Dec 12

Raya korban tak meriah

Raya korban tahun ni memang tak meriah. Banyak sebab. Antaranya dua orang adik saya tak balik kampung. Mohamad Isa penuntut tahun pertama UiTM Jengka dalam jurusan sivil engineering mengikuti program di UiTM Shah Alam selama sebulan. Kebatasan waktu membuatkan beliau tidak dapat pulang ke kampung. Kakaknya Siti Fatimah juga tidak pulang. Terpaksa bekerja pada hari raya. Beliau kini menjalani latihan praktikal di Pasaraya besar Giant di Plentong JB. Kesian, dahlah tak dapat balik. Ditempatkan pula di bahagian customer service. Dari jam 9 pagi sampai 6 petang tanpa rehat yang cukup dan bekerja secara berdiri sepanjang masa. Memang tidak disediakan kerusi. Apa nak buat kenalah bersabar.

Hujan turun dengan lebat sejak semalam. Ditambah pula dengan bekalan air dan elektrik yang terputus menyebabkan kami sekeluarga kurang selesa. Nasib baik saya dan nenek dah siapkan anyaman ketupat pada petang tu. Tak banyak pun cuma lebih kurang 120 biji. Penat juga membuatnya. Hujan berterusan sampailah ketika hendak pergi menunaikan solat sunat aidil adha. Nak tak nak redah je hujan naik motor dengan adik yang no 5 Mohd Khalid. Solat di kampung seperti biasa cuma kali ni orang tak ramai. Mungkin sebab cuti pendek dan hujan lebat.Apa pun saya sebenarnya sedang resah…

Balik rumah balun ketupat dan rendang. Yang paling best dan favourite kami sekeluarga ialah masakan hati lembu masak kicap. Memang best mak masak. lepas tu tak ketinggalan ayam kampung yang dikorbankan semalam sebanyak 4 ekor di masak kicap juga. Yang ni juga favourite kami. bukan kami je tapi setiap tahun orang akan datang ke rumah time raya bertanyakan lauk ayam kampung masak kicap mak saya ni. Hati saya tetap resah….

Baiklah apa yang resahnya?… resah sebab petang tu saya kena balik KL jugak sebab banyak kerja perlu dibereskan di pejabat. Saya sedang membuat persiapan untuk menyambut dan present tentang syariah kepada delegasi dari Mahkamah Agung Republik Indonesia… wow.. waktu dapat tau kena handle benda ni fikiran jadi tak keruan kerana saya tiada pengalaman menguruskan sesuatu even juga tiada pengalaman untuk berhujah dengan orang-orang yang hebat seperti mereka… hati tetap resah. Nak balik KL tapi hujan masih lebat. Yang ada cuma JFD 602 (125z). Sebuah motorsikal yang sudah berusia 10 tahun yang sering kali digunakan untuk berulang alik dari KL ke segamat.

Nak tak nak kena balik jugak. Minta izin dengan semua keluarga untuk balik ke KL. Saya menyarung baju tebal dan pakai raincoat. Selepas bersalam-salaman dengan semua saya pun terus jalan. Hujan yang agak lebat menyukarkan saya bergerak pantas. Perjalanan ke Tangkak juga mengambil masa lebih dari sejam. Belum apa-apa dah basah kuyup. nasib baik pakai raincoat.

Kemudian terus memecut agak laju di highway sampai ke Petronas Ayer Keroh untuk isi minyak. Saya tak rehat lama. Kemudian terus naik highway semula dan singgah di petronas Seremban untuk isi minyak sekali lagi. Sepanjang jalan hujan. sejuk sangat-sangat. Akhirnya sampai juga di rumah sewa di Cheras. Letih sangat. Lewat pula tu. Apa pun saya bersyukur dah selamat sampai. Tapi Hati masih resah….

Leave a Reply

Your email address will not be published.