Nov 08

Ekonomi wakaf-Bahagian kedua

Pengertian wakaf

Dari segi bahasa wakaf berasal daripada perkataan ?waqafa? yang bererti berhenti atau menahan. Perkataan wakaf juga berasal daripada perkataan ?wukuf? atau ?waqfan?. Apabila ia dikaitkan dengan harta seperti tanah, binatang dan sebagainya ia membawa maksud ?pembekuan? hak milik bagi faedah tertentu.

Dalam bahasa Melayu, perkataan ?wakaf? memberi maksud sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai atau bagi keperluan yang berkaitan dengan agama islam.
Sebagai satu istilah dalam syariah islam?waqf? bererti pembekuan hak milik atas benda (al-?ain) bagi tujuan menyedekahkan kegunaan atau faedah (al-manfa?ah). Kata Ibn Qudamah,? wakaf itu membekukan pokok dan menyedekahkan buah.

Mengikut mazhab Hanafi, wakaf bermaksud menahan sesuatu harta benda yang tetap sebagai hakmilik wakif dan memberikan manfaatnya dalam bentuk sadaqah untuk tujuan kebajikan

Mengikut teori muamalat islam, pemilikan sempuna adalah apabila seseorang itu memiliki benda (al?ain) beserta (al-manfa?ah) sekali. Apabila salah satu daripadanya tidak dimiliki atau tiada hak keatasnya maka ia bukanlah milik sempuna. Justeru, wakaf adalah melupuskan hak mengguna dan mengambil faedah oleh pemilik asal keatas harta berkenaan bagi faedah dan kepentingan pihak yang diwakafkan kepadanya. Oleh itu, pemilik asal berkenaan tidak lagi berhak apa-apa atas faedah kegunaan harta itu.

Mengikut jumhur ulama pula, wakaf ialah kegiatan penahanan harta yang berkemungkinan bermanfaat oleh pemiliknya dengan membiarkan ainnya tetap kekal dan tidak dipindahmilikkan kepada kaun kerabatnya atau kepada pihak lain, harta wakaf itu mestilah dalam keadaan baik dan bertujuan untuk kebajikan semata-mata bagi mendekatkan diri kepada Allah dan harta yang terkumpul secara automatik menjadi milik Allah.

Kesimpulannya harta yang diwakafkan sebenarnya telah kembali semula menjadi milik Allah dan tiada sesiapa yang berhak keatasnya untuk mengambil manfaat daripadanya kecuali golongan yang telah ditetapkan.

Rukun wakaf

Terdapat empat rukun wakaf iaitu :

1. Waqif iaitu orang yang mewakafkan hartanya
2. Sesuatu harta yang diwakafkan
3. Penerima wakaf
4. Lafaz ijab dan qabul

SYARAT-SYARAT WAKAF

Waqif iaitu orang yang mewakafkan hartanya

1. Hendaklah seorang yang merdeka dan memiliki harta : Maka tidak sah wakaf yang dilakukan oleh hamba kerana hamba tidak memiliki harta dan juga tidak sah wakaf harta orang laid an harta yang dirampas kerana harta itu bukan hak miliknya.

2. Hendaklah seorang yang sempurna akal : Maka tidak sah wakaf yang dilakukan oleh orang gila kerana tidak berakal dan juga tidak sah wakaf yang dilakukan oleh orang-orang yang kurang berakal semula jadi lagi atau dengan sebab sakit atau lumpuh atau kerana mereka itu tidak selamat akal.

3. Hendaklah seorang yang cukup umur (baligh) : Maka tidak sah wakaf yang dilakukan oleh kanak-kanak sama ada mumaiz atau pun belum mumaiz kerana baligh itu menunjukkan akal dan layak untuk melakukan tabarru?.

Harta yang diwakafkan

1. Hendaklah barang yang memberi manfaat dan kekal ainnya : Maka tidak sah wakaf makanan, kerana tidak kekal ainnya bila-bila masa sahaja dia akan binasa walaupun makanan itu ada manfaat.

2. Hendaklah manfaat itu harus pada syara? sama ada manfaat itu boleh digunakan sekarang atau masa akan datang : seperti wakaf anak lembu

3. Harta itu hendaklah milik sendiri dan milikan yang sempurna : Maka tidak sah wakaf harta benda orang lain tanpa kebenaran dirinya. Bahkan sah pemerintah mewakafkan harta baitul mal apabila ternyata ada maslahah ( Kebaikan untuk orang lain ) dan tidak sah wakaf harta yang masih dalam khiar kerana dia belum lagi memiliki barang itu dengan pemilikan yang sempurna.

4. Dari barang yang dipindah milik : Maka tidak sah wakaf am walad dan hamba kerana kedua-duanya tidak boleh dipindah milik.

Penerima wakaf

Penerima wakaf ialah seorang yang diberikan harta wakaf atau mana-mana kumpulan atau wakil yang sah yang diberikan kepadanya harta wakaf. Antara contoh-contoh orang yang sah menerima harta wakaf adalah seperti :
1. Seorang daripada keluarga si pewakaf sendiri
2. Sekumpulan ahli keluarga yang terdiri daripada anak-anak, isteri, suami, ibu-bapa, atau saudara mara.
3. Orang yang bukan kerabat pewakaf seperti orang perseorangan, sekumpulan keluarga atau kumpulan yang bukan sekeluarga.
4. Badan-badan tertentu atau pemegang amanah seperti baitul mal, masjid atau surau, sekolah atau pusat-pusat pengajian tinggi dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.