakan
bahawa Ibnu Khaldun rahimahullah tidak ahli dalam ilmu hadith.
Menurut beliau Ibnu Khaldun rahimahullah sewaktu tiba di Mesir
diraikan oleh ulaama` dan penduduk Mesir kerana kemasyhurannya pada
ketika itu . Ibnu Khaldun rahimahullah dilantik sebagai Mahaguru dan
mengajar ilmu hadith dan fiqh di Mesir . Oleh kerana ke`alimannya
ramai yang datang menuntut ilmu dengannya. Ibnu Khaldun rahimahullah
juga dilantik memegang jawatan sebagai ketua Hakim di Mesir. Oleh
itu adalah perkara yang tak termasuk di akal bahawa Ibnu Khaldun
rahimahullah tidak mengetahui ilmu hadith kerana di Mesir ketika itu
adalah pusat ilmu pengetahuan . Sekiranya Ibnu Khaldun rahimahullah
tidak memeliki ilmu yang tinggi sudah tentu beliau tidak mengajar
hadith dan fiqh dan juga tidak dilantik sebagai Ketua Hakim . Apatah
lagi Ibnu Khaldun rahimahullah sendiri menerangkan bahawa beliau
mempelajari ilmu hadith dan kitab-kitab hadith secara mushafahah
( mempelajari dari lidah guru, bukan secara membaca buku ).
Begitu juga murid-muridnya yang terkenal menceritakan tentang
kealiman Ibnu Khaldun rahimahullah dalam bidang-bidang itu.
WALLAAHU `AA`LAM.

Terjadinya hari kiamat adalah sesuatu yang sangat ghaib, yang tidak
diketahui bilakah akan berlaku kecuali oleh ALLAH sahaja. Dalam
beberapa ayat Al-Quran, Nabi Sallallaahu `alaihi wasallam sering
ditanya bilakah terjadinya hari kiamat. Baginda Sallallaahu `alaihi
wasallam selalu menjawab :

” Urusan itu hanya ALLAH-lah yang tahu.”

Baginda Sallallaahu `alaihi wasallam hanya memberikan tanda-
tandanya. Antara lain ; tidak akan datang hari kiamat sehingga tidak
ada orang yang mahu beribadah haji ke Baitullah. Dan tidak akan
datang hari kiamat sehingga di muka bumi ini tidak ada orang yang
menyebut asma`( nama ) ALLAH. Dan banyak lagi hadith-hadith yang
lain. Wallaahu ‘alam.

Apakah yang perlu kita lakukan ?
Adakah umat Islam hanya perlu duduk untuk untuk menunggu zahir nya
Imam Mahdi? Tidak.

Kita mesti terus menjalankan tugas kita sebagai umat Islam yang
berpegang teguh kepada agama kita, samada Imam Mahdi di zahirkan
ALLAH atau tidak kerana itu semua kerja ALLLAH.

Tugas kita ialah menjadi hambanya yang soleh. Kita mesti menegakkan
Islam dalam diri kita, keluarga dan masyarakat, samada Imam Mahdi
zahir atau tidak.

Kita perlu memahami dan mendalami ilmu tentang ugama ALLAH ini
supaya kita dapat mempastikan kita berada di landasan yang betul.

Sedang kebenaran Islam sedang di gigit, diratah, di momok- momokkan,
dipinggirkan, biarlah kita diberi ilmu dan kefahaman oleh ALLAH
untuk terus berpegang teguh kepadanya. Apapun yang sedang berlaku di
Palestine, Baghdad, Kabul, `Iraq dan lain-lain tempat adalah
peristiwa- peristiwa yang melibatkan umat Islam. Kita wajib menolong
saudara kita dengan apa juga yang termampu.

Nasihat saya kepada semua agar carilah ilmu islam berdasarkan sumber
yang benar, sahih dan muktabar. Kalau tak pasti tentang suatu
perkara tanyalah dan bergurulah dengan para `ulama , insha` ALLAH
anda akan menemui kebenaran.

Semoga diri kita dan seluruh ahli keluarga kita termasuk dalam
golongan yang sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran, Sunnah
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam dan petunjuk para ulama’
rahimahumullah serta menjauhi semua bentuk bid’ah yang sesat dan
menyesatkan di dalam menghadapi liku-liku fitnah di akhir zaman.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba ALLAH yang berjaya
dan sentiasa diredhai. Amiin.

5 comments

Skip to comment form

    • Mohd Ghazali on December 18, 2010 at 8:59 am

    Salam Ustaz, nampaknya tujuan dan kecenderungan Ustaz adalah semata2 untuk mendaifkan dan melemahkan hadtih2 berkenaan Imam Mahdi. Tahukah ustaz bahawa ada suatu ketika dimana org2 yahudi telah bermuka2 dan masuk islam dan telah pun mempengaruhi sebahagian besar ulama dan cuba mengeluarkan hadith2 berkenaan kemunculan imam mahdi. Itulah sebabnya dikitab-kitab yang muktabar termasuk kitab-kitab Sahih Muslim dan Bukhari tidak terdapat hadith2 yang banyak berkenaan Imam Mahdi, kecuali kitab Hadith Sunan Abu Daud yang hadithnya sudah mencapai tahap mutawathir.
    Kedua sesuatu hadith itu menjadi dhaif adalah kerana kegagalan ulama terdahulu mengesan susur galur hadith tersebut sehinggah ke Baginda Rasulallah S.A.W. Adakah itu membuktikan 100% hadith itu tidak boleh diguna pakai. Bukankah Allah lebih mengetahui  samada hadith itu benar atau palsu. Jgn sampai kita terjerumus dengan yahudi yang telah meracuni umat islam zaman ini sehingga di akhir zaman Nabi SAW bersabda ” Diakhir zaman amat sukar membezakan org2 yang syirik kepada Allah ibarat seekor semut berjalan diatas batu hitam berjalan dimalam yang gelap gelita”
    Ketiganya bukankah sekarang ini terjadi banyak peristiwa gempa bumi disana sini, dan semakin kerap berlaku, menurut Ustaz bahawa salah seorang tuan guru ustaz mengatakan Imam Mahdi telah lahir pada tahun 1400 hj. Bukankan ini menjadikan dia akan berumur 33 tahun pada 2012 atau pada 1433 hj…..  Memang betul hanya Allah yang mengetahui bila kiamat akan berlaku, tetapi harus diingat untuk adalah peristiwa apabila gunung2 dan bintang2 itu hancur, ttp rentetan sebelum peristiwa tersebut bukankah telah diberitahu secara terpeinci oleh Nabi S.A.W. Jadi kita perlu mengkaji tanda2nya dan menilai kebenarannya….. bukan setelah kita membacanya kita mencari jalan untuk mendaifkannya untuk membuatkan kita sentiasa berasa selesa & berkata pada diri kita… ooohhh kiamat itu masih jauh lagi… dan memberitahu kepada semua org ohhh kiamat itu masih jauh lagi…. bukankan lebih baik kita membuat persediaan dari sekarang??????? fikir2 kanlah dan terus mengkaji dengan niat yang ikhlas mencari kebenaran bukannya utk menyedapkan hati bahawa kiamat masih jauh lagi..

  1. salam. terima kasih kerana memberikan komen yang menghentam. harap tuan dapat baca semula artikel di atas dan tengok bahagian mana yg saya tulis.

    • asyran on January 26, 2011 at 5:31 pm

    salam, benarlah yang dikatakan ustaz….mohd ghazali, kalau nak persediaan, tak perlu tau pun ramalan2 tu, memadai kita tau tentang hadith2 tanda kiamat termasuklah imam mahadi….yang touching sgt nape? baca leklok, ustaz ni hanya menukilkan artikel org lain, bukan tujuan mendhaifkan hadith, tapi lebih bersikap memberi kebebasan kepada pembaca untuk berfikir secara kritis dan kreatif….jawapannya memang dah ada disitu, tinggal kita nak menilai tanpa terburu2…..siapalah kita disisi ibn khaldun, dan! siapalah kita berbanding generasi salafussoleh yang langsung tak pernah nak ramal2…..iman mereka tu lebih tinggi tahapnya…ini menunjukkan iman kita bukan pada ramalan…..sandaran kita ialah nas dari alquran,hadith,ijmak dan qias…maka apa2 tulisan yang bercanggah dengan empat ni tertolak secara automatik…no argument…

    wallahua;lam

  2. Terima kasih asyran.

    • Ctjddin on October 10, 2011 at 11:56 pm

    Assalamualaikum…saya baru baca sebahagian catatan di atas. Sebagai manusia kita perlu sentiasa berwaspada pada isu2 semasa. Terutama jika ianya isu berkaitan agama. kembalikan diri kepada ajaran islam sebenar. Aqidah kita perlu sentiasa di asah walaupun usia kita telah menjangkau…tidak salah mempelajari agama islam kita berulang2 kali. sesungguhnya kita adalah insan yang lemah, mudah lupa dan alpa sentiasa kerana godaan2 syaitan sentiasa memesongkan aqidah kita. Apa pun saya akan cuba habiskan bacaan catatan di atas supaya saya boleh memahami situasi sebenar ttg isu2 gempar ini agar tidak berkurangan keimanan kita pada allah serta kekasihnya Nabi Muhammad SAW….ya allah, peliharalah hati kami supaya kami di jauhi sifat2 yang terkeluar dari ajaran kebenaran islam ini…amin…insyaallah!

Leave a Reply

Your email address will not be published.