Sep 20

Komisyen Ejen Insuran, Takaful & Saham Amanah – www.zaharuddin.net

Pagi-pagi ni saya tak buat apa-apa. Sebelum saya balik ke Cheras saya luangkan masa meninjau laman web Ustaz Zaharuddin. Memang laman web beliau menjadi rujukan saya selama ni. Sebagai untuk simpanan dan untuk perkongsian saya siarkan dalam blog saya perbincangan tentang komisen ejen insurans, Takaful dan saham amanah. Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTAR-

Jawapan

Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.

Secara ringkasnya seperti berikut:

a)      Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut  fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

Allah swt menyebut :-

????? ??????????? ???????? ???????????? ????????????? ???????? ????????? ???????????

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)

Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari  anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu’alam.

Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :

*
o In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.
o Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

b)      Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu’alam.

13 comments

Skip to comment form

  1. Saya bersetuju dengan pandangan UZAR tetapi dalam soal overiding commission saya bersetuju dengan pandangan seorang pengunjung “ni adalah jawapan Takaful Ikhlas apabila saya bertanyakan tentang persoalan yang Ustaz bangkitkan. Mungkin Ustaz boleh ulas sikit. Terima kasih.

    “Komisyen adalah salah satu daripada bentuk upah ke atas sesuatu kerja yang dilakukan. Dalam konteks TISB komisyen adalah datangnya daripada aplikasi kontrak Wakalah (samada upah kepada TISB atau kepada ajen). Upah atau komisyen dalam kontrak Wakalah adalah suatu yang diharuskan oleh Syara’. Rasulullah s.a.w. pernah mengutuskan pegawai (pekerjanya) untuk menerima zakat dan diberi upah (al-Talkhis al-Habir, Jil. 1, hlm. 176, 251, 271). Sebagai wakil yang dibayar upah,beliau hendaklah melaksanakan tugas yang diberikan tersebut dengan baik dan tidak mengabaikannya.

    Dalam Islam upah dibayar sebagai balasan kepada kerja dan tanggungjawab yang dilaksanakan dan Rasulullah s.a.w sangat memusuhi sesiapa yang tidak membayar upah kepada pekerjanya apabila dia telah menyiapkan kerja yang telah diamanahkan,sabda baginda,maksudnya ” Daripada Abi Hurairah r.a daripada nabi s.a.w baginda bersabda “Aku memusuhi tiga golongan pada hari Qiamat…..seorang lelaki yang mengupah seseorang melakukan kerja dan tiada tidak membayar upahnya” (HR.Bukhari Bab Ijarah “Kesalahan Tidak Membayar Upah Pekerja”).

    Dalam konteks TISB seseorang ejen mempunyai tugas dab tanggungjawab yang perlu dia laksanakan dan diatas tugas dan tanggungjawab tersebut TISB akan membayar komisyen(upah) yang setimpal dengan kerja yang dilaksanakan. Cara pengiraan komisyen seperti yang digunakan oleh TISB adalah berdasarkan peratusan tertentu dan ianya telah ditentukan daripada awal. Namun dalam Islam komisyen/upah boleh ditentukan daripada awal atau jika tidak ditentukan maka boleh mengikut apa yang dipraktikkan industri (Dr.Wahbah Al Zuhaili,Al Fiqh Al Islamiy Wa Adillatuh).

    “Overriding commission” hakikatnya adalah sama dengan upah seperti yang dibincang diatas.Definisi “Overriding commission” seperti yang Ust.Zaharuddin sebut dalam artikelnya adalah lebih kepada kaedah bagaimana “overriding” itu dikira. Dalam hal ini untuk memastikan pembayaran “overriding” itu mematuhi Syariah atau tidak ia perlu dilihat apakah asas atau kenapa AM atau UM itu berhak untuk mendapatkan “overriding commission”. Seperti yang dijelaskan di atas dalam Islam, seseorang itu berhak mendapat upah apabila ada kerja atau tanggungjawab yang perlu dia tunaikan atau laksanakan. Dalam konteks ini AM dan UM seperti yang termaktub dalam kontrak mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab yang jelas yang perlu ditunaikan oleh mereka seperti perancangan, latihan, bimbingan dan sebagainya. Pendek kata mereka bertanggungjawab memastikan ajensi mereka berjalan lancar dan mencapai prestasi yang baik dalam semua aspek. Mereka bertanggungjawab secara terus keatas semua yang bernaung di dalam ejensinya. Dan mereka berupa satu entiti yang saling mengenali dan boleh berhubung diantara satu sama lain. Tidak timbul menzalimi mana-mana pihak dalam hal ini. Ini kerana “Overriding commission” yang dinikmati oleh AM dan UM bukannya diambil daripada bahagian komisyen ajen tetapi ia adalah tambahan kepada komisyen tersebut dimana secara total komisyen yang TISB bayar termasuk “Overriding commission” ialah untuk tahun pertama sebanyak 55% (35% ajen, 13% OR UM dan 7% OR AM).

    Hal ini berbeza sama sekali dengan sistem MLM. Dimana ‘uplines’ adakalanya tidak mengenali langsung ‘downlines’nya dan tiada sebarang bentuk tugas dan tangungjawab secara langsung yang dimainkan oleh mereka.

    Untuk makluman,hal ini telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Syariah sendiri samada di peringkat pengendali takaful mahupun diperingkat pihak BNM.”

    • nana on January 14, 2009 at 1:46 am

    ustaz, kalo sume mlm haram, sy yg join HPA ni mcm mn pulak?haram gak ke ustaz?yg org masuk ASB tu hukumnyer mcm mn plak?bab xkenal downline ni, bila kite dah ade down line, then downline pulak cari org lain, mmg la xkenal..mcm mn tu?komen ckit…hamba yg kurang berilmu ni….

  2. join HPA insyaAllah tidak ada masalah. Penasihat Syariah mereka pun lebih ramai daripada penasihat syariah bank (alhamdulillah) dan salah seorangnya saya kenal.

    MLM tidak semuanya haram. MLM yang berlandaskan syariah maka tidak ada masalah.

    tentang ASB pula nana boleh rujuk artikel tulisan ustaz zaharuddin. beliau ada menerangkan dengan jelas dalam web beliau. ASB seperti mana yang kita ketahui pelaburannya terdapat bahagian yang haram. maka haram hukumnya cuma baru-baru ini majlis fatwa memutuskan ianya harus berdasarkan alasan maslahah. ramai daripada cendekiawan islam menolak alasan maslahah ini. wallahua’lam. memandangkan sekarang ini banyak tempat lain untuk melabur lebih elok kita melabur ditempat lain. antaranya unit trust, saving takaful, takaful link investmen dll lagi

    • effa on August 31, 2010 at 9:21 am

    Salam. Alhamdulillah pada pagi ini saya terpanggil untuk membuka satu website berkenaan program tawoon mulanya. kemudian saya terus melayari web2 ustaz yang lain. Banyak ilmu baru yang saya perolehi. Saya menjadi takut apabila membaca penjelasan demi penjelasan oleh ustaz .

    Walaubagaimanapun, saya telah menyertainya kerana kekurangan ilmu dan menjaga hati kawan asalnya. Bagaimana untuk saya membersihkan diri saya dari semua ini. katakanlah saya berniat untuk meninggalkan semua program tawoon, MLM dan sebagainya. Namun, kegiatan program tersebut adalah secara autoplacement dan komisyen berbentuk wang pos akan terus berjalan. Apakah alternatif terbaik yang ustaz cadangkan untuk saya.

    Berkaitan ASB ,Alhamdulillah memang mengetahuinya sejak sekian lama ( ketika berumur 15 tahunlagi) kini saya berumur 35 tahun. Selepas pada itu, saya buang semua buku ASB saya entah di mana pun saya tak tahu. tapi saya belum buat penutupan akaun. Ini bermakna saya terpaksa buat penutupan akaun kan ustaz. Namun, buku saya entah di mana…

    MLM terbaru yang saya sertai ialah Milysa Exel Sdn. Bhd. cuba ustaz pantau dan beri pandangan khususnya buat saya ni. MLM nie mengamalkan konsep tabaru’ katanya. tetapi yang menriknya kita akan dapat bonus tiap2 bulan. ada juga downline. setiap downline yang memasuki pakej akan mendapat komisyen mengikut pakej( sama ada RM2, RM20, RM200 atau @rm 2000 mengikut pakej ).

    Saya sebenarnya takut dengan progaram berunsurkan riba nie…………dan apabila saya tahu sahaja saya sanggup menghentikannya serta merta. terutamanya insuran konvensional …banyak yang saya hentikan,,, tak apalah rugi di dunia sahaja…

    harap ustz beri penjelasan terutamanya mengenai :
    1. bagaimana menghentikan program tawoon yang saya masuk.
    2. insurans – Takaful Ikhlas, Prudential Takaful ( adakah halal keduanya @ salah satu )
    3. Pelaburan ( gold pass book maybank )
    4. Pelaburan AM bank
    5. Pelaburan Public bank
    6. Pelaburan Unit Trust ( public murtual )

    * 6 perkara di atas saya alami sekarang. yang mana mesti saya hapuskan. tq

  3. salam.

    terima kasih effa kerana bertanya. saya harap effa dapat spesifikkan soalan-soalan yang ingin ditanyakan. Tanya satu-satu dahulu supaya mudah saya untuk menjelaskannya. boleh emel saya di mohamadsaifudin[a]gmail.com.

    • nana on November 7, 2010 at 12:43 am

    salam ustaz. sy brkeja menjaga supplier untuk menjalankn tugas. Apabila  supplier selesai menjalankn, saya akan mendapat duit komisyen drpd supplier. sy nak tanya adakah duit yg sy terima itu haram atau halal.Sedangkn sy menerima gaji dr majikan sy.

  4. salam. Tidak harus menerima komisen sedemikian kecuali ianya adalah hadiah daripada supplier berkenaan.

    • Arif on September 1, 2011 at 2:39 am

    Assalamualaikum Ustaz..Ingin saya utarakan di sini jika sesebuah syarikat itu menjalankan perniagaan dengan sistem yang halal tetapi dari sumber yang haram atau tidak tertentu..apa hukumnya..halal atau haram

  5. waalaikumussalam wbt

    Dalam konteks perbankan atau kewangan islam rasanya isu ini pernah diulas oleh al-fadhil ustaz Zaharudin. untuk perbincangan yg komprehensif bolehlah merujuk laman web beliau. Saya sendiri berpandangan dalam keadaan kita baru dan sedang membangunkan suatu fasiliti dan sistem kewangan islam tidak dapat tidak modal permulaan bagi sesuatu perniagaan berkemungkinan datang dari sumber yang syubhah. walaupun begitu, saya percaya proses pembersihan & tazkiyyah dijalankan dalam bentuk pembayaran zakat dan sebagainya.

    Seharusnya kita tidak mempertikaikan tentang hal ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri tidak melarang kita bermuamalah dengan orang bukan islam.

    • Azlina on May 22, 2012 at 3:53 pm

    ISRA COLLOQUIUM 2012
    “Islamic Finance in a Challenging Economy: Moving Forward”
    Kuala Lumpur, Malaysia: October 10, 2012

    *UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA KLIK LINK DI BAWAH…
    http://www.isra.my/events/current-event-2012/colloquium-2012/call-for-paper-english.html

    • Aizad on April 9, 2016 at 7:22 am

    Assalamualaikum ustaz..saya nk minta pandangan ustaz ttg simkad tune talk tone excel..jazakallahu khair

    • ayuni on July 18, 2018 at 8:15 pm

    Assalamualaikum ustak saya nak minta pandangan ustak..saya bekerja di bawah satu syarikat yang mengeluarkan servis perkongsian kos perubatan bagi sesama ahli untuk kemasukan hospital sahaja..

    Saya mahu minta pandangan adakah saya boleh mewar warkan pada org awam kerana wang yang di kongsi semata mata untuk kos bill perubatan sahaja dan tidak ada extra charge dikenakan terutama bagi tujuan pelaburan..

  6. Waalaikumussalam wbt

    saya berpandangan sekiranya semua maklumat telah dinyatakan dalam aqad ketika orang awam mahu menyertainya maka tiada masalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published.