Nov 13

Ekonomi wakaf – Bahagian ketujuh

INFORMASI, PENYEBARAN MAKLUMAT DAN PENDIDIKAN BERKAITAN  WAKAF

Pelbagai rangka promosi dan saluran informasi telah dilakukan oleh pihak Majlis Agama Islam setiap negeri dalam usaha memberi kefahaman tentang konsep amalan berwakaf dan menggalakkan orang ramai berwakaf. Antara saluran yang digunakan adalah dengan iklan-iklan di media massa, forum dan sesi ceramah serta penerangan di pameran-pameran.

Institusi pendidikan wakaf

Institusi pendidikan wakaf dan harta yang dimilikinya adalah aset yang besar bagi umat Islam di Malaysia. Ia berpotensi untuk dibangunkan bagi kemajuan pendidikan umat Islam. Empat aspek utama yang dianggap sebagai factor penyumbang kepada pembangunan institusi pendidikan wakaf di negara ini ialah pengurusan pentadbiran, tenaga pakar, pemasaran serta perundangan. Dalam kajian kami (model Dr. Ahmad Zaki et.al, 2006) mendapati bahawa pengurusan pentadbiran mempunyai hubungkait yang lebih signifikan berbanding dengan aspek-aspek lain dalam pembangunan institusi pendidikan wakaf. Justeru itu, pengurusan pentadbiran harta wakaf pendidikan hendaklah dijalankan secara moden, professional, telus, sistematik dan terancang amat perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan swasta.

Wakaf dalam bidang pendidikan adalah pelaburan penting untuk melahirkan modal insan yang berkualiti seperti ulamak dan umarak yang berwibawa. Sejarah telah membuktikan bahawa amalan wakaf dalam bidang ini telah melahirkan institusi-institusi pengajian yang berkekalan serta melahirkan ribuan ulama yang terkenal dan tersohor di seluruh dunia. Di antaranya ialah Universitit Cordova di Andalus, al-Azhar di Mesir, Madrasah Nizamiyah di Baghdad, Universiti Islam Indonesia, Pondok Pesantren Darunnajah, Indonesia, Madrasah Al-Junied, Singapura, al- Jamiah al-Islamiah di Madinah dan lain-lainnya. Kecemerlangan tokoh dan institusi pendidikan pada zaman kegemilangan Islam adalah hasil dorongan dan galakan dari Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “Apabila mati anak Adam terputuslah amalanya kecuali tiga perkara : sedekah jariah (wakaf), ilmu yang bermanafaat (yang diajarkan) dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya” (Hadis Riwayat Muslim).

Kebanyakan wakaf pendidikan di Malaysia adalah terdiri daripada Sekolah Agama Rakyat. Sejak sebelum merdeka lagi, keluaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) terbukti telah melahirkan ulama, para ustaz dan intelek. Lepasan SAR bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran agama malah ramai di kalangan mereka menjadi tokoh-tokoh penting yang menyumbang khidmat kepada negara. Lulusan SAR menjadi warganegara yang berakhlak mulia, jauh dari gejala sosial seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan maksiat. Lepasan SAR juga dapat memenuh