Dec 19

Dialog Jawatankuasa Syariah di Bank Negara dan Collocuium on Islamic Finance Ibfim

2 hari saya bertapa menuntut ilmu di Prince & Resident Hotel dalam colloquium on Islamic finance. Alhamdulillah, melalui program tersebut pelbagai ilmu ditimba termasuk dapat mengenali beberapa scholar yang hebat sama ada di peringkat Malaysia mahu pun antarabangsa. Dan pada hari ini pemikiran saya cuba beralih arah tentang scholar yang ada di negara ini. Saya mulai sedar bahawa ramai lagi mereka yang arif dan hebat dalam muamalat islam dan kewangan islam moden di Malaysia. Selama ini saya hanya berpandukan pendapat dan pandangan Ustaz Zaharuddin melalui laman webnya tanpa mengambil kisah kewujudan orang lain yang turut hebat di pentas antarabangsa.

Dalam pertemuan di Lanai Kijang Bank Negara Malaysia (BNM) pada 15 Disember yang lalu dan seterusnya dalam kolokium yang saya hadiri selama dua hari ini saya mulai mengenali beberapa nama besar di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah Dr Aznan, Dr Ashraf Wajdi bin Hj Dato Dusuki dan lain-lain. Ramai lagi Shariah advisor di Institusi kewangan Islam saya temui di Dialog jawatankuasa Syariah di Bank Negara termasuk dua orang pensyarah saya iaitu Prof Joni Tamkin bin Borhan (juga nama besar) yang mewakili MAA Takaful dan juga Ustaz Azizi bin Che Seman (Chairman, Syariah Committe Bank Muamalat). Ustaz Azizi agak terkejut melihat kehadiran saya dalam dialog tersebut. Pada waktu tea break kami sempat berbual dan beliau bertanyakan perihal pekerjaan saya. Beliau sebenarnya tidak mengetahui saya bertugas di Syarikat Takaful.

Saya juga memanfaatkan waktu tea break tersebut untuk berbual dengan Dr Mumin (Head, Jabatan Syariah & Pengurusan APIUM yang mewakili Hong Leong Takaful). Juga sempat berkenalan dan berbual dengan pengarah baru JPIT iaitu En Izzad. Pengalaman beliau berkhidmat dalam  perbankan konvensional sejak tahun 1980-an membayangkan bahawa beliau memliki pengalaman yang cukup banyak iaitu seusia dengan umur saya sekarang. Alhamdulillah saya sempat berbual dan memberikan pandangan saya tentang guideline GPS 1 yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Saya mencadangkan supaya Bank Negara mengambil inisiatif (dalam apa-apa bentuk tindakan yang dirasakan sesuai) untuk memperkasakan Shariah Compliance governance terutamanya memperkuatkan bahagian Syariah (jabatan syariah, divisyen atau syariah officer) dalam sesuatu institusi. Bagi saya, selain fokus diberikan kepada peranan Majlis Penasihat Syariah (Shariah committe) dalam intitusi berkenaan pelbagai langkah perlu diambil bagi memperkukuhkan bahagian syariah. Bukan sahaja syariah officer bertindak sebagai sekretariat kepada majlis penasihat syariah tetapi syariah officer mempunyai beban dan tanggung jawab bagi memastikan semua aktiviti dalam institusi kewangan islam adalah shariah compliance.

Pengalaman saya bekerja selama 6 bulan di salah sebuah institusi kewangan islam memberikan pengalaman berharga kepada saya dan apa yang saya ingin tekankan kerja sebagai syariah officer bukannya mudah. Disebabkan itu saya rasa amat perlu untuk mengukuhkan bahagian syariah dalam sesuatu institusi kerana semua proses screning, vet thru document dilakukan oleh syariah officer dan hanya sesetengah ahli majlis penasihat syariah sahaja yang ingin mengambil tahu soal-soal seperti itu kerana mereka ini biasanya mempunyai pelbagai komitmen lain.

Berbalik kepada kolokium yang saya hadiri, sekali lagi saya bertemu dengan Ustaz Suhaimi iaitu Manager, Jabatan Syariah Bank Negara (SAC). Sebelumnya saya bertemu beliau di dialog jawtankuasa syariah. Dalam pembentangannya sewaktu dialog tersebut beliau membentangkan keputusan terkini yang diputuskan oleh SAC Bank Negara. Antaranya yang menarik minat saya adalah isu insurable interest yang dibenarkan dalam produk takaful dengan beberapa limitation. Pada pembentangan di kolokium pula saya mengambil kesempatan untuk kehadapan dan mengemukakan pandangan saya tentang topik yang dibentangkannya. Saya agak gugup tetapi berani. Akhirnya daripada hendak bertutur dalam bahasa Inggeris, jadi cakap melayu sahaja. Agak memalukan kerana kelemahan dalam bahasa inggeris tetapi itulah resam orang yang masih belajar dan merangkak.

Apa pun saya bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan saya peluang berharga ini. Bukan itu sahaja melalui program seperti ini, saya secara tidak sengaja berkenalan dengan super duper senior saya dari Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sewaktu sesi dialog di Bank Negara saya bertemu dengan En Nasruddin dan dalam kolokium bertemu dengan Pn Norliza iaitu classmate kepada pensyarah saya Dr Asmak Ab Rahman. Sekarang ini mereka pun tahu kewujudan saya dalam industri. Kedua-dua mereka kini bertugas di Maybank Islamic Bank.

Seperkara lagi yang ingin saya kongsikan di sini ialah bertemu dengan Ustaz Hj Nazri Chik, Senior manager Shariah Div di Bank Islam (BIMB). Sebelum ini hanya berkenalan dan berkomunikasi melalui blognya tetapi pada kali imi dapat bertemu dan berbual panjang tentang soal syariah. Beliau menyarankan saya sambung belajar (ambil master dan PhD) dan memberikan semangat kepada saya untuk belajar dengan cepat.”.. Syeikh, dalam swasta kita kena cepat belajar. Belajar semua perkara dengan cepat dan jangan sesekali keluar dari syarikat”.. insyaAllah kata-kata beliau akan menjadi ingatan dan panduan saya sehari-hari.

Buat kali terakhir saya berharap dan berdoa agar Allah mudahkan segala urusan pekerjaan saya dan semoga Allah tetapkan hati saya pada jalan yang lurus dan diredhai. Amin.

1 comment

    • K Wan on July 1, 2009 at 9:35 am

    Salam Ustaz, Alhamdulillah sempat jugak saya masuk ke Blog ustaz. Saya amat bersetuju dgn saranan Ustaz Nazri Chik utk menuntut ilmu & just to share dgn Ustaz, saya sedang mendalami kewangan Islam sekarang ni dengan menjadi penuntut di INCEIF dibawah kursus CIFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published.