Menyiapkan Kertas projek / Project Paper / Latihan ilmiah merupakan satu syarat kepada kebanyakan Universiti. Pelajar disyaratkan menyiapkannya sebelum layak menerima Ijazah. InsyaAllah pada tulisan kali ini saya akan cube memberikan sedikit idea kepada sesiapa yang ingin membuat latihan ilmiah berkaitan Takaful. Saya yakin tajuk yang saya cuba ketengahkan pada penulisan kali ini pasti akan dihargai oleh industri Takaful (Terutama sekali saya sendiri..hehehe). Memandangkan tajuk ini impaknya adalah besar, maka anda juga mungkin ada potensi yang besar untuk diterima bekerja di Syarikat Takaful. Tajuk ini terbuka kepada semua tapi mungkin lebih sesuai kepada pelajar yang mengambil jurusan Shariah. InsyaAllah kepada sesiapa yang berminat dengan tajuk yang saya berikan ini, saya dengan senang hati akan membantu.
Tajuk yang dicadangkan ialah “”Grey area” dalam aspek penerimaan Risiko: Kajian di Syarikat Takaful xxx”. Kajian ini diharapkan dapat membantu pihak industri untuk menyelesaikan masalah-masalah ketika menerima borang cadangan risiko. Sama ada untuk menerima sesuatu risiko itu ataupun tidak. Kajian yang dicadangkan ini “HANYA” berkaitan soal Syariah sahaja dan bukan soal pengunderaitan. Sebagai contohnya sesuatu Syarikat Pengendali Takaful akan susah untuk membuat keputusan untuk menerima risiko sebuah bangunan yang di dalamnya mengandungi rumah ibadat hindu / gereja. Masalah seperti ini seringkali membelenggu industri Takaful sama ada untuk menerimanya atau tidak.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah mencari jawapan kepada soalan-soalan yang masih belum terjawab lagi dalam industri Takaful berkaitan penerimaan risiko. InsyaAllah, mudah-mudahan sekiranya ada pelajar yang mampu membuatnya dengan baik, nescaya pahala yang besar buatnya kerana usaha dan ijtihad yang dilakukan memberi kebaikan kepada umat Islam seluruhnya. InsyaAllah.

salam..ustaz de cdgn tajuk lain tak?…saya kurang memahami tajuk ustaz kat atas tu…
salam fitri, banyak tajuk yang boleh saya cadangkan. antaranya:
1. isu co-insurance dengan conventional insurance
2. Grey area in accepting risk from the Shariah point of view
3. Isu hibah dalam produk takaful pendidikan
banyak lagi sebenarnya tajuk yang relevan jika fitri benar2 ingin mengkaji isu dalam takaful
ustaz,,,sy skunk sdang menkaji mengenai penerimaan masyarakat terhadap konsep tabarru dalam skim takaful islam…blh ustaz tlg sy mengenai tjuk nie..
insyaAllah.. boleh. silakan..
salam ustaz … boleh saya dapat kan email ustaz ader beberapa persoalan mengenai kertas projek … terima kasih .
salam…ustaz ada cdnangn mngenai isu semasa dlm kewngn islam yg bole di jdikan sbgai kertas keja..tima kasih.
salam ustz, sem nie sy disyaratkan buat paper project tok final sem nie…
sy dibwh jurusan diploma kewangan syariah.
ustz ade cdngn tajok x tok paper project sy? yg sesuai ngn taraf n bole dpt byk bahan..
tlg ye ustz. syukran
Saya akan emel ashura nanti.
Ada..terkini dalam fikiran saya tentang takaful. Perbezaan pendapat tentang praktis perkongsian lebihan(Share of surplus): Pendekatan Malaysia, Timur tengah dan AAOIFI
Ustaz,
ada cadangan Tajuk ttg Takaful yg sesuai tak untuk kajian PhD?
Ana baru habis buat projek paper Master ttg ” Factors Influencing the Tendency to Subscribe Takaful Among Martial Arts Practitioners”.
skrg masih keliru dan tercari2 tajuk yg sesui untuk kajian Phd..
kalau boleh ingin menbuat kajian yg dapat memberi great benefit towards Islamic insurance.
Syukran Ustaz.
Banyak sebenarnya tajuk yang sesuai. Antara isu terhangat sekarang ialah Shariag Governance Framework yang dikeluarkan oleh BNM. boleh kaji sejauh mana keberkesanannya ke atas syarikat2 takaful
as salam ustaz…saya amat tertarik dengan isu2 terbaru yang ustaz cadangkan. bolehkan saya ingin meminta jasa baik ustaz untuk mencadangkan lagi beberapa tajuk yang sesuai untuk pelajar degree seperti saya untuk menulis latihan ilmiah ini. ini kerana saya difahamkan bahawa isu2 kewangan muamalat ini sudah banyak dikaji..
kalau boleh saya ingin menulis tajuk yang boleh mengembangkan lagi sistem kewangan islam di malaysia..
syukran..jazakallahukhoir ya ustaz…=)
Terima kasih kerana menulis kepada saya Mustakim. InsyaAllah dalam penulisan akan datang saya akan menulis tentang tajuk-tajuk yang sesuai dijadikan tajuk tesis
salam ustz, sem nie sy disyaratkan buat paper project tok final sem nie…sy dibwh jurusan diploma kewangan syariah.ustz ade cdngn tajok x tok paper project sy? yg sesuai ngn taraf n bole dpt byk bahan..
minta sgt jasa baik ustaz tuk beri cadangan tajuk yg sesuai untuk saya buat paper project.
salam
saya mempunyai terlalu banyak tajuk untuk dikongsikan. Jika serius untuk mendapatkan tajuk berkaitan sila emelkan kepada saya di mohamadsaifudin[a]gmail.com
Assalammualaikum..Ustaz, saya ade hantar email dekat email ustaz berkenaan dgn cadangan tajuk kertas projek dalam skop harta wakaf. mohon jasa baik Ustaz sekiranya mempunyai idea atau cadangan isu yang boleh saya kupas dan kaji.
waalaikumussalam wbt
InsyaAllah. nanti saya baca emel saudari.
assalamualaikum ustaz sya ada hantar emel kt ustaz mengenai tajuk kajian tentang bank islam.
mohon jasa baik Ustaz sekiranya mempunyai idea atau cadangan terrima kasih
assalamualaikum..
ustaz ana hajat cadangan ustaz ttg tajuk latihan ilmiah dalam perbankan Islam. jazakallah khair…
Assalamualaikum ustaz mohon jasa baik Ustaz sekiranya mempunyai idea atau cadangan mengenai tajuk kajian tentang kewangan islam . terima kasih ustaz
ustaz ada tak tajuk latihan ilmiah yang ada kaitan dengan pelajar sekolah….saya nak buat sarjana…
Assalamualaikum ustaz.. sy pelajar degree dalam jurusan perbankan islam. sy nak mohon jasa baik ustaz, sekiranya ada idea beberapa tajuk tesis yang mudah untuk dapat bahan.. terima kasih ustaz…
salam ustaz..sy pelajar jabatan syariah dan ekonomi UM..saya nak mintak pandangan ustaz untuk tjk tesis..Sy ada terfikir tentang Ar Rahnu..ustaz rasa macam mne? Klu ustaz ada cadangan lain yang lebih baik sgt dialu-alukan..
mungkin saudari boleh buat perbandingan di antara pembiayaan dengan bank dan ar-rahnu
terima kasih ustaz..pembiayaan dgn bank ni,pembiayaan islam ke yg ustz maksudkn? maaf sy kurg faham tajuk perbandingan diantara pembiayaan dengan bank dan ar-rahnu. Klu tentang pelaburan emas?tajuk apa yang sesuai ustz?
salam ustaz..sy pelajar ukm jurusan perkhidmatan kewangan dan pengurusan risiko, skrg nie sy masih tercari2 tajuk yg sesuai untuk jurusan nie…sy harap ustaz dpt membantu sy..)
Salam. Ustaz,,sy ingin b’tnyekn tntg tjok projek paper y sesuai. sy amik jurusan Dip kewangan syariah . & skrg nie sy sdg mnjlni praktikal di etiqa takaful. tugas sy di sana adalah mmbuat insurans serta roadtax kenderaan. bleh tak ustaz tlg brikn sebarang cdgn tjok kertas kerja 2???trima kasih.