Oct 07

Ringkasan kertas projek bertajuk :Potensi Pelaburan Harta Wakaf Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Sejarah awal institusi wakaf di negeri Kelantan

Institusi dan amalan berwakaf telah lama wujud di negeri Kelantan iaitu sebelum tertubuhnya Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).MAIK hanya ditubuhkan pada tahun 1915 dan mula memegang dan mentadbir harta wakaf pada tahun 1917.MAIK merupakan nazir wakaf atau pengawal tunggal kepada semua harta wakaf di negeri Kelantan.Di dalam pentadbiran harta wakaf MAIK, tidak terdapat satu unit khas yang ditentukan untuk menguruskan harta wakaf sebaliknya ditadbir bersama oleh unit baitulmal dan wakaf dan hanya ditadbir di peringkat pusat dan tiada peruntukan pentadbiran di peringkat daerah.
Pentadbiran harta wakaf di Kelantan

Harta-harta wakaf ini ditadbir bersama oleh unit baitulmal dan wakaf yang terdiri daripada seorang pegawai yang dibantu oleh dua orang pembantu tadbir dan seorang kerani.Pegawai bertugas untuk mengesan harta-harta wakaf daripada waris-waris berkenaan dan menentukan pembayaran cukai tanah, cukai taksiran, pungutan sewa, dan pajakan tanah serta gudang baitulmal dan wakaf MAIK. Selain itu pegawai berkenaan juga bertanggung jawab untuk membuat kajian tentang kenaikan atau penurunan sewa bagi kesemua premis atau gudang wakaf.

Pembantu tadbir 1 bertanggung jawab untuk menyediakan daftar berkaitan senarai tanah-tanah wakaf dan baitulmal serta agihan pendapatan dan pembayaran keatas harta wakaf Tengku Kaya Pahlawan serta menjaga rekod-rekod waris yang berkepentingan. Selain itu, turut bertugas untuk menyediakan penyata tentang perolehan tanah wakaf dan baitulmal dan draf penyata audit, wakaf am dank has serta pemberian tanah wakaf baru oleh MAIK. Disamping itu, pembantu tadbir 1 juga akan mengemaskini semua maklumat berkaitan dengan bank tanah.

Pembantu tadbir II memainkan peranan dalam menjaga semua fail, rekod penempatan penyewaan tanah baitulmal, tanah wakaf am dan khas, memungut segala bayaran sewaan ke atas semua tanah kelolaan MAIK dan menyediakan penyata sewaan, tunggakan sewaan disamping melakukan tugasan-tugasan lain mengikut arahan pegawai atasan dari semasa ke semasa.

Kerani sewa pula menguruskan sewaan gudang dan premis wakaf, mengenal pasti mana-mana penyewa yang melanggar sewaan premis dan memfailkan kes di mahkamah. Selain itu kerani juga bertanggung jawab untuk memberi tawaran sewa, membuat kajian tentang kenaikan atau penurunan sewa dan menyediakan penyata audit atau akaun bagi unit baitulmal dan wakaf.

Kedudukan harta wakaf di Kelantan

Harta wakaf berbentuk harta wakaf khas merupakan yang terbanyak di Kelantan yang hamper kesemuanya berbentuk seperti tanah, tapak rumah, kebun, bendang dan sebagainya. Bilangan harta wakaf yang banyak ini telah menyebabkan MAIK mengasingkan pentadbiran harta wakaf yang boleh dimajukan dengan harta wakaf yang tidak berpotensi untuk dimajukan. Kebanyakan harta yang ditadbir oleh MAIK adalah pada nilaian yang tinggi iaitu melibatkan hartanah. Terdapat tiga wakaf khas yang terbesar di negeri Kelantan iaitu wakaf Tengku Kaya Pahlawan wakaf Sultan Mansur Al Marhum Sultan Ahmad dan wakaf Hajah Nik Kalsom. Selebihnya adalah wakaf am.

Wakaf Tengku Kaya Pahlawan

Merupakan harta wakaf yang terbesar di negeri Kelantan. Meliputi keluasan tanah sebanayk 20 lot, iaitu 98 ekar dan 22 depa. Terdiri daripada tanah bendang, tapak rumah, dan kebun kelapa. Nilaian keseluruhan tanah ialah RM 440344.89

Wakaf Sultan Mansur bin Al- Marhum Sultan Ahmad

Diwakafkan pada tahun 1317 masihi dan berjumlah 8 lot dengan keluasan 70 ekar dan empat depa. Terdiri daripada tanah kebun kelapa dan telah mewakafkan tanahnya untuk para penziarah makamnya di Langgar Kota Bharu dan kepada guru-guru al-Quran di Masjid Muhamadi di Langgar. Nilaian tanah adalah RM 187671.90

Wakaf Hajah Nik Kalsom

Beliau telah mewakafkan tanah dan juga bangunan pada tahun 1983. merupakan wakaf dua unit rumah kedai dua tingkat yang diwakafkan untuk dermasiswa atau biasiswa pengajian tinggi islam sama ada di dalam atau luar negeri

Wakaf ibadat mempunyai keluasan yang banyak yang dianggarkan mencapai keluasan 570.840 ekar iaitu sebanyak 1002 lot sementara tanah wakaf baitulmal pula berjumlah 303.338 ekar sahaja.

Potensi pelaburan harta-harta wakaf MAIK

Definisi dan konsep pelaburan

Pelaburan dari segi bahasa (??? ?????) yang bermaksud mengharapkan buah.

Pandangan fuqaha dalam pelaburan harta wakaf

Ulama terdahulu tidak pernah membincangkan masalah hukum dalam pelaburan harta wakaf. Secara umum, istibdal merupakan salah satu jalan penyelesaian terhadap semua masalah wakaf.

Hanafiah :

? Tidak boleh sama sekali dijual atau dilabur malah ianya akan kekal menjadi harta wakaf walau tiada yang menggunakannya
? Salah seorang pengikutnya iaitu Muhammad berkata, jika harta wakaf itu tidak boleh digunakan lagi, maka ia akan kembali menjadi milik warisnya.

Dalam masalah istibdal ini imam Hanafi membahagikanya kepada tiga kategori

1) Pewakaf telah mensyaratkan istibdal. Dalam keadaan ini, istibdal boleh dilakukan
2) Pewakaf tidak mensyaratkan istibdal. Dalam keadaan ini, istibdal tidak boleh dilakukan melainkan apabila harta wakaf itu tidak dapat dimanfaatkan lagi. Maka harus dengan izin qadhi harta tersebut boleh diistibdalkan
3) Pewakaf tidak mensyaratkan istibdal dan harta wakaf itu masih lagi boleh dimanfaatkan tetapi ia menjadi lebih bermanfaat jika diistibdalkan. Dalam keadaan ini, istibdal tidak boleh dilakukan
Bagi kategori yang kedua, beberapa syarat telah dikenakan :

a) Tiada manfaat yang dapat dihasilkan daripada aset yang diwakafkan
b) Tiada hasil yang dijangka dapat memajukan aset yang diwakafkan
c) Istibdal tidak boleh dibuat melalui froud ( penipuan yang keji)
d) Istibdal tidak boleh dilaksanakan oleh qadhi terhadap seseorang yang kesaksiannya tidak boleh diterima
e) Asset yang hendak ditukarkan hendaklah lebih baik dari yang pertama
f) Tidak boleh ditukarkan dengan wang
g) Bersesuaian dengan niat dan kehendak pewakaf
h) Istibdal hendaklah diluluskan oleh qadhi al-jannah iaitu mereka yang berilmu dan beramal.

Malikiah : membahagikan kepada 3 bahagian berdasarkan jenis harta wakaf

? Sekiranya masjid, ia tidak boleh dijual
? Sekiranya harta Iqar ( harta tak alih ) maka tidak boleh dijual atau diistibdal walaupun rosak
? Harta manqul ( harta alih ) jika tidak boleh dimanfaatkan lagi, maka boleh dijual atau diganti dengan harta lain yang serupa.

Hanabilah : pendekatan yang digunakan lebih longgar dan lebih menekankan manfaat

? Jika harta wakaf itu rosak atau tidak boleh digunakan maka harus dijual
? Jika masjid, boleh diistibdal

Syafi’iah : memberikan syarat lebih tegas dan lebih berhati-hati

? Masjid yang telah rosak tetap menjadi harta wakaf selama-lamanya kerana telah menjadi milik Allah
Keperluan melaburkan harta wakaf

Harta wakaf perlu dilaburkan sebagai salah satu cara untuk menghidupkan kembali tanah wakaf. Dengan hidupnya harta wakaf ini, secara tidak langsung akan meningkatkan taraf ekonomi sesuatu tempat. Dengan pelaburan harta wakaf juga kita dapat meningkatkan syiar islam melalui kebajikan sosial. Selain itu, ia juga dapat menghindarkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa jika hart wakaf tersebut terbiar.

Penyelarasan keputusan jawatankuasa unit baitulmal dan wakaf dalam meluluskan sesuatu projek pembangunan.

Segala urusan berkaitan keputusan melaburkan harta wakaf dipertanggungjwabkan kepada unit pembangunan dan pelaburan. Harta yang akan dilaburkan adalah mengikut kepada niat pewakaf. Urusan akan diserahkan kepada pegawai urusan sumber bagi membincangkan jenis-jenis pembangunan yang akan dilaksanakan. Draf kertas kerja akan diusulkan kepada ketua pegawai pembangunan (KPP) untuk mengkaji cadangan tersebut dan membuat penilaian terperinci. Seterusnya KPP akan mendapatkan batuan daripada agensi-agensi luar bagi menjalankan penyelidikan lebih lanjut mengenainya.
Projek pembangunan harta wakaf MAIK

Pada tahun 2000, MAIK telah memperuntukan sebanyak RM14,600.080 bagi membiayai pembangunan. Daripada jumlah itu, sebanyak RM 8,600,80 (58.9%) adalah peruntukan Majlis, manakala RM 6000 (41.1%) adalah pinjaman dan usahasama dengan kerajaan atau pihak swasta. Sementara bagi pembangunan tanah wakaf, Majlis telah memperuntukan anggaran sebanyak RM 2 juta bagi tempoh 5 tahun (1996-2000)

Harta wakaf yang ada telah digunakan untuk pembangunan dari segi pembangunan pendidikan. Antara projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah membina Sekolah Menengah Agama Rakyat Tengku Amalin Aisyah Puteri. Selain itu terdapat juga pembangunan pertanian iaitu projek penanaman pokok sentang. Pembangunan social dan kemasyarakatan juga turut dilakukan iaitu membantu anak-anak yatim dengan membina bangunan Darul Aitam putera dan puteri untuk menempatkan ank yatim.
Potensi pelaburan harta wakaf MAIK

Setakat ini pelaburan harta wakaf Maik tidak menampakkan hasil kejayaan yang membanggakan kerana tidak ada projek komersil yang mampu menjana ekonomi yang mantap. Pelaburan tidak meluas dan tidak mendatangkan keuntungan. Sebagai alternative adalah dicadangakn projek-projek berikut :

? Membina rumah-rumah kediaman kos rendah dengan kadar sewa yang bersesuaian
? Ceburkan diri dalam bidang perhotelan, rumah tumpangan, resort dan lain-lain
? Membina premis perniagaan untuk disewakan
? Membina pasar raya
? Membina universiti atau kolej
? Membina asrama atau rumah tumpangan di kawasan perindustrian
? Membina markaz saudara baru ( pembangunan insan )
Penyertaan awam dalam pelaburan harta wakaf

Dalam usaha untuk memajukan harta-harta wakaf ini, MAIK amat memerlukan penyertaan awam kerana MAIK tidak mampu untuk melaksanakan sendirian tanpa bantuan daripada agensi-agensi luar. MAIK juga perlu untuk melaksanakan konsep penswastaan dan usahasama dengan pihak lain. Sebagai contoh, iaitu mengikat kontrak dengan pemaju untuk beberapa tahun untuk melaksanakan projek tertentu. Selain itu, hubungan yang baik juga perlu dijalinkan dengan jabatan-jabatan lain. Kerjasama juga seharusnya dijalinkan dengan badan-badan berkanun seperti YPEIM, Bank Simpanan Nasional, dan Tabung Haji dalam usaha memajukan harta wakaf.
Masalah dan halangan dalam pelaburan harta wakaf

Didapati, pelaburan harta wakaf di Kelantan adalah pada tahap yang tidak memuaskan. Ini kerana wujudnya masalah dan banyak halangan dalam usaha membangunkan harta-harta wakaf tersebut. Halangan dan masalah yang timbul dapat dikategorikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah :

1) Halangan fizikal

– banyak tanah yang diwakafkan terdiri daripada lot-lot tanah yang kecil dan kedudukannya berselerak dan tidak strategik.
– Tanah-tanah wakaf kebanyakannya tidak berpotensi dan tidak berdaya maju untuk dibangunkan
– Sebahagian besar jenis harta wakaf khas atau wakaf ahli dan hasilnya disalurkan kepada ahli keluarga.

2) Struktur organisasi dan pengurusan

– di dalam menguruskan harta-harta wakaf yang banyak di negeri Kelantan, MAIK memerlukan anggota yang ramai. Jumlah kaki tangan yang ada terlalu sedikit dan perlu ditambah bagi melancarkan pergerakan institusi ini.

3) Pencerobohan haram

– perkara berkenaan tidak diperuntukkan secara khusus seperti yang terdapat di Selangor, Johor, Terengganu dan Perak di bawah enakmen MAIK bagi membanteras masalah pencerobohan

4) Tanggapan negatif masyarakat

– sesetengah pihak enggan memberikan kerjasama dan juga enggan menerima cadangan pembangunan harta wakaf
– sebahagian daripada ahli waris tidak mahu menyerahkan harta pusaka yang mereka jaga sekali pun telah terbukti harta tersebut telah diwakafkan
– sebahagian pihak pula tidak percaya kepada kewibawaan MAIK dan mahu menguruskan sendiri harta wakaf tersebut.

5) Kekurangan dana dan modal

– kekurangan dana dan modal merupakan halangan yang besar bagi MAIK. Ini kerana mereka kekurangan modal untuk memulakan setiap projek memajukan harta wakaf. Mereka jua mendapat pulangan yang sedikit sedangkan kos operasi yang perlu ditanggung adalah besar. Mereka juga tidak mendapat pembiayaan daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

6) Pungutan sewa rendah

– kebanyakan daripada premis atau rumah yang dibina disewakan kepada golongan miskin. Jadi MAIK terpaksa meletakkan sewa pada kadar yang rendah supaya tidak membebankan golongan tersebut. Sebahagian daripada rumah atau harta wakaf yang disewakan pula telah disewakan kepada mereka yang tidak layak. Banyak sewa yang tertunggak dan membebankan MAIK. Ini juga disebabkab oleh kelemahan sistem pentadbiran MAIK sendiri yang tidak mempunyai kakitangan yang cukup untuk memungut sewa dan melaksanakan penguatkuasaan

Cadangan

Pengarang kertas projek ini telah memberikan cadangannya supaya institusi wakaf yang dikendalikan oleh MAIK di negeri Kelantan ini akan dapat bergerak lebih mantap dan maju di masa hadapan. Antara cadangan beliau kepada MAIK ialah :

? Menyusun semula organisasi unit baitulmal dan wakaf supaya dapat berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.
? Menambahkan bilangan kaki tangan dalam pengurusan dan penguatkuasaan
? Menggunakan alternatif istibdal seperti yang dilakukan di negeri-negeri lain ke atas tanah atau harta wakaf yang tidak berpotensi untuk dimajukan
? Segera mengatasi masalah pencerobohan haram ke atas harta-harta wakaf supaya pembangunan ke atas harta wakaf tersebut dapat dijalankan
? Menyelesaikan pindaan dan meluluskan peraturan baru yang selama ini mengehadkan pergerakan MAIK
? Untuk memberikan pulangan yang berpatutan bagi pelaburan yang telah dilakukan ke atas harta wakaf, kadar sewa perlu di naikkan.
? Menjalinkan kerjasama atau hubungan yang erat dengan penghuni di atas tanah wakaf
? Memberi kefahaman kepada masyarakat tentang harta wakaf, konsep dan pelaksanaannya
? Menggalakan masyarakat mewakafkan lebihan harta mereka
.

Kesimpulan

Kejayaan MAIK dalam memartabatkan institusi wakaf sebagai salah satu institusi kewangan islam di masa hadapan bergantung kepada kefahaman yang jelas tentang konsep wakaf, peranan dan matlamat harta wakaf. Kelemahan dan keterbatasan manusia tidak harus dijadikan halangan untuk memahami permasalahan dalam pembangunan dan pelaburan harta wakaf

 

Kertas projek milik:

Nora Binti Mat Rasid
September 2003
Jabatan Syariah & Undang-undang
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

21 comments

Skip to comment form

  1. Assalamualaikum, ustaz. Ana dalam usaha menghasilkan kertas kerja Potensi Perlaksanaan Wakaf Tunai Di Universiti Malaysia Sabah. Jadi memerlukan rujukan untuk kelancaran penghasilan kertas kerja tersebut. Ana ingin bertanya, apa perbezaana antara wakaf tunai, wakaf saham dan wakaf pelaburan? Ustaz ada buku-buku rujukan yang dapat disyorkan pada ana? Ana akan cari, insyaallah..

    Syukran, ustaz..

  2. salam. anta buat pasal wakaf ke? Secara mudahnya ketiga-tiga jenis wakaf itu membawa maksud wakaf dalam bentuk wang. yang terhampir dengan maksud wang di sini ialah wakaf tunai. InsyaAllah ana akan memasukkan penulisan ana waktu belajar dulu tentang wakaf dalam laman web ini secara beperingkat.Ada 7 bahagian kalau tak silap. Kebetulan pula malan tadi ana jumpa artikel tu… InsyaAllah. jengah-jengahlah laman web ini selalu

  3. Iya.. Syukran,ustaz… Insyaallah, akan jadi anatara destinasi utama untuk tambah ilmu…hehe..
    Jemput dtg ke blog ana yg tak seberapa…sekadar pkgsian…Malu sebenarnya nak jemput..mohon tunjuk ajar ustaz..
    Assalamualaikum..
    🙂

  4. ok. insyaAllah. tiada masalah. ana dah masukkan semua artikel wakaf yang ana tulis dulu. mudah-mudahan dapat membantu..

    • Muaz on November 17, 2008 at 1:18 pm

    ASSALAMUALAIKUM, APA KHABAR USTAZ, SAYA SABRI PELAJAR PROGRAM EKSEKUTIF (SYARIAH) UKM. DISINI SAYA DENGAN RASA RENDAH DIRINYA UNTUK MINTA IZIN DARIPADA UZTAZ UNTUK MENYALIN BEBERAPA ARTIKEL BERKAITAN EKONOMI ISLAM SEBAGAI RUJUKAN KERTAS KERJA SAYA, HARAP MENDAPAT KEIZINAN

  5. salam. boleh. tiada masalah. kalau saudara ada artikel yang ingin dikongsikan boleh emailkan kepada saya. saya mengalu-alukannya.

    • addimity on July 24, 2009 at 8:03 am

    ustaz, ana tengah buat kajian…ustaz ada bahan tak tentang sejarah pendaftaran tanah wakaf sejak zaman sebelum islam hingga sekarang? kalu ada ana nak minta izin bahan tersebut?
    tq, wassalam

  6. salam.

    maaflah addimity, saya tiada maklumat tentang sejarah pendaftaran. jika di Malaysia perlu dirujuk kepada majlis aama islam negeri2. Ataupun cuba dapatkan info dari JAWHAR. sekiranya anta pergi ke UM ada banyak bahan tentang wakaf.

    terima kasih kerana menziarahi blog ana

    • maria on July 29, 2009 at 2:40 am

    salam ustaz.. tumpang bertanya…
    seseorang memberi wakil kepada ibunya untuk menguruskan hartanya. oleh itu, ibunya sebagai pewakaf telah mewaqafkan sebidang tanah utk didirikan madrasah. anaknya telah meninggal dunia. sekiranya pewaqaf turut meninggal dunia, adakah dengan sendirinya surat kuasa wakil itu terbatal atas sebab ketiadaan “balasan berharga” (Valuable consideration) dalam surat kuasa wakil tersebut? boleh ustaz tolong jelakan?

  7. salam.
    maaf, tak perasan mesej dari puan Maria, pada pandangan saya surat kuasa tidak terbatal sekiranya dalam tempoh hidup si ibu, beliau telah pun mewakafkannya. Saya kurang jelas tentang balasan berharga yang dimaksudkan oleh Puan Maria. Tetapi bila bercakap tentang wakaf, maknanya putus atau hilang hak tanpa mengharapkan balasan.

    • nur kaseh on December 21, 2009 at 8:53 pm

    assalamualaikum ustaz….saya berminat hendak tahu berkenaan dengan takat pelaburan harta wakaf di malaysia dan keberkesanannya..dan kalo boleh..boleh x ustaz beritahu serba sedikit bentuk2x pelaburan harta wakaf di malaysia dan memberikan maklumat yang boleh boleh membantu kefahaman saya..terima kasih

  8. salam Nur kaseh, umumnya pelaburan harta wakaf kita boleh lihat dalam bentuk harta wakaf digunakan untuk generate income seperti sewaan dan sebagainya. Hasilnya kembali diwakafkan untuk manfaat ummah. maaf saya tiada detail lanjut berkenaan pelaburan wakaf di malaysia. boleh rujuk dengan JAWHAR

    • Nik Ahmad Fairuz haizal on July 8, 2010 at 3:42 pm

    saya adalah cucu kepada tengku kaya pahlawan..cuma ingin bertanya harta yang telah diwakafkan adakah tidak boleh diberikan kepada saudaranya..jadi mcmana ingin menuntut harta yg diwakafkan ini..adakah sebilangan harta tengku kaya pahlawan tidak boleh dikongsikan..apa pendapat tuan??

  9. terima kasih kerana bertanya. Saya bukanlah orang yang sangat mendalami isu wakaf tengku pahlawan. Umumnya harta yang telah diwakafkan tidak boleh dituntut oleh pihak lain. Walaupun begitu sekiranya harta yang diwakafkan melebihi 1/3 dari keseluruhan harta si pewakaf maka ianya boleh dituntut.Hanya lebihan dari 1/3 sahaja yang boleh dituntut. Bahagian1/3 harta tetap kekal sebagai harta wakaf. wallahua’lam

    • jaazulfa on August 5, 2011 at 3:15 pm

    salam ustaz…sya plajar uitm dan sedang mmbuat kjian mngenai pnatdbiran tanah wakaf di kelantan…jka ustaz tdak kberatan ustaz ad tak artikel bagaimana cara penguusan wakaf mengikut syariat serta mklumat terbaru mengenai tanah wakaf di klantan..sya amat mghrapkanya..tq

  10. terima kasih jaazulfa kerana bertanya. Maaf saya tidak dapat membantu tentang hal ini kerana saya skrg lebih tertumpu kepada industri takaful. walaubagaimana pun banyak bahan bacaan boleh didapati di perpustakaan zaaba, Universiti Malaya

    • nur on August 23, 2011 at 11:18 pm

    boleh tahu tak apa buku yang awak guna tentang hukum pelaburan harta wakaf

    • nur on August 30, 2011 at 12:32 am

    boleh mintak nama buku rujukan waqaf ustaz???

  11. salah satu buku yang menjadi rujukan saya dulu adalah buku berjudul Konsep dan pelaksanaan wakaf di Malaysia – Penyunting Nik Mustapha Nik Hassan

    • nur on September 10, 2011 at 10:57 am

    buku selain tu,ada tak??? yang ada pandangan ulama

    • wan nazri on January 11, 2016 at 3:38 am

    Assalamualaikum, sedang browsing sekitar web utk mencari susur galur keturunan Tengku Kaya Pahlawan, generasi ke 6 secara spesifiknya, maka ditakdirkan ALLAH sampai di sini. Setelah membaca keseluruhannya sememangnya pendapat Tuan sangat relevan dan sangat bersetuju tentang keperluan usaha-usaha penambah-baikan dalam konteks harta wakaf seperti yang dinyatakan dalam artikel Tuan. Semoga Artikel ini mendapat perhatian terutama dari pihak-pihak yang menguruskan amanah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.