Dec 05

I am back.

Selepas hanya memandang sahaja blog saya hari-hari maka hari ini saya membuat keputusan untuk menulis. Sejak akhir-akhir ini keadaan tidak mengizinkan saya untuk menulis kerana saya keletihan dan hilang mood untuk menulis. Sebenarnya banyak perkara untuk diluahkan. Kalau diluahkan mesti boleh dijilidkan dan hantar sebagai tesis(hahaha). Apakan daya kepenatan membelenggu saya setiap hari. lebih-lebih lagi apabila “bos” saya tiada. Maka kelam kabutla saya buat kerja kerana tidak pernah buat kerja-kerja itu. Maka saya terpaksa bersabar menerima kritikan dan teguran daripada pihak atasan.

Sebelum berbicara lebih lanjut, saya ingin mengucapkan tahniah kepada bos saya yang dah 2 minggu tak datang kerja. Tahniah kerana diberitakan telah hamil. Tahniah juga kepada abang Hisham. Anda hebat!!! (haha)..alhamdulillah.. rezeki dari Allah.

Saya nak ucapkan terima kasih juga sebab beliau tak datang kerja sebab dengan ketidak hadiran beliau ke pejabat saya terpaksa bertungkus lumus membuat kerja dan belajar banyak perkara baru walaupun sering ditegur oleh pihak atasan. Apa pun semua yang berlaku ada hikmahnya. Ketika ini Ustazah Najibah masih tak tau apa yang saya buat sepanjang dia tiada. Banyak kali saya call tapi tidak dijawab. Mungkin dia tidak larat. Tidak mengapalah.

Cabaran yang terpaksa dilalui sepanjang ketiadaan bos.

Rasa tekanan tu memang ada. Dikerah menyediakan dokumen yang saya tidak pernah lihat merupakan satu cabaran. Setelah pening dan bengong beberapa hari akhirnya ketemu juga dengan dokumen yang berkaitan. Dah jumpa dokumen tu nak kena studi pulak. Masa tu tekanan memuncak. Tapi alhamdulillah ia mrupakan satu ilmu yang sangat berharga bagi saya.

Cabaran menguruskan kehadiran delegasi dari Mahkamah Agung Indonesia.

Sepanjang 5 bulan bertugas di syarikat inilah tugasan terbesar yang saya kena buat. Biasanya top management terutamanya dato ceo tidak akan beruusan secara terus dengan staff yang hanya berpangkat eksekutif seperti saya. Tapi kali ini tidak, dato ceo secara direct appoint saya untuk menguruskan kehadiran delegasi dari indonesia ini. Saya tidak pasti sama ada dato ingin menguji kemampuan saya ataupun ada alasan lain. Saya pada mulanya stress dan bengong jugak jadinya tapi saya kuatkan semangat untuk melakukan tugas tersebut.

Bermula dengan email kepada pihak di Indonesia saya pun memulakan langkah. Seterusnya berurusan pula dengan Jabatan Syariah Bank Negara Malaysia (BNM). Alhamdulillah susah macam mana pun saya gembira dapat berhubung dengan orang di BNM. Seterusnya cabaran menjemput bos-bos department lain untuk meeting. Saya berdebar-debar juga tapi alhamdulillah mereka menyokong dan akan membantu saya dalam mengendalikan hal ini. Sekarang ini saya sedang membuat slide show presentation dan menanti hari saja… syukran jazilan kepada semua pihak yang membantu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.