Nov 08

Ekonomi wakaf – Bahagian Pertama

PENGENALAN

Wakaf adalah salah satu institusi islam yang menggabungkan kedua-dua aspek rohani dan kebendaan yang merupakan satu institusi pembangunan ummah yang sangat seimbang dan penting dalam pembangunan ekonomi ummah. Ini terbukti dengan peranannya yang membangun ummah di Negara Mesir, Turki, Arab Saudi, dan Kuwait. Contohnya di Mesir, lebih 1000 tahun Universiti Al-Azhar ditubuhkan dan ditadbir oleh salah sebuah perbadanan wakaf
Disamping itu, institusi wakaf juga merupakan salah satu institusi islam yang sangat berperanan dalam membangunkan kekuatan sosioekonomi ummah. Dalam konteks Malaysia, institusi ini perlu diberi tempat yang penting dalam era masa kini. Melalui pembangunan institusi ini, ia mampu mewujudkan kerjasama yang erat dikalangan golongan individu yang berkemampuan untuk berperanan secara terus dalam membangun keperluan masyarakat islam.

Islam sangat menggalakkan umatnya mengeluarkan harta lebihan yang dimiliki untuk dikongsi bersama orang yang memerlukan dan berbakti dengan harta tersebut. Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 92 bermaksud:

Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya

Firman Allah lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 267:

Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Berdasarkan dalil diatas, kita dapat memahami bahawa menafkahkan harta ke jalan kebajikan sangat dituntut dan wakaf adalah salah satu daripada jalan kebajikan tersebut. Selain itu, tujuan wakaf dalam islam adalah untuk menghampirkan diri seseorang kepada Allah S.W.T iaitu mendapatkan keredhaan daripada Allah dengan menyerahkan benda yang berharga dan disayangi untuk kegunaan pihak lain. Allah akan memberikan ganjaran pahala yang berganda-ganda kepada pewakaf selagi harta wakaf masih memberi manfaatnya kepada mereka yang berhak ke atas wakaf itu.

6 comments

Skip to comment form

    • intan on February 7, 2009 at 4:53 pm

    salam ustaz, boleh ustaz berikan dalil yang rajih or pendapat ulama’ yang paling kuat berkaitan dengan pengurusan harta wakaf berdasarkan definisi wakaf itu sendiri…ataupun pendapat ustaz sendiri mengenai pengurusan harta wakaf..kemudian, bagaimana sesuatu tanah or harta wakaf itu dapat dimanfaatkan yang mana hasilnya boleh membantu ekonomi negara dan juga dapat disalurkan kepada masyarakat yang amat memerlukan bantuan.dan bagaimana tanah wakaf itu dapat dimajukan..
    untuk pengetahuan ustaz…saya sedang menyiapkan kertas projek(tesis) berkaitan dengan pengurusan wakaf…dengan adanya artikel ustaz ini dapat membantu saya mengumpul data@maklumat berkaitan dengan wakaf dan sekali gus saya dapat bertemu ramah dengan ustaz sendiri melalui laman web ini..saya berharap ustaz dapat memberi kerjasama dan dengan itu saya akhiri ribuan terima kasih dan segala pertolongan ustaz amatlah saya hargai.

    • intan on February 14, 2009 at 6:40 am

    salam…ustaz kenapa tak bagi respon ape yang saya bg comment?saya sangat memerlukannya..

    • saifudin on February 16, 2009 at 2:04 am

    salam

    maaf ye intan. saya sibuk dengan tugas2 hakiki di pejabat sehingga blog ni pun terabai. tapi kalau intan perlukan sangat bantuan sila email ke mohamadsaifudin [a] gmail.com

    • Anti Thesis on February 18, 2009 at 3:07 pm

    Sedara intan,Dalam nak buat tesis ikut cara ilmiah yg betul,dalam nak siapkan tesis anda nama ustaz ini bole sekali dimasukkan sebagai tesis Master anda itu,apa pun anda seolah2 ambil jalan mudah dan ini menunjukkan tesis anda tidak asli,adalah amat malang anda besikap bergini,cara yang betul ialah berjumpa dengan Ustaz ini sendiri dan sblum itu baca DAHULU apa yang berkaitan dengan tesis saudari,balik rumah banyakkan baca dan bukan apa yang ustaz bagitahu baru awak nak baca,-Sekadar Nak Membantu

    • CourseMate Intan on February 18, 2009 at 3:20 pm

    Ha itu saya sokong tapi dia ni budak baik,sian dia………..Harap sesaper bole siapkan tesis dia,dia nak belanja KFC.

  1. Kita boikot KFC la….

Leave a Reply

Your email address will not be published.