Jan 02

Mampukah Sistem Kewangan Islam Berjaya?

Setelah beberapa hari berfikir dan membaca penulisan orang lain saya rasa saya ingin juga mengemukakan pendapat saya tentang perkembangan sistem kewangan Islam. Di Malaysia, tidak dinafikan bahawa kewangan Islam bergerak dengan pantas dan semakin laju dengan kepelbagaian produk yang ditawarkan hampir menyamai apa yang ditawarkan oleh sistem kewangan konvensional. Isu-isu yang timbul dibahagian berkenaan tidak akan saya ulas. Biarlah orang lain yang lebih pakar dan faham soal teknikalnya memberikan ulasan.

Cuma penulisan saya pada kali ini cuba melihat perkembangan sistem kewangan islam secara global. sepertimana yang kita sedia maklum keadaan ekonomi dunia sekarang dalam keadaan merudum dengan banyak pihak menerima kesan negatif. Terutama di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain. banyak syarikat terpaksa diselamatkan oleh kerajaan atau baillout. Di sini saya ingin merujuk kepada syarikat insurans AIG. sebuah syarikat insurans yang cukup besar dan gagah yang akhirnya tumpas dek kerana kegawatan ekonomi. Kesilapan dunia barat yang mengamalkan ekonomi berasaskan riba menyebabkan ketidaktentuan ekonomi. Wang bertukar tangan sedangkan tiada barang yang dijual. itu adalah antara senario yang berlaku dalam sistem kewangan konvensional.

Maka setelah menerima bala akibat kegawatan ini maka banyak pihak cuba menerokai sistem kewangan islam dengan anggapan bahawa sistem ini dapat menyelamatkan mereka. Namun tidak semua menerimanya sistem kewangan islam dengan hati yang terbuka malah banyak pihak terutama di amerika membantah kerana seolah-olah mereka tunduk kepada islam yang dilabelkan sebagai agama pengganas. Beberapa artikel dalam blog di us banyak mengecam apa yang dilakukan AIG apabila mereka menawarkan produk insurans islam atau pun takaful. Apa yang jelas apabila ada perkataan ISLAM sahaja pasti mereka akan tolak. Hanya segelintir sahaja yang berpandangan jelas tentang hal ini. Mereka nampak apa yang dianjurkan islam adalah baik kepada mereka.

Namun kini mereka mula berbahas tentang soal agama pula. mereka mengatakan bahawa mereka tidak boleh menerima islam dan satu sistem yang syariah compliant iaitu mengikut apa yang di bawa oleh nabi Muhammad SAW. mereka sememangnya sangat benci dengan nabi muhammad dan menganggap ajaran muhammad adalah ajaran terrorist dan sekiranya mereka menerima kewangan islam maka mereka akan menyumbang kepada organisasi terrorist islam. Para pembayar cukai sememangnya tidak senang hati dan menolak us memperkenalkan kewangan islam.

Saya berpandangan kita di Malaysia sangat-sangat perlu untuk memainkan peranan (dalam apa-apa jua method) untuk memperkenalkan kewangan islam sebagai sistem kewangan yang terbaik yang perlu digunapakai dan disamping itu perlu untuk memulihkan imej islam. kita perlu menonjolkan bahawa islam bukanlah agama pengganas dan islam itu agama yang terbaik. timbul juga dalam benak fikiran saya sekiranya mereka menerima sistem kewangan islam adakah akan berjaya dilaksanakan?

saya berfikir demikian setelah mendengar beberapa cerita yang sekali didengar melucukan tetapi jika difikir lebih lanjut akan timbul beberapa persoalan. Antara cerita yang saya dengar daripada individu-individu yang terlibat dengan sistem kewangan islam di peringkat antarabangsa ialah ada sesetengah bank di negara barat ingin men”syariah compliantkan” bank mereka. Dr x please convert my bank to shariah compliant bank but please dont convert me to islam….” ini antara kisah yang saya dengar.

Dari satu susut yang positif, kita ucapkan alhamdulillah kerana usaha dakwah kita memperkenalkan islamic finance berjaya tetapi cuba kita fikir bank yang shariah compliant tetapi diuruskan oleh mereka yang tidak mahu menerima islam adakah perjalanan bank itu akan secure daripada perkara-perkara yang diharamkan dalam islam. mereka tidak mahu ikut halal dan haram dalam islam maka bagaimana mereka hendak mengendalikan sebuah bank yang shariah compliant? sedangkan nak jadi sharian compliance perlu menggunapakai konsep halal dan haram.

Apa yang saya risaukan apabila mereka ini hanya mahu menggunaka label islam tetapi sebenarnya sedang mengkambing hitamkan sistem kewangan islam. maka sudah tentu sistem kewangan islam juga akan runtuh akibat daripada penyalahgunaan dan sifat khianat yang wujud dalam organisasi itu. Dalam pengamatan saya individu yang islam sendiri sanggup memanipulasi bank-bank islam dan institusi yang lain inikan pula orang yang secara jelas menolak islam..hmmm… cubalah kita fikir-fikirkan. sebenarnya banyak lagi hujah saya tetapi memandangkan dah waktu balik saya pun nak baliklah ni…wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published.