Nov 27

Bayar zakat berdasarkan Hardcore poverty incidents

Umat Islam telah difardhukan dengan ibadah zakat. Apa itu zakat? Zakat membawa maksud suci. Terdapat beberapa jenis zakat dan tulisan pada kali ini saya akan menyentuh tentang zakat perniagaan. saya tidak akan menyentuh tentang teknikal zakat perniagaan kerana saya sendiri kurang mahir. Bukan mudah untuk kira zakat seperti jenis zakat yang lain.

Cuma saya ingin kongsikan pendapat saya tentang membayar zakat berdasarkan hardcore poverty incidents. Setiap tahun syarikat-syarikat yang dimiliki oleh orang islam akan membayar zakat kepada pusat-pusat zakat negeri. Ada juga yang mengambil sebahagian daripada jumlah yang wajib dibayar kepada pusat-pusat zakat untuk diagihkan sendiri. Kalau dalam sektor korporat terdapat satu program yang dinamakan “Corporate Sosial responsibility (CSR) Program”> Program yang dianjurkan adalah program kebajikan yang sebahagian daripada peruntukannya datang daripada wang zakat tersebut.

Ianya tidak menjadi masalah selagi mana wang zakat tersebut sampai kepada orang yang layak ataupun dengan lebih tepatnya asnaf zakat. Program-program kebajikan lain yang tidak berkaitan dengan asnaf tidak sewajarnya menggunakan wang zakat tersebut.

Berbalik kepada tajuk di atas, Syarikat yang membayar zakat biasanya akan membayar zakat berdasarkan production atau pendapatannya di negeri tempat syarikat itu beroperasi. Contohnya sekiranya syarikat saya beroperasi di Segamat, Johor maka saya akan membayar zakat perniagaan kepada pusat kutipan zakat yang ada di tempat saya.

Namun bagi syarikat-syarikat besar yang beroperasi hampir di tiap-tiap negari maka sebahagian dari mereka membayar zakat berdasarkan ‘Hardcore Poverty Incidents”. Iaitu merujuk kepada pembayaran zakat kepada negeri-negeri berdasarkan kadar kemiskinan neger-negeri tersebut.

Statistik kadar kemiskinan boleh diperolehi daripada pihak-pihak tertentu seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan boleh rujuk dalam buku laporan Rancangan Malaysia. Saya bersetuju dengan metod ini kerana pada saya lebih afdhal kita memberikan wang zakat kepada tempat yang paling miskin. Bagi negeri-negeri yang dianggap kaya, tidak mengapa sekiranya mendapat bahagian yang sedikit kerana kebiasaannya jumlah kemiskinan di negeri tersebut adalah kurang.

Maka lebih baik diutamakan tempat yang lebih memerlukan. Contohnya Sabah, Kelantan dan lain-lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published.