May 27

Kembali hidup..

assalamualaikum w.b.t

Tajuk kembali hidup tak merujuk kepada mana-mana individu tapi kepada laman web saya ini yang kembali dihidupkan. Al-kisahnya sudah lebih kurang 3 bulan akaun webhosting saya expired dan tiada masa untuk mengendalikannya akibat tanggung jawab hakiki di pejabat. alhamdulillah kini kembali berjalan. Baru saja malam semalam saya menghantar resit pembayaran kepada syarikat penyedia hosting.

Sepanjang tempoh tidak menulis di sini, banyak sebenarnya perkara pahit dan manis yang terpaksa di tempuhi dalam memperjuangkan agenda dakwah dalam kewangan islam. Pergerakan saya dijalanan agak terbatas dan peluang yang diberikan oleh Allah untuk saya kembali aktif di dunia cyber tidak akan saya lepaskan. Menulis di blog bukan untuk mencari publisiti dan nama. Apa yang penting bagi diri saya menulis adalah proses belajar dan berkongsi ilmu. Disebabkan hendak menulis maka kita akan terangsang untuk membaca dan memahami. Menulis blog adalah kaedah yang baik bagi orang yang agak malas dan kesuntukan masa seperti saya. Alhamdulillah, blog ini dah “on” semula maka saya pun kena “on” juga semangat untuk membaca dan belajar untuk menulis di sini. Terima kasih kepada mereka yang mengikuti blog saya dan meletakkan link ke blog saya ini. Syukran Jazilan. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published.