Nov 26

Dah tau haram..HARAMLAH hukumnya!

Ustaz, takde perkataan lain ke selain daripada haram? saya pun ada beli insurans konvensional. Garang sangatlah perkataan haram tu...”

Saya rasa macam nak marah je. Tapi kena sabarlah. Heran saya dibuatnya. Kalau orang awam yang tanya soalan macam tu tak mengapalah. Ini orang yang bekerja dalam institusi kewangan islam sendiri yang bertanya soalan macam tu. Kerja dalam institusi kewangan islam  tapi beli perlindungan insurans dari syarikat insurans konvensional.

Inilah hakikat kehidupan di mana orang semakin melupakan soal agama walaupun bekerja dalam institusi keagamaan. Maka kita jangan hairan ustazah jadi pelacur, ustaz mat rempit, Haji kaki minum, dan lain-lain.

Ramai juga yang kerja dengan bank-bank islam, takaful dan lain-lain yang di waktu pejabat pakai pakaian seksi dan melanggar norma serta etika di institusi berkenaan. Apatah lagi kalau diluar waktu pejabat. yang perempuan free hair yang lelaki seluar pendek. Ada satu cerita yang disampaikan kepada saya 2 tahun lepas seorang graduan syariah tidak mahu mengaku dia lulusan syariah dan layak dipanggil ustaz kerana dia berseluar pendek.

Ragam manusia macam-macam…..

6 comments

Skip to comment form

    • shahjahan on November 20, 2009 at 4:29 pm

    salam ustaz. sy ejen dgn takaful ikhlas, skrg ni saya diajak masuk ke Hong leong tokio marine takaful..ada lesen takaful dari BNM, dan diwarwarkan pd saya produknya menarik, mempunyai skim badal haji. Tapi gerak hati saya dah berbelah bahagi…nak stay dgn IKHLAS, atau nak berhijrah..saya ditunjukkan bahwa kedua2nya sama je dari segi perjalanan muamalat nye…dan saya rasa mcm mudah sikit nak jual yg hong leong takaful tu sbb ada ‘penarik’nye…badal haji…tapi hati saya masih sgt berbelah bahagi, harap ustaz dapat bantu saya yg buntu ini…ikhlas dari saya, shahjahan

  1. salam.

    pandangan peribadi saya, elok kekal saja sebagai ejen Takaful ikhlas. Kita perlu ingat bila jd ejen takaful kita bukan menjual tapi memasarkan…

    • shahjahan on November 21, 2009 at 8:10 am

    terima kasih atas nasihat ustaz….ikhlas dari saya.

    • masdiana on May 24, 2010 at 9:03 pm

    salam…..ustaz sy nak bertanya baru-baru ni saya ditawarkan sebagai wakil hong leong takaful badal haji….saya tidak tau apakah saya perlu teruskan kerjaya ini….ada nama asing dan ada nama islamic “takaful”….jika lihat cara kerja rasa mudah dpt pelanggan kerana ada produk istimewa dan yang paling bagus murah iaitu serendah rm50…jumlah paling rendah tidak boleh didapati dr mana2 takaful lain…harap ustaz dpt bg pandangan…tm ksh..

  2. Dalam pengetahuan saya badal haji yg ditawarkan hong leong tokio marine takaful merupakan servis tambahan yg cuba memenuhi keperluan umat islam. HLTMT tidak hanya memikirkan benefit yg akn diperolehi waris tetapi juga benefit kpd si mati. sy juga dimaklumkn syarikat ini bakal mengeluarkn produk2 yg lbh menarik pada masa akn dtg. melihat kpd senario industri skrg HLTMT dilihat sedang menyusun perjalanan perniagaannya dgn baik. Jadi tidak ada masalah jika ingin menjadi ejen mereka.

    sedikit ulasan tentang nama, tidak jadi masalah. hanya sekadar nama. yg penting shariah compliant.

    • masdiana on June 18, 2010 at 10:13 am

    terima kasih,ustaz.

Leave a Reply

Your email address will not be published.