Jul 02

Happy anniversary

1 Julai 2009 maka genaplah usia perkhidmatan saya di tempat saya berkhidmat sekarang. Sepanjang berkhidmat pelbagai ranjau dan dugaan telah dihadapi dengan tabah. Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada Allah taala di atas nikmat pemberiannya. Tempoh setahun bagaikan sekejap rasanya. Terasa begitu pantas masa berlalu sehingga tidak disedari tempoh masa yang telah dilalui sudah menjangkau setahun. Pagi bangun tidur, solat subuh , bersiap dan pergi kerja. Sampai ditempat kerja buat kerja dan tiba-tiba saja dah pukul 6 petang. Walaupun office hour dari 8.30 pagi sampai 5.30petang saja tapi sejak akhir-akhir ni saya selalu pulang lewat. Hampir waktu maghrib baru keluar pejabat.

Terasa juga bebanan kerja yang semakin memuncak dengan ketiadaan staf. Tugas-tugas tidak dapat diagihkan dan terpaksalah menjadi superman. Apa pun dari sudut yang positif ia merupakan exposure yang bagus untuk saya supaya menjadi lebih matang dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Bidang kewangan islam yang semakin hari semakin berkembang memerlukan saya untuk lebih cepat belajar dan mendalami bidang tersebut.

Masih segar diingatan pada 1 Julai 2008, 4 orang pekerja baru melaporkan diri termasuklah saya. saya yang paling junior di antara mereka. Alhamdulillah sehingga ke hari ini keempat-empat kami masih bekerja di syarikat yang sama.

Ketika ini saya berada di bilik Syukri, seorang kawan baik saya. insyaAllah saya, syukri dan adik saya akan ke Sri Iskandar Perak esok untuk menyelesaikan hal-hal tentang pengajian adik saya di UiTM Perak. Sibuk dengan berpindah ke rumah sewa. Melihat keadaan adik sekarang saya terbayang-bayang masa silam saya. Saya pun pernah melalui situasi yang sama.

Sekadar ini saja coretan saya kali ini. Tiada isu yang hendak dikupas. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published.