Jan 12

Haram..haram.. buat bank islam pakai modal haram

“Haram..haram.. buat bank islam pakai modal haram…” Inilah antara ungkapan yang terkeluar daripada seorang lelaki yang saya tidak kenali tatkala hendak pulang daripada menunaikan solat jumaat dan hajat di masjid negara minggu lepas. Saya tidak tahu puncanya tetapi lelaki tersebut kelihatannya tidak berpuas hati dengan ejen takaful etiqa yang membuka kaunter di tangga bawah masjid negara. sambil mengutuk-ngutuk mereka yang berada di kaunter etiqa lelaki berkenaan berlalu pergi dengan kaki terhincut-hincut. kakinya cacat sehingga tidak dapat berjalan dengan betul. saya rasa beliau mengalami kemalangan yang teruk sehingga jadi sebegitu rupa.

saya tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh lelaki itu dan hanya memandangnya sahaja. orang lain yang berada disekitar tempat itu pun agak terkejut. Mungkin juga beliau tidak berpuas hati kerana tidak dapat pampasan atau sememangnya memaksudkan bahawa etiqa dibina daripada modal haram iaitu dari maybank. wallahu a’lam. saya pun tidak dapat menjawabnya. Pembaca yang ingin mendapatkan kepastian tentang modal haram ini bolehlah merujuk kepada laman web ustaz Zaharuddin (www.zaharuddin.net). Sudah ada penulisan mengenainya dalam laman web beliau.

manusia.. macam-macam..

Leave a Reply

Your email address will not be published.