Feb 17

memajukan ekonomi dengan wakaf

salam ustaz, boleh ustaz berikan dalil yang rajih or pendapat ulama’ yang paling kuat berkaitan dengan pengurusan harta wakaf berdasarkan definisi wakaf itu sendiri…ataupun pendapat ustaz sendiri mengenai pengurusan harta wakaf..kemudian, bagaimana sesuatu tanah or harta wakaf itu dapat dimanfaatkan yang mana hasilnya boleh membantu ekonomi negara dan juga dapat disalurkan kepada masyarakat yang amat memerlukan bantuan.dan bagaimana tanah wakaf itu dapat dimajukan..untuk pengetahuan ustaz…saya sedang menyiapkan kertas projek(tesis) berkaitan dengan pengurusan wakaf…dengan adanya artikel ustaz ini dapat membantu saya mengumpul data@maklumat berkaitan dengan wakaf dan sekali gus saya dapat bertemu ramah dengan ustaz sendiri melalui laman web ini..saya berharap ustaz dapat memberi kerjasama dan dengan itu saya akhiri ribuan terima kasih dan segala pertolongan ustaz amatlah saya hargai.

p/s: saya forward semula comment dari blog ustaz…saya memang sangat2 perlukan bantuan ustaz…tinggal seminggu lagi untuk saya kena submit kat lecture..tapi kalau ustaz terlalu sibuk…saya mohon maaf..sekian wassalam.

Salam.

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana lambat membalas soalan yang dikemukakan dan jawapan saya ini mungkin tidak memenuhi kehendak soalan memandangkan keterbatasan waktu untuk membaca dan menulis. Tugas-tugas hakiki di pejabat terlalu banyak sehingga overload. Harap pembaca dapat faham.

Saya tidak akan menjawab soalan di atas mengenai definisi dan dan pendapat paling rajah kerana di waktu saya menulis sekarang saya tidak merujuk kepada mana-mana buku dan kitab. Saya hanya menjawab berdasarkan ilmu yang ada saya (mungkin yang masih melekat dalam kepala).

Saya berpandangan harta wakaf seperti bangunan, tanah dan lain-lain lagi sememangnya berpotensi untuk digunakan dalam usaha menjana ekonomi umat islam. Jika tidak sudah pasti kerajaan tidak berusaha ke arah memajukan harta wakaf. Saya cukup kagum dengan beberapa pihak yang mengambil inisiatif untuk memperkenalkan wakaf dan melaksanakan perniagaan berasaskan wakaf.

Harta wakaf di Malaysia sememangnya banyak. Saya tiada statistiknya tapi mungkin boleh disemak di majlis agama islam negeri-negeri. Sehingga kini masih banyak lagi harta wakaf yang terbengkalai dan tidak digunakan sebaik mungkin sedangkan ianya berpotensi untuk menjana pendapatan kepada umat islam. Ada beberapa sebab atau isu yang menyebabkan sesuatu harta wakaf tidak dapat digunakan. Mungkin disebabkan syarat yang diletakkan pewakaf, kedudukan yang tidak strategik, sudah tidak sesuai digunakan lagi dan lain-lain.

Maka di sini dicadangkan supaya dilakukan proses istibdal iaitu menukarkan harta wakaf contohnya tanah ke lokasi yang lebih sesuai supaya dapat digunakan sebaik mungkin. Dalam soal istibdal ini, perlu dilihat syarat-syarat dan lain-lain isu berkaitan. Cuma saya nak tekankan di sini istibdal merupakan satu bentuk penyelesaian yang terbaik. Tetapi masih juga ada halangan contohnya tiada modal untuk istibdal dan harga hartanah sekarang jauh lebih mahal.

Apabila semua masalah ini selesai maka barulah harta wakaf tadi dapat digunakan sebaik mungkin. Tanah boleh dipajak untuk tujuan pertanian atau diusahakan oleh pihak tertentu dan sebagainya. Hasil yang diperoleh mungkin dalam bentuk sewa, untung dan lain-lain. Hasil yang diperoleh akan diwakafkan semula ke dalam dana wakaf setelah menolak semua perbelanjaan. Begitu juga dengan bangunan, boleh disewakan. Hasil sewa digunapakai untuk tujuan-tujuan kebajikan. Ini mungkin beberapa idea yang boleh dilihat secara jelas.

Ideanya adalah idea bisnes. Menggunakan harta wakaf bagi menjana pendapatan. Hasilnya diwakafkan kembali untuk kemaslahatan ummah. Dengan harta wakaf yang banyak di Malaysia pastinya dapat memberikan impak yang besar kepada ekonomi umat islam di Malaysia. Apa yang menjadi masalah adalah ketidakcekapan dalam menguruskan harta tersebut. Juga masalah dari sudut perundangan dan pertikaian menyebabkan harta wakaf gagal digunakan sebaik mungkin. Apabila semua masalah selesai bukan sahaja dapat membantu umat islam di Malaysia tetapi juga dapat disalurkan ke tempat-tempat lain yang diperlukan.

Wakaf tidak bergerak sendirian, dengan bergeraknya wakaf elemen lain seperti zakat juga akan turut bergerak seiringan. Cubalah kita bayangkan betapa kuatnya ekonomi umat islam apabila wakaf, zakat, hibah, derma dan lain-lain bergerak sama. Fikir-fikirkanlah. Wallahua’lam

4 comments

Skip to comment form

    • lutfi on February 22, 2010 at 5:38 pm

    salam ust… sy ingin btanya. apakah contoh atau pembangunan waqaf yg telah dijalankan dimalaysia sekarang… contoh tanah dan dimana tempat atau kawasan itu yg bleh disabitkan tanah waqaf… dan juga lain2 yg bkaitan dgn hak waqaf dimalaysia atau waqaf muamalt pada masa globalisasi ini?….hrp dapat jwb scpt mgkin dan hantar ke mail sy…

  1. saya hanya jawab di blog saya. secara spesifiknya untuk mendapatkan data, saudara lutfi perlu merujuk kepada majlis agama islam negeri. sebenarnya banyak contoh. untuk cadangan-cadangan pembangunan tanah wakaf mungkin saudara boleh merujuk http://www.mainpp.gov.my/artikel/projekmainpp.htm dan hubungi majlis agama islam pulau pinang untuk maklumat lanjut.

    lain-lain berkaitan waqaf adalah seperti produk takaful wakaf dan juga model perniagaan takaful berasaskan model wakaf. Takaful Malaysia contohnya pernah mempunyai produk-produk seperti ini.

    • Nurul Azni on February 24, 2010 at 2:14 pm

    Assalamualaikum…

    Saya skarang dalam kajian ttg wakaf utk master…bleh sy dapatkan email ustaz bg memudahkan saya bertanya dgn lebih lanjut ttg wakaf?

  2. mohamadsaifudin[a]gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.